Thursday, December 31, 2009

Tahun Baru 2010




Salam 2010...

Rasanya baru semalam menyambut tahun baru 2009, dan esok kita akan menyambut tahun baru lagi..2010. Hohoho...cepat betul masa berlalu. Kadang2 rasa tidak seronok pula sebab umur pun akan meningkat, anak2 semakin besar. Aku rasa macam tak nak anak2 besar, aku nak biar macam ni saja, boleh bermanja2. Eh, manusia jenis apakah aku ni, tidak mahu menerima kenyataan hidup. Inilah dunia, realiti kehidupan, yang kecil akan menjadi besar,yang dewasa akan menjadi lebih dewasa, yang lebih dewasa akan menjadi tua... setiap makhluk di muka bumi ini akan melalui semua itu, tidak dikecuali. Cuma ada yang telah dipilih Yang Maha Esa, tidak sempat melalui proses kehidupan, tetapi sudah kembali kepada-Nya. Oh, sekejapan ini aku kembali sedar, yang ini semua adalah ciptaan-Mu. Indahnya ciptaan-Mu, aku bertafakur sebentar.

Macam mana dengan azam tahun baru? Oh, lagi sekali aku terdiam, dan berfikir, apa azam aku kali ini? Macam tak de azam pula..ahahha. Eh, takkan le tak de azam baru, hehehe. Apa-apa pun, aku cuba menanam azam dalam diri aku untuk menjadi insan yang berguna di dunia dan di akhirat. Mampukah aku menjadi insan yang berguna itu. Berguna dari segi apa? Aku cuba sedaya upaya untuk berguna kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Alhamdulillah, dengan kurniaan dan rezeki yang Engkau berikan kepada aku, aku bersyukur kepada-Mu ya Allah. Moga dipanjangkan umur, diberi rezeki yang halal dan menjalani kehidupan dengan aman damai di samping insan2 yang aku sayang. Untuk suamiku, Hanapi Mat Zain, anak2 ku, Muhammad Iman Haziq dan Muhammad Adam Wafiy, doa untuk kalian bertiga tidak pernah putus. Tidak lupa aku memanjatkan doa untuk kedua ibu bapaku, ibu bapa mertua dan adik beradik yang sentiasa di hatiku. Semoga semuanya dipanjangkan umur, diberi kebahagiaan dunia dan akhirat. Untuk rakan2 seperjuangan, aku bersyukur diberi kawan2 yang baik hati, dan aku ingin memohon kemaafan kiranya kesilapan yang aku lakukan terhadap kawan2. Dan, aku amat berharap tiada yang memusuhi aku dari belakang, oh, tidak mungkin aku mempunyai musuh dalam selimut! Jauhkanlah, semoga yang baik2 saja mendatangi aku di tahun 201o.Insya-Allah...

Aku juga berazam untuk menjadi pekerja yang lebih berdedikasi..Ehem...heheheh..bla bla..

Okey, apa2 hal pun selamat menyambut tahun baru 2010, semoga apa yang diimpikan menjadi kenyataan! Insya-Allah.. Say Good Bye to 2009!!

Monday, December 28, 2009

Wafiy

Tuh tu tu
ma ma ma
pa pa pa
pah pah pah
Itu antara beberapa suku kata yang disebut Wafiy, baru beberapa hari nih, dia dapat suku kata itu. Umurnya, dah nak masuk 1 tahun 4 bulan, tapi masih belum dapat menyebut sesuatu perkataan. Hemmm..sabar aje lah.... Sebelum ni, aku pernah meluahkan perasaan aku ni kat suami dan kawan2 tentang Wafiy yang agak lambat bertutur. Tapi mereka menganggap itu adalah perkara biasa. Walaupun demikian, apa saja arahan yang aku beri kepadanya, dia faham dan mengikut arahan yang aku beri.

Wafiyah..:-))


Satu perkara lagi tentang Wafiy, dengan umurnya yang masih mentah itu, sudah pandai menunjukkan rasa takut. Yang paling aku tidak berkenan, dia seolah2 memahami perkataan 'hantu". Aduh! Aku dan suami tak pernah menakut2kan anak2 tentang "hantu". Dan, Iman, kenal/tahu tentang 'hantu" di rumah pengasuhnya yang pertama. Aku tidak boleh berbuat apa2, kecuali memberitahu dia, "Iman, hantu mana ada, dalam tv aje...kat sini tk dak hantu". Dan, soalan2 menyusul menyebabkan aku dan suami penat untuk menjawab...huhuhuhu..

Iman: Adik, hantu tu..kat belakang adik tu..ada hantu...

Wafiy berlari2 ke arah aku dgn muka berkerut seolah2 takut.

Mama: Iman! Saper ajar cakap hantu?

Iman: ***! (pengasuh)

Mama: Iman, lain kali jangan cakap gitu kat adik....Bla bla bla

Abaikan kaki kat belakang tu, itu amoi punya kaki



Thursday, December 24, 2009

24 Disember

Allah Selamatkan kamu
Allah Selamatkan kamu
Allah Selamatkan Nurdiana
Allah Selamatkan kamu....
Insya-Allah, Amin.


Tiada lain yg aku harap, semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, menjadi isteri dan ibu yang baik untuk suami dan anak2, menjadi anak baik untuk kedua ibu bapa, ditingkatkan iman dalam diri, diberi kebahagiaan dunia dan akhirat....


-My luvly usband, Mr. Hanapi, terima kasih atas ucapan birthday (adiah mana weiii..belum dapat nih. Jawapannya-"Tadi dah kuar jalan2+makan2, cukup la" Hhuuhuh...isy, akan ku tuntut sehingga ke lubang cacing tau!;-))
- Iman, terima kasih sayang, "selamat ari jadi, mama" (w.pun papa yg ajar, tapi mama terharu bila Iman wish kat mama! Mama sayang Iman n Wafiy!
-Ma n Ba, terima kasih atas ingatan tarikh besday anakmu ini...jauh di mata, dekat di hati.
-Along (kakak), Faiz (adik) juga, terima kasih...

-Dan, kawan2 yang ucap besday, terima kasih semua atas ingatan itu....

Tuesday, December 22, 2009

Shopping Part I-Sogo

Mood: kembali ceria n berbunga2 selepas menghirup udara Sogo tengah hari tadi..ahhahah.... Terkedek2 aku ke hentian teksi dgn selambanya berjalan sorang2, best jalan sorang2...:-)) . Dengan hati yang berbunga2 aku membeli beberapa helai baju basahan dua beradik tuh. Pas tu intai2/jalan2 kat tingkat pinggang mangkuk, best juga. Sale boleh tahan. Aku pun merembat beberapa biji cawan yang comel untuk dihadiah kepada Ma aku. Nak bagi surprise kat Ma, malam ni Ma n Ba, Along(cucu mereka), ngan 2 orang adik aku akan bertolak balik ke Kelantan selepas 10 hari bercuti di KL ni. Emm, malam nanti baru aku nak bagi cawan comel tu kat Ma, pasti dia suka bangat!
- Untuk Ba, aku tak pegi menjelajah baju2 kat Sogo tu, aku pun tak berapa reti sangat beli baju org jantan nih, n ba amat pemilih dalam membeli baju nih. Lagipun, hari tu, kami dah bawa Ba pegi Sogo, n aku suruh dia pilih sendiri, katanya, "tok payoh la na, tak dok hok kene la". Dan, sebagai ganti, tadi aku telah membeli bekas2 comel sebagai hiasan untuk dihadiah kat Ba! Ba memang berminat bab2 dekorasi rumah ni. Harap2 Ba suka dgn pemberian ikhlas anakmu ini.:-))
-Apa-apa pun, mood aku kembali pulih, dan jika diizinkan-Nya, shopping part II akan menyusul..ahaks!

Menjelang 24 Disember




Mood: kurang ceria + mengantuk=Full stop.

Monday, December 21, 2009

Iman n Seragamnya....

Salam 4 Muharam....

Jumaat lepas, kami ke Genius Aulad utk menyelesaikan bayaran tadika Iman, dan ambil baju seragamnya sekali. Tiba di sana, kedatangan kami disambut oleh 2 teacher, Iman pula dgn ramahnya bersembang dgn teacher2 itu. Balik rumah, dgn rasa tidak sabarnya, ckp nk try baju tu. Jom layan gambar Iman.

Peace!

Best!



Baju agak labuh, kena repair skit..:-))


Sebenarnya, aku dan suami amat bimbang dgn persekolahannya nanti. Bimbang kalau2 dia tak nak ke sekolah tu. Tapi kami sentiasa bagitau dia n cuba bagi gambaran tentang suasana persekolahan, kawan2 yang ramai, teacher yang baik hati, sekolah yang cantik, makanan yang sedap. Tengok gaya Iman, dia nak, n seronok bila kami bercerita tentang sekolah barunya itu. Suami cakap, kita try dulu, jangan paksa2 dia, kalau dia rasa seronok, kita teruskan, kalau tak, berhenti aje lah. Jangan kita yang teruja sangat. Nampak gaya, memang kami berdua memang teruja la nk Iman ke sekolah. Apa-apa pun kita tengok Januari depan....

Wednesday, December 16, 2009

Cerita Fenugreek (FNG)

Salam...

Aku nak kongsi cerita. Aku mula telan FNG ni Ramadan yang lepas. Aku kodek2 dalam Susuibu.com, kaum ibu menyusu bincang fasal FNG. Kebanyakannya cerita yg bagus2, FNG dpt menambahkan susu. Aku sangat le teruja utk mencubanya, tapi, harganya agak mahal, dan aku menangguh2 utk mencubanya, sehinggalah mamazarin mengajak aku untuk membeli FNG dgn harga yang berpatutan. Dek kerana bimbang tahap pengeluaran susu bln puasa, akhirnya kami sepakat dan bersetuju untuk membelinya.
Sangat la excited aku utk menelan FNG, dan pada awal percubaan, dalam 2/3 hari aku dpt rasakan peningkatan dalam pengeluaran. Kejap2 aku mesej mamazarin-bgtau perubahan yg agak cepat itu. Aku tak tau adakah FNG punca pertambahan itu atau sampingan2 lain yg kuamalkan seperti kurma, soya n beberapa makanan lain. Apa2 pun aku tetap buat andaian, FNG turut membantu pertambahan susu aku tu. Lebih kurang seminggu selepas itu, aku dapati susu ku semakin berkurangan, dgn keadaan kepala aku yg kejap2 pening/sakit. Aku cuba rujuk sdr penjual FNG itu, dan dia menasihati/memberi pengetahuan ttg FNG. Drpd nasihatnya itu, FNG bukanlah punca susuku merudum.
Beberapa lama kemudian, aku mkn motilium pula, atas cdgn doktor. Alhamdulillah, pengeluaran kembali baik. Dan, aku simpan fngreek itu. Sehinggalah aku lupa sebentar akan kewujudan FNG.
Setelah bekalan motilium kehabisan, aku tak makan apa2 pil. Sehinggalah suatu hari, aku merasakan bahawa aku perlu mengambil supplement untk tenaga dlm badan. Aku kodek2 lagi vitamin apa yg sesuai utk aku amalkan sebagai menambah tenaga dalam badan, di samping tidak menggangggu hasil pengeluaranku. Dalam pada itu, aku teringat fngreek dlm simpanan aku. Akhirnya, aku mengamalkan kembali FNG itu, dgn harapan, dpt menjadi vitamin utk aku, w.pun yg aku tahu fungsi FNG adalah hanya utk menambahkan susu badan. Selain itu, aku tk tau fungsi FNG. Dan, alhamdulillah, dlm 2 minggu aku ambil balik FNG ini, hasil pengeluaranku agak baik. Sebenarnya, aku telan FNG bukanlah mengharapkan susu akan bertambah, tapi kerana rs syg pula bila tgk pil tu berlambak2 lagi dlm plastik, lgpun ia masih elok, belum expired. Hasilnya, agak memberangsangkan, dan susu pun semakin pekat. Tak de la pulak rasa pening/sakit kepala seperti di awal percubaan ku Ramadan yg lepas. Apa yg penting, bila mkn FNG ni, perlu minum air berliter2, sehingga setiap 30 minit aku akan tandas. Hehehhe....
Pada masa yang sama, aku memanjatkan kesyukuran dgn anugerah Allah SWT ini. Dan aku sentiasa berdoa semoga dikekalkan hasil pengeluaran untuk Muhammad Adam Wafiy ini. Janganlah dikurangkan hasil pengeluaran ini, jika ditambah2, aku bersyukur kepada-Mu. Amin.

Rumah Persekutuan, Morib, Selangor.

Salam....

Hari ni baru ada mood nak update blog, semalam kepala agak pusing disebabkan virus selesema yang mengganggu. Alhamdulillah, hari ni beransur pulih, dan mood sedikit ceria, kawan2 sekelilingku pun aku tgk agak ceria, terutama Aleeya, maklum le, nak balik kampung. Ala, tau la awk nak cuti lama ... dan aku pulak cuti tinggal seposen aje...:-)) Aduhai...
Apa-apa pun, entri kali nih, fasal percutian kami di Rumah Persekutuan, Morib, Selangor. Sabtu lepas, famili aku dari kampung datang untuk menghabiskan cuti sekolah. Dan, Ahad kami bertolak ke Morib. Di sana, kami menginap di Rumah Persekutuan - boleh tahan la. Pantai Morib biasa2 sajer, tak teruja sgt untuk mandi pantai, walaupun aku tgk, ada jugak yg mandi pantai dgn keadaan pantainya biasa2 saja. Apa yg penting, rumah yg kami menginap, amat selesa. Aktiviti kami di sana, hanya makan2...ahhaha...borak2...okey la tu. Kami ke sana hanya untuk berehat. Tapi gambar makan2 kami tk snap, sbb masing2 sibuk menikmati makanan, tak kuasa eh nk snap gambar ms tu..:-))
Kita layan aje beberapa keping gambar yang ada nih.

Mama yang sedikit sengal-main buaian

Kat sana Iman dan sepupu2nya, tak reti nak duduk diam, berkejar-kejaran, diam bila time tidur aje. Along n Angah (anak kakak), aktivitinya, tengok tv aje..astro ceria..dua beradik ni bukan selalu jumpa, time cuti sekolah ni lah, baru dapat bermesra. Sorang di timur, sorang di barat, entah bila akan duduk bersama, aku pun tak tau. Wafiy pula asyik berdukung dengan cik sue nya. Adik aku yang bongsu tu memang rajin berdukung2 nih. Dan, kami kaum perempuan, kejap2 masuk dapur, menyediakan makanan untuk bapa2 dan anak2...ehhehe.

Bergambar kenangan sebelum bertolak balik



Wafiy dah start nak ngamuk



Ba n menantunya....




Monday, December 7, 2009

Lagi Iman dan Wafiy




Ini aksi Iman dan Wafiy malam semalam. Kebetulan tengah hari semalam aku buat sup tulang, malam tu aku terus rebus pasta ABC, makan bersama2 sup tuh, bersuap2 dua beradik tu.
Nyum nyum, sedap la mama....
Iman nih agak memilih pasal makanan nih. Nak makan pun ikut mood, macam2 gaya memujuk nak suruh dia makan, tapi pasta ABC nih, menjadi kegemaran Iman dan Wafiy selepas ia diperkenalkan oleh mamazarin.


Nah adik, nganga, abang suap


Ben 10...jom ke sekolah!


Malam Ahad kami ke Alpha Angel, sajer pusing2, entah kenapa suami aku rajin pula keluar hari cuti ni, entah angin apa yang menyerang dia. Aku tak kisah, bila diajaknya keluar, boleh aje, penat/ngantuk-dah tak rasa, asal dapat jalan. Suami cakap, orang ada tahi lalat kat kaki ni memang suka jalan". Perli aku le tu! Anak2 pun mood okey, cukup tidur... so apa lagi, pantang diajak..:-)) Tak de la membeli belah, just jalan2, betul2 cuci mata, almaklum le, tgh bulan, hehehe. Dalam pada itu, Iman telah berjaya memujuk aku untuk mendapatkan beg ben 10 nya, aduhai Iman.

Sabtu

Aksi Wafiy yang tak heran ngan kanak2 lain2
Sabtu lepas, kami sekeluarga ke KLCC, tak rancang pun. Dengan sedikit bekalan yang tak seberapa, kami bertolak ke sana, hampir pukul 11 kami tiba di sana. Nasib baik cuaca tidak debitu panas, kira ok lah.... Kami ke kolam untuk kanak2, Iman apa lagi, seronok lah, ini kali kedua dia mndi kolam di situ, dan kali ni aku dpt snap pic dia mandi kolam. Wafiy pula, buat hal sendiri, tak mempedulikan kanak2 lain yg 'kecebur2' dalam kolam tu..:-))


Selesema n batuk, tapi tetap nak mandi kolam...ermmm


Macam tak de perasaan-sebab kat tgn ada keropok


Yehaaa!


Nyum nyum....


Hati2 sayang!








Bekal makanan ringan kami 4 beranak









Friday, December 4, 2009

Nostalgia


Awal pegnen kan Wafiy

6 bulan-pegnen kan Iman







Yang ni tak ingat, tapi rasanya 8/9 bulan



4 bulan pegnen kan Wafiy


Heheheh/hihiihihi/...pembukaan entri kali ini gelak2 kecil...ermmm...sajer nak gelak, tk de apa maksud tersirat, tapi ada kaitan ngan gambar yang aku nak papar kali ini. Ini adalah berikutan aktiviti aku petang semalam. Semalam, aku duk godek2 pc nih, menengok gambar yang ada kat pc aku nih, sambil mencuci gambar2 yang tak sepatutnya ada dalam pc aku nih, nak ringankan pc aku yang agak lembap nih. Last2 aku terjumpa gambar masa aku pegnen anak pertama...hehehe..So, aku nak abadikanlah dlm blog nih....Buat kenangan le....tapi tak banyak sgt gmbr aku time pegnen. Terkilan gak aku...patutnya, setiap bulan time pegnen tu aku kena amik gambar... (Anak ke-3 lah nanti..heheh.insya-Allah). Time pegnen ni seronok tgk muka aku, ada le chubby skit...walaupun tk banyak..:-)) So, kita layan gambar pegnen aku...Layannnn....
SELAMAT BERHARI MINGGU!!

Wednesday, December 2, 2009

Along


Salam semua....


Ni nak cerita skit pasal anak buah aku, Muhammad Danish bin Roslan a.k.a Along. Along ni anak sulung kakak sulung aku, anak buah aku yang sulung, dan cucu sulung ma n ba. Pada 26 November lepas, Along menyambut besdaynya yang ke-9,
Happy Besday, semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik.

Yang uniknya - Along ni, seumur hidupnya selama 9 tahun ni, sebutir nasi tidak pernah masuk ke dalam mulutnya, kecuali semasa dia berumur 6/7 bulan makan bubur nasi. Dan, menu Along setiap hari kebanyakan adalah berasaskan gandum, jeput telur (cekodok), roti canai, roti, itu la makanannya setiap hari. Dan lagi, kalau kami nak makan nasi, dia akan cepat2 menjauhkan diri, agar bau nasi itu tidak meresap ke dalam hidungnya. Sekiranya terpijak sebutir nasi pun menyebabkan dia menggelepur. Kadang kala kami terfikir apa le yang bermain2 dalam fikirannya itu. Pelbagai cara kami memujuknya agar dia makan nasi, ternyata, usaha kami sia2, dan, Along juga cuba untuk menelan nasi tapi, akhirnya muntah, ermmm... Walaupun tidak pernah makan nasi, tapi alhamdulillah, dikurniakan kesihatan yang baik. Kami sentiasa menunggu saat dan ketika bilakah dia akan menjamah nasi walaupun sebutir... Dan, kami sekeluarga akan buat kenduri kesyukuran sekiranya saat itu tiba (sampai begitu sekali janji kami):-))







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...