Tuesday, July 25, 2017

Kurung Moden Cotton ... OOTD ke ni? ^__^

Gara-gara tukang jahit dah tak nak terima kain pasang, gigih le usha2 baju siap yang simple, comel tapi murah!

Pada mulanya kite dah reda, pasrah, baju raya tak de ... pakai je baju yang ada. Reda dalam paksa, hahha. Tup tup member cerita ada ig kurung moden cotton yang best!

Kurung moden cotton daripada Karabum Fabulous!


OOTD le sangatt! ;-))


Pelbagai size, dari yang kecik molek, sampai la yang besar comel. Yang best, potongannya cantik, corak cotton yang comel-comel, harga berpatutan (sepasang tak sampai seratus pun), dan cottonnya bukan jenis yang renyuk sangat tu.

Suka cotton? Bolehlah terjah kedainya di

Tingkat 2-186,
Plaza Idaman,
Jalan 6/21 D,
Gombak 53100 KL

Mon: Closed!

ig: karabum.fabulous

Saya risau nk shopping baju online, nak kena pergi try jugak. So, dah tengok design di ig, Ramadan hari tu, terus terjah kedainya.

Mak oiii, panjang beratur nak masuk kedainya. Tak sangka ramai peminat cotton ni, atau kes diaorang ni sama mcm saya, tak de baju raya nak pakai? Hahaha. Suka2 je tuduh org macam2 ;-))

Gigih kite beratur, nasib baik le ada size dan ia sangat menepati citarasa saya yang memang suka cotton; simple, nice giteww ;-))
#sayasukacotton



Dua pasang-cukuplah untuk raya kedua dan raya ketiga ;-))

Raya pertama kite pakai batik (crepe) - bukan baju baru pun, dah pakai masa kenduri adik ipar awal tahun! ;-))



Tuesday, July 11, 2017

Gambar Raya 2017 yang Seadanya ;-))

Bila tengok gambar yang sangat le banyak dalam henpon ni, tapi banyak yang blur, kelabu asap n macam-macam yang tak reti nak describe, terus pening nk pilih dan terus malas nak update blog. Sehinggalah hari ni, dah 18 Syawal, gigihkan juga diri update gambar raya. Seadanya! ;-))
 
Raya haruslah meriah, kan, ziarah menziarahi mana yang sempat, tapi gambar raya tak pernah nak cantik. Gitulah, macam selalu, yang kecik-kecik bukan reti nak duduk diam. Nak kumpul cukupkan korum, satu hal, tapi mesti juga nak bergambar, sekurang2nya ada gambar raya untuk kenang-kenangan. ;-))

 
 Gambar blur, tak center, itu biasa, tapi upload juga kat sini ^__^
 
Kahkahkah, kain langsir bergumpal2 ... kalau ya pun nak bergambar kasi lerai la dulu kan, nak cepat punya pasal, tak perasan langsir cenggitu hahha, rosak gambar ;-))
 
 
Gelagat yang kecik2, macam2! Matilanak kalau chef wan tengok anak-anak kite, hahah! Tapi anak2 kite tak pernah ramas2 kuih raya tapi kalau menjerit2 mintak air oren, ada la kot, haippp! Merah padam muka mak bila cik kembar menjerit mintak air oren, so awal2 kite bawk air oren dlm hbag! Hahhaha!
 
Masing-masing terkejar. Kami empat beradik je, yang dah kawin dua, cucu ma 8, 7 lelaki, satu perempuan, tapi sentiasa kelam kabut, yang 4 beradik ni, macam 10 beradik!  ^__^
 
 
Kami empat beradik dgn Ba dan Ma
 
 
 
Anak, menantu  dgn Ba dan Ma. Kamera banyak kat depan tu, sampai naik juling mata kita ;-))
 
 
 
4 Beradik (Raya ke 3 kot ni) ;-))
 
 
Lepas solat raya, nak bersalam, nak make-up, nak belit tudung, yang sorang nak makan, nak susu, nak berkejar ke rumah nenek, rumah mentua, bla-bla... (Kite dh tak de mentua, tapi ipar duai masih ada, semua balik berkumpul rumah arwah).
 
 
Balik solat raya, sambung makan lagi
 



Kami!
 

 
Posing santai di laman rumah Ba



Layan anak-anak ;-))
 

Monday, July 3, 2017

Mood Raya Lagi Ke? ;-))

Lemau ke, lemau?
 
Mood raya masih on. Tapi hati masih tertinggal di kampung #teamrayapasirmas. Nak tak nak, hari ni dah kembali ke rutin asal! Pergi kerja, balik kerja, masak, kemas rumah, urus anak-anak, kemudian tidur ... macam tu lah kehidupan.
 
Hari Sabtu semalam, balik KL, Alhamdulillah, jalan tak jem. Badan penat, raya makan banyak. ;-))Hari ni kite dah start puasa ganti/Syawal. Tak payah nak fikir apa nak makan tengah hari bla bla.
#moodpuasa_on. Raya ni kita main hashtag2 je! ;-))
 
Rasa-rasanya, kite puasa direct sampai Khamis. Jumaat, Sabtu, Ahad, rehat, bagi laluan untuk jamuan raya, open house #teamrayakl  Minggu depan sambung lagi puasa, itupun jika diizinkan-Nya. Insya-Allah.
 
Selamat hari raya, maaf zahir batin yo! ;-))

Dan, selamat berpuasa Syawal :-))

 

**Eh raya hari tu, lupa nak makan ketupat palas (serunding)!   Biasanya arwah mak mertua buat ketupat, bila dia dah tak de, kakak ipar tempah dgn mak saudara. Tapi kite pulok yang terlupa nak makan! Macam mana boleh lupa eh? :-((

Wednesday, June 21, 2017

Salam Aidilfitri : Balik Kampung!

Salam Aidilfitri 1438H daripada Dieyana sekeluarga. Maaf zahir batin!
 
Wish awal2, insya-Allah esok nak balik Pasir Mas Kelate. Apa pun belum kemas, malam ni kena pulun. Jangan ada yang terlupa bawa balik baju raya! ^__^
 
Uols balik kampung, kat mana? Semoga dipermudahkan segala urusan, berhati-hati di jalan raya, ingatan untuk kita semua.

 
Kami! Semoga semuanya baik-baik! :-))
 
 

Tuesday, June 20, 2017

Ramadan 1438H : Menu Berbuka yang Simple

Salam 25 Ramadan.
 
Alhamdulillah, cepat betul 25 Ramadan, kalau boleh nak Ramadan, lepas tu Syawal, lepas tu Ramadan, Syawal pulok, gilir2, hahah, melampau mak! ^__^
 
25 Ramadan baru nak terhegeh2 update blog! Hari ni nak update blog, hari ni nak itu, ini, tetiba macam banyak pula urusan tak settle.

Persiapan raya dah settle, ni ha, urusan peribadi+kemas rumah rasa macam banyak je lagi. Esok lusa dah nak balik kampung ... hahha, kalut!
 
Ok, kita cool sikit. Bercerita sambil tengok menu berbuka kami ;-))

Kite selitkan beberapa menu juadah kami yang simple dan mudah ;-))
 

Resepi asli kelate my mom - Gulai Darat Daging

Alhamdulillah sepanjang Ramadan ni, gigih masak juadah berbuka, waima lauk2 simple. Satu-dua lauk cukuplah. Suami, anak-anak tak cerewet. Setakat ni, 3 kali kami berbuka kat luar. Sesekali nak makan yang manis2, balik kerja pukul 5, singgah kedai kakak kelantan tepi jalan yang memang kami dah biasa beli kuih2nya yang sedap2, karipap panas2. Rasa nak ngap terus je! Kuih akok panas2, adess ... sedap! Beli 2/3 hinggit, cukuplah, budak2 ni pun, kuih sebiji sorang, nasi sepinggan, air segelas, Alhamdulillah ... rezeki Allah Taala. Alhamdulillah, tak de pembaziran.

 

Dah hujung2 Ramadan ni, malas2 je nak masak, nak habiskan lauk dalam peti ais tu je, nanti kan dah nak balik kampung, peti ais mesti clear! ;-))

 

Sup ikan merah-anak-anak suka







Simple, mudah dan kenyang ;-))



Telur dadar -rangup -menu sampingan kesukaan anak-anak, ada sokmo! ;-))



Menu yang diberi nama, 'Nasi lemak ayam goreng malu-malu kat belakang nasik'  ^__^



'Spaggeti olio' la sangat!
 
 
Petang ni nak masak apa? Kering idea, masak je lah ikut suka kan..... ;-)) Tapi, Wafiy request pizza dari dua tiga hari lepas lagi ;-)) Insya-Allah, petang nanti kite singgah tapau pizza hut.

Uols, dah settle ke persiapan raya, ke masih shopping lagi? ;-)) KL semakin dekat nak raya, makin sesak, weih!


Tuesday, May 23, 2017

Iman Haziq: Hari Lahir yang ke-11! ;-))

Happy Birthday to you, Happy Birthday to you,
Happy Birthday to Iman Haziq, Happy Birthday to you!
18 April 2017


Hitam-hitam si tampuk manggis, walaupun hitam, dipandang manis, giteww! ;-))
 
 
Kek pilihannya, Arsenal! Anak mama dah besar, tak mau kek2 kartun dah ... kecik2 dulu, ultraman, dari hujung rambut ke hujung kaki, semuanya ultraman! Nasib baik tak bertukar jadi ultraman je! ;-)) Tengok Iman, ingat ultraman, tengok ultraman, ingat Iman ^__^
 


Tapi itu dulu. Now, he is 11 years! Tengok size badan kecik, tapi jiwanya amat besar. Semoga Iman terus cemerlang di dunia dan akhirat. Dan, menjadi seorang iman, dapat bimbing adik2, tau!

Simple decoration cake for his birthday! ;-))


Moist Chocolate Cake  - FB: Fauziah Jie Homemade Cake
 
 

Wednesday, April 12, 2017

Simple Shell Out di Rumah ;-))

Shell out di rumah, lagi syok! Dua kali dah ulang masak. Nasib ada special assistant, tq awak! Jenuh sikit nak sediakan bahan2 tu, kite memang pemalas nak blender bagai tu ... hahahah! Nak senang, buat pes (kuah) banyak2, simpan kat peti ais, bila2 boleh buat, just rebus lauk-pauk je.
 

 
Pertama
 

Sumber resepi:

Kalau google resepi shell out, macam2 versi keluar, tapi kite pilih resepi yang ni. TQVM tuan resepi! :-))
 
 
Kali kedua


Kita shell out save budget, hahhaa! Lala, udang, sotong je! ;-)) Tiga jenis lauk, dah puas hati. Cik kembar tak makan, kami berempat je yang pulun! ;-))

Tapi kite tak de lah lapik plastik kat meja makan, susun macam kat kedai, just letak dalam pinggan leper gitu je. ;-))

Delicous uols! ;-))
 

Monday, April 3, 2017

Bukit Dua Ringgit, Bukit Sentosa!

23 Mac 2017
 
Bukit Dua Ringgit, Bukit Sentosa
 
Seawal pagi dah gerak ke Rawang, rumah my biras (kakak ipar suami). Selalu tengok my biras ni 'panjat' bukit. Teringin nak cuba! Suami ckp, jom lah, awk cuti 23/3 (cuti sekolah) ni, kita tanya Kak Shida. Dan, Kak Shida-'jom Na!' Hahaha dari acah-acah je, terus kite  rasa berdebar tau! ;-)) Padahal pukul 11 pagi tu, dia ada miting kat UPSI (she is coach-aerobik teacher), sanggup dia luangkan masa untuk kami, semata2 nak naik bukit, hahha, sporting betul my biras ni. Aktiviti mcm ni, mmng dia suka ;-)) Anaknya yang darjah lima ikut sekali.
 
Anak-anak, kat rumah, kasi mama dengan papa tengok trek nya macam mana, kalau sesuai dan okey, Iman & Wafiy boleh ikut! Hihihi.
 

Releks nampak, dalam hati, mak berdebar tau! ^__^
 
 
 
Peace sikit! ;-))
 
 
Sekejap je-dalam 20 minit, kami dah sampai atas, posing2 jap, sedut udara pagi, lepas tu kami gerak turun. Tapi sebab ini my first hiking, gigil lutut mak tau! Balik rumah, mula sakit2 badan ... nak sangat panjat bukit kan! ^__^
 
 
Bila nak menurun tu, mmng agak mencabar juga lah bagi saya yang tk pernah hiking ni. Nak turun tu, memang kena hati-hati, ada tempat2 kita kena duduk, turun perlahan2. Tapi okey lah, bukit ni sesuai untuk permulaan mcm saya ni.
 
 
 
Bila sampai atas, wahhh, lega sangat!
 
 
 
 
 
 
Sesekali bercanda atas bukit, kau! ;-))
 
 
Bila bergambar, kami memang kaku, tapi my biras ngajar kami, gitu, gini, sangkut tangan kat bahu, pegang pinggan, hahaha ... iya kan aje ... sweet2 konon2 nya ;-))
 
 
Kata suami, dah kata berzumba, takkan panjat bukit rendah mcm ni pun dah mengah! ;-)) Lain la beb! ^__^
 
 
Amboi amboi amboi!
 
 
 
Agak2 bila nak hiking lagi nih ... kata suami, jangan serik! Ini baru bukit dua ringgit, belum broga lagi! Hahha
 
 
 
Balik tu, pekena roti canai telur sebiji! Hahaha!
 
 

Friday, March 24, 2017

Johnny's di AEON Alpha Angle, Wangsa Maju

Rabu, cuti. Plan, nak makan steamboat-nasi goreng Johnnys,  sedap katanya. http://dieyana78.blogspot.my/2017/03/sedap-ke-nasi-goreng-johnnys.html
Jom kite cuba! Alang-alang cik kembar kat day care, kita nikmati Johnnys ... chill. Jangan salah faham, kita bukan tak adil untuk anak-anak, ada masa2 kita tak boleh bawak si kecik, haruslah dia merenyam kat Johnnys tu, tercelup2 periuk panas, kau! Tapi kita akan ganti balik untuk cik kembar. Insya-Allah, Sabtu/Ahad, kita bawak semua anak2, kita ikut menu pilihan cik kembar. Dan, cik kembar, haruslah memilih kfc ;-))  
 
Sekarang ni pun, Iman n Wafiy dah tak nak ikut kami keluar, lebih suka kat rumah. Kalau beli barang dapur, cik kembar je nak ikut. Tengoklah, cik kembar besar besok, tak mau juga ikut kami. (Tetiba teringat artikel "Anak-anak Hanya Rapat dengan Ibu Bapa Sehingga Umur 12 Tahun!) Kalau boleh kita nak anak-anak rapat dengan kita untuk selama-lamanya, ye kan?!
 
 
Iman n Wafiy
 
 
 
 
Kita ambik menu A (dua orang), satu nasi goreng cendawan. Anak-anak tak mau ns goreng, 'sayur' banyak katanya. Saya n suami je makan, sedap weih! Memang selera saya. Ditambah sambal belacan nya yang manis2 pedas.
 
 
Nampak biasa, tapi bagi saya, ia sedap! ;-))
 
Alhamdulillah, cukup untuk kami berempat, licin dan kenyang! ^_^
 
 
 
Puas hati set steamboat dua orang, nasi goreng, air 4 gelas + service charge=RM 70.
 
Akhirnya, dapat juga merasa steamboat Johnnys + nasi gorengnya! Orang lain dah lama makan Johnnys, kite baru nak merasa. Dulu tak mau, sekarang baru teringin ;-))

Tuesday, March 21, 2017

Ke Mana Cuti Sekolah, Seminggu?

Cuti sekolah seminggu, ke mana? Jalan-jalan bawa anak-anak, balik kampung, atau tak ke mana-mana sebab jadual anak-anak padat dengan tuisyen? Atau, bagaimana aktiviti uols?
 
Kami, balik kampung pun tidak, bercuti pun tidak. Anak-anak di rumah dengan papa dia, layan Astro First ('Kasut Bola Pink'), layan tv.
 
 
 
Sabtu lepas, tengok dinasour di AEON Setiawangsa. Hampa!
 
 
 
Iman dan Wafiy, baca buku ke? Tidaklah juga, aduhai. Ya, Iman dan Wafiy siapkan kerja sekolah. Petang, diaorang main2 kat taman permainan. ;-)) Esok, Rabu dan Khamis saya cuti, cadangnya nak bawa anak-anak jalan-jalan cari makan.
 
Cik kembar, semalam lepak dgn papa n abang2nya kat rumah. Hari ni, dah ke day care. Ada la juga aktivitinya dengan teachers  kat situ. Kasi chance papa nya nak buat urusan bayar bil, dan segala macam kat luar tu.
 
 
 
Makanan nak kunyah2, ada kat meja, suami pun, jenis tak kisah, pandai2 lah dia, beli/ kalau rajin, masak simple... Okey lah tu, pandai berdikari. Mama kerja, diaorang ok, ceria je kat rumah tu. ;-))

 
^___^
 
 

Friday, March 17, 2017

Yeaaa, Field Trip to Planetarium!

15 Mac 2017
Field Trip to Planetarium
Little Caliphs (4 & 5 years)
 
Seronoknya cik kembar, nak ke planet! ;-)) "Mama, ni bumi, sekarang kita nak g planet!" Kecik2 dah pergi lawatan, hebat! Generasi z ;-)) Mama kecik2 dulu, tak de pun lawatan macam ni tau!
 
 
Berkumpul sebelum bertolak
 
 
Ghufran menyengih, okey je, tapi Ghazi, "mama ikut naik bas tau!" Alamak!
 
"Ghazi, mama tak boleh naik bas, kawan ramai sangat, tak de kerusi mama nak duduk dalam bas" Nasib baik alasan mama diterimanya ;-))
 
 
Babai mama!
 
First time mama lepas cik kembar. Eh bergenang air mata mama, ahhaha, ntah2 apa2 je! Feeling hantar anak sekolah asrama la tu ... poyo, hahha! ^__^ Jangan nak suka sangat, esok2 anak besar, duduk asrama, masa tu lah rasa rindu kat anak2, rindu keletah diaorang masa kecik2 kan! Okey, ai is sedih! ;-))
 
Risau juga kan, tapi kita fikir positif, insya-Allah, anak-anak semua selamat. Biar diaorang rasai pengalaman dengan kawan2, seronok. Berpeluh teacher nak handle anak2 Little Caliph. Huiii, mencabar kan!
 
 
 
Pic from teacher ;-))
 
 
Di Planetarium
 
 
 
Selepas ke Planetarium, teachers bawak anak2 makan KFC.
 
 
Bertolak pukul 9.30 pagi, pukul 1.00 tengah hari diaorang dah balik. Alhamdulillah  ... TQ TO ALL TEACHERS!
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...