Pilihanraya telah pun berakhir, namun kehangatannya masih terasa di jiwa rakyat Malaysia. Tahniah kepada pihak yang menang, tahniah juga untuk pihak pembangkang kerana berjaya memperolehi kemenangan besar. BN telah kehilangan majoriti 2/3 seperti mana yang pernah diperolehi dalam pilihan raya sebelum ini. Bagi rakyat Kelantan umumnya, masih tetap mengekalkan pemerintahan Pas. Rakyat masih tetap dengan pendirian walaupun diacu dengan pelbagai hasutan daripada pihak lain yang 'menginginkan' negeri tersebut. Aku sebagai anak jati Kelantan, rasa berbangga dengan kemenangan tersebut, dan mereka mengakui bahawa kemenangan ini adalah hasil daripada penyatuan rakyat Kelantan, semangat kenegerian dalam diri masing2. Negeri Kelantan mencatatkan bilangan yang paling ramai mengundi. Tahniah kepada Tuk Guru Nik Aziz kerana masih mengekalkan kedudukan sebagai Menteri Besar Kelantan. Syukur alhamdulillah. Pilihanraya kali ini memperlihatkan beberapa buah negeri yang lain turut diperintah oleh pihak pembangkang, berbeza dengan tahun sebelum ini yang hanya negeri Kelantan sahaja diperintah oleh pembangkang (PAS). Semoga hari-hari yang mendatang bakal menjanjikan pemerintahan yang aman, makmur dan bersih. Insya-Allah.
Tuesday, March 11, 2008
Friday, March 7, 2008
Mari Mengundi
Selamat mengundi rakyat Malaysia...waaaaaaaaaaaa....ore kelate pakat balik ngundi, aku jugok la duduk kurung dale rumoh tok ngundi. Mitok maah la belako, kawe tok leh kelik ngundi. Waaaaaaaaaaaa. Sabar aje lah....Apa-apa pun selamat mengundi untuk rakyat Kelantan. Semoga berjaya.Hidup Kelate!!!! Pakoh molek deh....
Walau apa pun yang terjadi, selamat mengundi untuk semua rakyat Malaysia, pilih yang terbaik demi negara. Engkau laksana bulan, tinggi di atas kayangan....ehehheheh. Sama-sama kita nantikan 8 Mac ... Salam Mengundi!!
Subscribe to:
Posts (Atom)