Thursday, December 30, 2010

Tahun Baru

Tahniah Malaysia, atas kejayaan kalian dalam Piala Suzuki AFF malam tadi. Dan, yang paling seronok, tiba2 saja, "esok cuti". Oh, terima kasih ya ... bagi cuti satu hari. Ha, apa lagi, apa aktiviti 3 hari cuti ni? Erm, banyak pula rasa nak buat, itu ini, nak pergi situ sana sini. Dieyana situ sana sini.
Kejayaan Malaysia juga menjadi penamat untuk tahun 2010. Kepada semua, selamat bercuti, selamat tahun baru 2011....Semoga tahun 2011 menjanjikan yang terbaik untuk kita. Insya-Allah....

Kisah Adik-beradik


--Yang seorang makan nasi kosong, sangat jarang makan lauk, yang seorang lagi, makan lauk saja. Yang seorang tak makan sayur, yang seorang lagi, makan sayur, ratah begitu saja. Kalau dibuat sup sayur, berbaloi2. Itulah dia Iman Wafiy. Iman langsung tidak makan sayur, perangainya macam saya. Saya mula makan sayur pun ketika mengandungkan Iman, itu pun kena paksa, bimbang nanti, anak yang bakal dilahir tidak cukup vitamin. Saya akan makan sayur yang dimasak oleh ma sahaja, itu pun sayur2 terpilih sahaja. Tetapi tabiat kurang memakan sayur, semakin pulih dalam diri saya. Dan kini, ia berbalik kepada Iman pula. Iman lebih rela makan nasi kosong sahaja, atau mee goreng kosong. Paling tidak, makan nasi dan goreng ayam/ikan. Ayam dan ikan itu pula perlu digoreng garing. Dan ayam tu akan diambil bahagian kulit rangup sahaja. Fuh.... Wafiy pula, sangat gemar memakan lauk/sayur. Semalam, saya buat sup bayam, diratah2 bayam macam tu saja. Sehinggakan apabila membuang air besar, berketul2 sayur hijau yang keluar. Heheheh....

--Bila dah ada dua anak ni, kalau beli sesuatu, mestilah dua, kalau tidak, berebut! Kadang2 apabila saya ke kedai runcit bersama-sama Iman, saya terlupa untuk membelikan satu lagi kepada Wafiy. Bukan tidak tahu, masalah yang akan timbul nanti, sehinggakan suami cakap, 'awak ni, kalu beli gapo2, beli dua lah, jangan ingat ada anak sorang aje'. Oh, saya bukan lupa bahawa saya ada anak dua, kedua-duanya sentiasa di hati, dan saya bukan tidak berlaku adil/pilih kasih, tetapi saya menganggap, makanan yang dibeli itu, dapat dikongsi bersama2. Dan, jika mood Iman baik, dapatlah adiknya turut merasai makanan yang dibeli itu. Tetapi, walau apa yang dibeli sama ada makanan, permainan, atau apa saja, mesti dibeli dua. Barulah adilkan, dan masalah perebutan tidak akan berlaku.

--Tidak ada istilah pilih kasih dalam hati saya, saya nak kedua-dua anak saya tidak akan ada perasaan tersisih. Mungkin ada yang tidak sedar kelakuan ibu bapa yang boleh dianggap oleh anak2 sebagai pilih kasih. Contoh, apabila seorang ibu melahirkan anak baru, pastilah tumpuan si ibu itu akan terlebih kepada anak yang baru dilahirkan. Dan, tanpa disangka2 anak-anak yang lain akan mula terasa diberi kurang perhatian. Oh, si ibu itu langsung tidak ada niat untuk membeza-bezakan anak-anak kan. Hanya terlebih sedikit perhatian kepada anak kecil, langsung si ibu dituduh tidak sayangkan anak-anak yang lain. Tetapi alhamdulillah, Iman tidak menunjukkan perasaan tidak puas hatinya kepada saya. Tidak pernah dituduh saya tidak menyayanginya. Cuma, menunjukkan perangai manja2 nya kepada saya, apabila melihat adik selalu dipangku mama, ingin jugalah Iman bermanja2 seperti adiknya.
--Iman Wafiy tidak terlepas daripada pergaduhan. Kadang kala, boleh menyebabkan Iman akan memukul2 adiknya. Dan, si adik pula tidak mahu mengalah, turut melawan. Tetapi ada hari-hari juga, Iman akan kalah di tangan adik. Adik dah buli Iman! Tetapi ada hari-Iman menunjukkan kegarangannya, si adik boleh takut/merajuk dgn si abang. Lalu buat muka kesian. Hehheh, macam-macam hal dua beradik. Teringat pula saya dan kakak ketika zaman anak2, kalau bergaduh, baling2 objek. Dan, Ba akan datang, ha siap la kami, kedua-dua akan kena. Barulah adil! Tapi kalau saya saja yang kena marah, saya berasa sangat2 tidak adil, mula la cakap, Ba/Ma tak sayang saya! Heheh, sendiri yang buat salah, cakap Ba/Ma tidak sayang saya. Hheheheh. Apabila teringat zaman lampau saya, terus saya kaitkan diri saya dan anak2. Tetapi kini, saya dan kakak sangat2 rapat. Banyak jasa kakak saya terhadap saya. Terima kasih Along!
Saya suka lirik ini!
-Biar adakalanya
dia buat kau kecewa
biar adakalanya
dia buat kau gundah
-tetapi tk mengapa
kerna dialah juga
yang mengambil hatimu
hingga keadaan reda
-oh kita bersaudara
kerna selalu mengalah
tak guna marah-marah
nanti berbaik juga
oh kita bersaudara
tak guna gaduh-gaduh
kerna air dicincang
tidak akan putus
-bila kau dalam susah
semua orang tak menegur
agaknya tangan siapa
yang sudi menghulur
jika tak adik-beradik
yang tak mungkin berkira
walau sekali kauberi
selalu yang tk berlima
-oh kita bersaudara
kena selalu mengalah
tak guna marah-marah nanti berbaik juga
oh kita bersaudara
tak guna selalu gaduh-gaduh
kerna air dicincang
tidak akan putus
(Kita Bersaudara-KRU:OST Magika)

Wednesday, December 29, 2010

Full of Energy

Salam.

Sambil menggodek2 gambar2 untuk diberi kepada mamazarin (atas sebab2 tertentu), terlihat gambar2 lama Iman yang comel2, dgn senyum manisnya, membuatkan hati saya ingin mengulang kembali saat-saat itu. Tapi mana mungkin ia dapat kembali, kehidupan berjalan ke hadapan, bukannya berjalan mengundur ke belakang. Jadi, saya tempek sedikit gambar Iman di blog, dan sedikit cerita tentang Iman. Kadang2 terfikir, eh, Iman dulu merangkak ke? Apabila tidak ada catatan khusus tentang itu, tiba2 rasa sesal di hati. Masa tu saya belum berblog, kalau ada, pasti ia direkod. (Ya ke, heheheh, bila dh ada blog pun, saya tidak rekod umur2 penting Wafiy, meniarap/merangkak/berjalan). Patut la, sesetengah blog yang saya baca, setiap perkembangan anak2nya, direkod untuk ingatan mereka dan anak mereka kelak. Syabas untuk mereka. Apa yang saya ingat, Iman mula berjalan ketika berumur 1 tahun, tepat2 satu tahun. Alhamdulillah.
2 bulan Satu tahun setengah
Iman-ketika kecil sangat terkenal dgn 'kebuasannya'. 'Buas' = Anak2 yang tidak tahu duduk diam disebut 'buah/buas' oleh orang Kelantan. Heheheh... Bagi kami, 'buas' tidak bererti nakal. Buas juga diterjemahkan sebagai aktif. Buas=melompat ke sana ke mari. Lebih kurang macam tu lah. Berbalik kepada Iman, sehinggakan mak cik2 akan cakap, "tak duduk diye budok ni, buah sungguh". Dan, mungkin ada yang tidak selesa dgn 'kebuasan' Iman ni. Paling tidak, mama dan papa nak cakap apa, "Iman, duduk sini, duduk diam." Dan, diamnya hanya sementara. Kalau diam, dikata pasif pula. Dikata pendiam pula. Bagi kami, biarlah dia buas, kalau disekat2 angin buas dia tu, menyekat kebebasan anak kecil yang mula mengenal dunia. Apa salahnya dia terlebih buas sedikit, janji kita pantau dia agar tidak mengalami kecederaan atau kecederaan terhadap orang lain. Bagi saya, anak yang buas ialah anak yang aktif, ia normal. Saya dan Hanapi selalu menerapkan prinsip ini dalam diri, 'buas2 anak kita, ada lagi anak orang lain yg lebih buas daripada anak kita'. Jadi, kami kena sabar dgn kerenah Iman yang satu ini. Kena beri tunjuk ajar yang lebih kepada dia. Dalam pada kebuasan Iman itu, tidaklah sampai mencederakan orang lain (rakan sebayanya). Paling tidak pun, pukulan2 kecil sahaja, merebut permainan, dan ibu bapa masing2 akan cuba meleraikan keadaan tegang itu. Dan, seingat saya, buas Iman tidak sampai merosakkan harta benda orang lain. Itu yang penting! Mengikut pakar, anak-anak yang aktif/buas/tk reti duk diam ni, adalah sebenarnya suka menarik perhatian orang lain. (Nak glamer ... heheh. Tetapi memang ya pun, Iman sgt glamer dalam keluarga kami, heheh)
2 tahun setengah
Bagi saya, Iman masih boleh dikawal kebuasannya, kerana sikap takut yang ada dalam dirinya. Anak2 perlu diterapkan rasa takut dalam diri, agar dia tidak menunjukkan sikap yang melampau2. Contoh, Iman akan takut apabila papanya menunjukkan ketegasannya. Papanya lebih bersikap tegas berbanding saya. Hehhehe. Saya seorang yang garang, tetapi garang saya lebih kepada bebelan demi bebelan, sehingga membingitkan telinga Mr. Hanapi. Hahahha. Saya bukan tegas, tapi saya garang yang membingitkan telinga orang lain. Hehehe. tegas dan garang adalah berbeza. Ada juga masa2 tegang, kami tidak dapat mengawal kebuasan Iman. Contoh, apabila ke pasar raya, atau tempat2 awam, taman permainan, aduhai, berkejar-kejaranlah kami, dengan muka berkedut 1000, dan cubitan kecil akan menghinggap badan Iman. Kalau tidak dikejar, entah apa nak jadi, boleh hilang di celah2 orang ramai. Saya rela berkejar2an daripada meraung anak hilang! Tapi rasanya yang lebih duk kejar-mengejar anak ni, pastilah saya. Yang terlebih panik pun, pastilah saya juga. Hehhehe.... Kadang2 kerenah buas Iman ini membuatkan darah kami turut naik. Fuh ... itu yang menyebabkan kesabaran mama tidak dapat dikawal, lalu tangan ini akan terangkat lalu hinggap ke badan Iman! "Eh, sabar sabar, Iman tu kecik lagi" Fuhhh....yang ini mama jadi betul2 garang, macam singa lapar! Orang2 tua cakap, 'macam masuk hantu!' Astaghfirullah-al-Azim....
4 Tahun
Dan kini, Iman sudah berumur 4 tahun, dan beberapa bulan lagi, akan menghampiri ke angka 5! Wah, seperti tidak percaya, saya mempunyai anak bujang yang berumur 5 tahun! Iman sudah besar. Beberapa hari lepas, Iman bertanya kepada saya: "Mama, bila Iman nak besar ni, kalau Iman besar, perut Iman jadi besar ke, mama?" Orang tua2 kata, buas budak2 ni, tak lama, besar nanti, hilanglah buasnya itu. Erm, insya-Allah. Pada usianya begini, buas juga, tapi sesuai dengan umurnyalah. Dan, saya bertekad untuk tidak selalu 'mengangkat tangan' kepadanya, tetapi lebih menerapkan unsur2 nasihat dan psikologi. Garang saya perlu berpada2, agar Iman tidak berkecil hati dgn saya. Umurnya sebegini, mulutnya pula macam bertih jagung, pot pet pot pet. Yang paling menarik, baru2 ini, Iman bertanya kepada Ma, "Ma, Along (anak kakak yang dijaga ma dari kecil sehingga kini berusia 11 tahun) anak umi (kakak) kan? Tapi kenapa Along duduk dgn ma?" Dgn panjang lebar ma jawab persoalan Iman itu. Ehheheh. Seperti kata teacher Iman, "kami kagum dgn Iman ni, full of energy!". Saya senang dgn sikap Iman yang banyak bertanya. Dan, papa pula, biarlah kekal dgn sikap tegasnya kepada anak-anak, supaya ada rasa hormat dalam diri anak2 terhadapnya. Dan, apabila mulut cerdik ini berkata-kata, saya sangat senang. Apabila mendengar suaranya dalam telefon, "oh, manisnya Iman apabila berbicara!" Terima kasih Ya Allah, anugerah-Mu yang tiada nilainya ini diberikan untuk kami. Alhamdulillah. Walau apa2 pun, MamaPapaAdik sangat sayang Iman! Semoga Iman menjadi anak yang soleh! Insya-Allah....
+++(Dunia kanak-kanak ialah dunia yang penuh dgn keindahan, jadi, jangan merampas dunia keindahan mereka!)

Monday, December 27, 2010

241210

24 Disember 2010- Alhamdulillah, Nurdiana binti Mohd Nor telah mencapai umur 32. Terima kasih Ya Allah....
SELAMAT HARI LAHIR DIEYANA!

Wednesday, December 15, 2010

Pergi Tak Kembali

Salam.

--Lebih kurang pukul 5.00 petang semalam (14 Disember 2010), dikejutkan dgn berita pemergian seorang sahabat, Mohd Nasir bin Said, Pegawai Perancang Bahasa DBP di cawangan Sabah. Pernah bertugas di DBPKL sebelum ini. Pemergiannya secara tiba2 sangat mengejutkan kami di DBPKL. Dan, panggilan daripada K.Suzanti telah mengesahkan berita tersebut. Tiba2 rasa sayu, teringat ketika arwah di DBPKL, sangat peramah, dan sentiasa melemparkan senyum mesra. Kerongsang pemberian arwah juga masih tersimpan rapi. (Hadiah ingatan arwah dari Sabah untuk kawan2 selepas perpindahan arwah ke Cawangan Sabah).

Arwah Mohd Nasir-3 dari kanan. (2006)

Makan2 di Restoran Kancil-meraikan perpindahan arwah ke DBP Cawangan Sabah. ("Geng Bagan Lalang")


--Al-fatihah untuk arwah, dan takziah untuk keluarganya. Menurut maklumat yang diperolehi, jenazah akan diterbangkan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur hari ini, dan seterusnya ke rumah keluarganya di Penang. Semoga arwah Mohd Nasir ditempatkan di tempat orang2 yang beriman. Amin.

Monday, December 13, 2010

'Pencen'

Salam....

Entri kali ni bukanlah nak bercerita beria-ia, tapi lebih kepada entri yang santai dan ringkas. Buat entri sambil2 lalu saja. Tapi Dieyana nak fokus secara ringkas fasal penyusuan ni. Lama sungguh tak ada fasal Dieyana dan Penyusuan. Al-maklum, hampir2 nak 'pencen'. Nak 'pencen' dah? Bila? Hehehhe, Dieyana pun tak tahu bila nak 'pencen'. Tak ada tarikh 'pencen' yang khusus. Biarlah Allah Taala yang tentukan. Apa2 pun, aktiviti pengepaman masih lagi diteruskan, tapi hanya 2 kali sehari. Dalam sehari, hasil yang dapat=lebih kurang 7-8 oz sahaja. Kalau sesi 1 dapat 3.5 oz, sesi ke 2 akan dapat lebih sikit, dalam 4 oz. Paling banyak akan dapat 8.
--Rasanya, Dieyana belum mahu 'pencen' lagi. Tak kiralah dapat 1 oz pun, Dieyana tetap mengepam dan tetap setia dengan beg hitam tu.... Terima kasih Ya Allah. Kalau boleh, dan diizinkan-Nya tak nak 'pencen' lagi. Jika Dia masih memberi peluang ini, selagi itulah Dieyana terus mengepam/menyusu. Insya-Allah....

Friday, December 10, 2010

Zoo Negara 2010

Setelah berkira2 ke mana destinasi sekitar Kuala Lumpur yang berdekatan, yang sesuai untuk kanak2, akhirnya, untuk kedua kalinya, kami memilih Zoo Negara sebagai destinasi hari cuti kami. 28 November lepas, kami berempat ke sana, setelah mengambil kira si kecil, boleh dikatakan setiap hari duk tengok gambar gajah, katanya, "Fen fen" (Elephant). Erm, kali pertama ke Zoo Negara ketika Iman berusia 2 tahun juga, kebiasaannya umur begini lah, kanak2 mula menenal haiwan kan. Dan untuk Iman, rasanya masih lagi sesuai, walaupun dia sudah mengenal haiwan, tetapi untuk keseronokannya bersiar2 dgn keretapi, boleh juga. Dan, kedatangan kami kali ini lebih rasa puas dan seronok, walaupun harga tiketnya meningkat, dan ketika naik keretapi ('trem') pun dikenakan bayaran berbeza!

Wafiy lebih banyak teruja dan sentiasa mempamerkan wajah yang berkerut (takut lah tuuu..), al-maklum, kali pertama melihat haiwan secara langsung. Dan Iman pula, "mama, best la naik train ni, macam dalam cerita kartun." Hahhaha. Langsung tak ambil peduli haiwan yang ada di kiri kanan. Dan, ketika masuk di tempat ikan2, laluannya agak panjang dan seperti dalam gua, "Mama, macam ada raksasa la dalam ni." Ha, nak berlagak jadi ultraman lah tu! Berbeza dengan Wafiy, sambil matanya menjegil- Apa, fis fis (fish).


--Kebetulan, di pentas di satu sudut, persembahan menarik daripada petugas zoo dan haiwan2 terlatih dipersembahkan kepada pengunjung. Seronok juga. Sambil melepaskan kepenatan, duduk di bangku panjang, sambil bertepuk2 tangan. Hahhaha, ada peluang mama nak berehat. Tapi Iman yang banyak modal tu, tak henti2 bertanya2. Kaki mama berehat, tapi mulut tak berhenti2 nak kena jawab soalan2nya yg agak 'mencabar' itu. Hehheheh.
--Setelah jam hampir ke pukul 1.00 petang, kami mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. Bing! Rasa nak pengsan kepenatan. Tapi apabila Iman berkata "Mama, Iman rasa SERONOK la hari ni", terus hilang penat mama. Ini kali pertama Iman mengucapkan rasa 'SERONOK' apabila keluar bersiar-siar. Berbaloi2 kami ke Zoo Negara apabila anak2 menujukkan wajah yang sgt puas!

Ceritalah Lagi

Salam Tahun Baru 1432. (Belum terlambat kan?). Hari ni dah 4 Muharam 1432. Alhamdulillah ... dan beberapa minggu saja lagi 2011 akan menjelang. Sekejap betul masa berlalu. Tiba2 rasa 'sesak nafas'. Kenapa? Sebab nak masuk tahun baru. Hehhehe, Tak de kaitan pun 'sesak nafas' dan tahun baru. Sesak nafas tu bila sampai saja pejabat. Oh, sangat teruk kan? Ada orang gila bekerja, ada orang gila membaca, aku? Gila2 agaknya. Isy, apa saja aku bebel ni. Apa2 pun, aku sebenarnya bukan seorang yang gila bekerja, sebab tu bila pruf datang macam air mengalir tu, masa tu lah 'sesak nafas', dgn manuskrip lain yang kat sebelah aku ni, belum diusik. Oh, tidak ikhlaskah ku dalam bekerja. Ya Allah, berilah ketenangan dan keikhlasan kepada hamba-Mu ini dalam melakukan pekerjaan. Jadi, untuk menghilangkan 'sesak nafas' ini, lapang2kan minda dgn berblog. Heheheheh. Lupakan fasal 'sesak nafas' tu. (Sesak nafas tu bukan lama, sekejap2 aje ia datang..hehe).
--Cerita menjelang tahun baru 1432:
Satu hari sebelum menyambut tahun baru 1432 (lebih kurang pukul 12.30 tgh hari), kami mendapat panggilan daripada anak pengasuh (Ayu), yg dulunya, pernah menjaga Iman Wafiy. "Kak, boleh tak minta abang datang ambik Wafiy, abah tak sedar". Kami (DieyanaHanapiIman), yang ketika itu berada di Jalan Tar (heheh, kantoi), terus bergegas pulang. "Apa fasal pula pak cik ni, jatuh ke". Macam2 persoalan kami sepanjang perjalanan pulang itu. Abah ialah suami kepada pengasuh Wafiy. Sepanjang yang kami kenal, dia sangat baik, pendiam, tak banyak banyak cakap. Menurut mak cik pengasuh, suaminya sangat rapat dengan anak2 yg dijaganya itu, termasuklah Wafiy. Mereka menganggap anak2 jagaannya seperti cucu2 mereka sendiri.
--Sampai saja di rumahnya, beberapa orang berada di luar pintu rumahnya. Kami terus masuk, terus nampak sekujur tubuh kuning pucat, ditutupi kain batik, dan anak2, serta isteri seperti abru lepas menangis. Tahulah kami, pak cik sudah tidak ada. Innalillah.... "Kak, abah dah tak ada". Itulah butiran yang dilepaskan Ayu kepadaku. Rupa2nya, tidak ada apa2 pun, ketika pak cik tengah makan di meja, tiba2, kepalanya terlentok di meja. Isteri (mak cik pengasuh) dan anaknya terus memapah turun ke bawah dan dibaringkan. Doktor datang dan mengesahkan pak cik sudah kembali kepada-Nya. Subhanallah, mudahnya dia pergi. Semoga rohnya ditempatkan di tempat orang2 yang beriman. Al-Fatihah. Takziah untuk mak cik pengasuh sekeluarga.
--Sehingga ke hari ini, Wafiy belum dihantar ke rumah pengasuh. Mujur juga Hanapi bercuti panjang, ha apa lagi, mengasuh anak le...:-). Tambahan pula, hari ni, Ma, Ba, dan adik perempuan dari kampung, ada di rumah kami. Mereka sampai di KL ni dari 7 hb tu, dan semalam mereka bermalam di rumah kami. Yehhh, meriah sungguh rumah kami semalam. (Jangan jeles ya untuk Kak Long kita anak-beranak yang sekarang ni beria-ria kat Langkawi tu. Hahahaha, kami kat sini, tak jeles pun org kat Langkawi. Apa2 pun, Daim ku jn lupa ye. ;-)
--Dan tengah hari ni, Dieyana nak balik rumah. Amboi2, seronok sungguh Dieyana ya, mentang2lah Ma dan Ba ada kat rumahnya. Hehhehe, mestilah, selagi hayat dikandung badan ... selagi itu lah kita dapat berbakti dgn mak ayah kita kan. (Apa ya baktiku kepada Ma dan Ba ya? Eheheh, tiba2 pula soalan tu muncul. Apa kaitan 'bakti' dengan kepulangan ku ke rumah tgh hr ni? Ahahha, apa saja kubebel ni.). Alhamdulilah, semoga Ma dan Ba diberi kesihatan yang baik, dan dapatlah mereka bermanja2 dn cucu2nya. Insya-Allah. Alhamdulillah, tiba-tiba hilang dah rasa 'sesak nafas' tu.
--Bai bai ... selamat beristirahat atau kepada yang bershopping tu, semoga selamat semuanya hehehee....
(Dieyana sgt teruja dgn kedatgn famili kali ini, kerana ini kedatangan mereka kali pertama ke rumah baru kami, sejak kami pindah 17 Jun yang lalu. Kata Ba, memerangkap perunding imej, "Rumah Na ada gaya" Hehhehehe, tersenyum simpul Dieyana apabila dipuji...ahaks!)
.

Tuesday, November 30, 2010

Adegan Pengsan!

Inilah dia adegan pengsan Wafiy!

Pada mulanya, Iman menggunakan perkataan 'mati'. "Mama, adik mati!!" "Iman, bukan mati, pengsan lah!" (Mama takut betul bila Iman guna perkataan 'mati'). "OOO...okey okey, Iman tukar, Mama, adik pengsan!!" Fuhhhh ... heheheh.


Babak demi babak ... lakonan cemerlang Iman dan Wafiy ;-))



Monday, November 29, 2010

Berimaginasi

--Perangai/tingkah laku anak-anak kita, sedikit sebanyak adalah perangai kita (ibu bapa) ketika kita kecil2 dahulu. Sebab tu, orang kata, kalau nak tengok/tahu perangai kita masa kecil2 dahulu, tengoklah perangai anak2 kita sekarang.
--Seingat saya, masa saya di sekolah rendah. Saya sangat lah suka 'main berlakon2'. Apa itu 'main berlakon2'? Saya SANGAT suka BERIMAGINASI (perkataan yang lebih tepat saya rasa), saya akan main sorang2 dalam bilik, dan akan bercakap sorang2, saya boleh menjadi banyak watak. Sehinggakan mak cik jiran sebelah rumah saya akan bertanya dgn ma, "Na duk main dgn sapo tu, bunyi ramai jah". Hahha, sebetulnya, dalam bilik itu, hanya ada saya seorang, saya boleh menjadi banyak watak/banyak suara, saya lah 'mak', sayalah 'ayah', sayalah 'anak'. Saya boleh menjadi sesiapa saja. Itulah permainan saya ketika kecil! Hahhaha, seolah-olah saya ada ramai 'kawan'.
--Dan, Iman Wafiy telah membuktikan hal ini! Sedikit sebanyak mereka mula mewarisi permainan mama masa kecik2 dahulu! Hahahha. Tetapi kelakuan ini belum mencapai tahap 'cemerlang' macam mama. Wafiy pandai dah berlakon ... buat2 pengsan. Lepas tu, mulutnya kemewet menahan senyum. Tetapi dialog berlakon belum cemerlang macam mama lagi, hanya lebih kepada aksi2 sahaja. Iman memang dah lama saya perhati, dia cakap sorang2. Tapi kawan2nya lebih kepada watak2 ultraman dan raksasa. Iman lah ultraman, dan iman juga jadi raksasa. Bila mama/papa tegur, "Iman cakap dengan siapa?" Dia akan tersengih2 malu. "Mana ada isyyyy, mama ni!!" Terus berhenti 'bercakap2'. Hahahaha....
--Kalau tidak mewarisi kelakuan ibu bapa, itu sebenarnya adalah lumrah. Kanak-kanak lebih bermain dgn imaginasi. Ramai kanak-kanak suka bercakap sendiri. Mungkin disebabkan tiada teman untuk menemaninya bermain atau apa saja sebabnya. Nak tahu lebih lanjut tentang psikologi anak2 ni, pakar lebih memahami situasi ini. Iman dan Wafiy ni pula, kadang kala akan bermain bersama-sama. Dan, kadang kala masing2 bermain sendiri2. Seolah2 tidak mahu berkongsi, ingin mencari haluan masing2, agaknya. Bila dah masing2 membawa haluan sendiri, itu lah yang jadi bercakap sorang2 tu...hehehehhe.
(Nota:Tiba-tiba entri kali ini, Dieyana78 telah menukar penggunaan kata ganti diri. Hheheh, konon2 ikut kesesuaian entri, tak perasan pula...ehheheh).

Thursday, November 25, 2010

Melancong!

Di bawah Menara KL

Suatu hari dalam kereta:


"Mama, jom kita MELANCONG!"


"Amboi, Iman nak melancong mana?"


"Tempat yang tajam-tajam tu...."


Papa kat sebelah (tengah memandu), tersengih2 tengok mama yang macam terkejut beruk bila Iman cakap nak g melancong.

"Mana Iman, tajam-tajam tu?"

"Ala, tadi masa Iman nak ambik mama, Iman nampak yang tajam2, tinggi!!"

Puas kufikir, sehinggalah Mr. Hanapi cakap, "Menara KL lah...."
--Hahhah, bagai digeletek2 perut mama ni, ada ke nak pergi melancong kat Menara KL? 'Tajam-tajam' pulak tu disebut Iman. Bila kuberitahunya bahawa Iman pernah ke situ, ambil gambar dgn penguin, dia terkebil-kebil. "Mana ada mama, itu bukan tempat tajam-tajam lah". Kami pernah ke Menara KL, tapi hanya berkeliaran di bawah menara sahaja-mengambil gambar dgn penguin, 'orang ais'. Tapi kalau dapat naik ke puncak Menara KL, seronok ke untuk kanak2 berusia 4 tahun?
--Yang tak tahannya, 'MELANCONG' tu, hebat betul Iman, nak pergi melancong. Tapi bila tgk maksud 'melancong' tu-bermaksud-'melawat-lawat, melihat-lihat', hahahha, kira okeylah tu, tak semestinya ke luar negara baru dikira melancong kan? Hahhaha!
--Agaknya, kat sekolah, didengari kawan2/teacher menyebut menyebut perkataan itu, maklum lah, cuti sekolah....
Nota: Agak2 di Kuala Lumpur ni, apa tempat menarik untuk kanak2 bersuka ria ya? Kena senarai dan buat pilihan. Apa yang penting, tempatnya dapat memberi ruang untuk anak2 bersuka ria n dapat explore apa yang dia mahu! (Mengikut bajet yang telah ditetapkan..hahahah!)

Wednesday, November 24, 2010

Ceria+Yakin=Alhamdulillah....

Salam.

Hari yang menceriakan! Alhamdulillah. Dengan langkah yang penuh berkeyakinan, dari rumah ke pejabat.... Walaupun pruf berlambak2 di meja, tapi hari yang sangat mebahagiakan. Kebahagiaan itu ada yang berpunca apa yang ada di sekeliling kita, di samping orang2 tersayang. Alhamdulillah.


Apa yang membahagiakan Dieyana78?

1. Anak-anak dan suami serta diri sendiri yang sihat walafiat. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah memberi kesihatan yang baik untuk kami. Tidak lupa sentiasa mendoakan kesihatan untuk ibu bapa kami. Insya-Allah....

2. Semalam, Dieyana78 dapat barang baru=oh sungguh berkeyakinan. Hehhehe ... apa barang tu? Biasa2 aje, tapi penuh bermakna kerana itulah yg diimpikan ... dua 'ketul' daripada Charles & Keith, konon2, lama tidak shopping untuk diri sendiri. Gambarnya? Oh tidak perlulah ... malu2 kucing konon. Hhehehhe...

3. Datang kerja dihantar oleh insan tersayang. "Oh, terima kasih sayang, kuucap padamu" (sila nyanyi macam lagu Awie tu). Ya lah, cuti sekolah, seharusnya menjadi tanggungjawab seorang suami untuk menghantar isteri ke tempat kerja. Tanpa menapak dari stesen Hang Tuah ke DBP, maka, kuguna peluang ini untuk memakai kasut yang bertumit. Chewah!
4. Dua tiga hari ni, balik dari pejabat, hidangan makan malam sudah tersedia. Alhamdulillah, ringan kerja I. Terima kasih lagi untuk Mr. Hanapi, yang telah menggunakan masa cuti sekolah dgn sebaik2nya, meringankan kerja Dieyana78. Syukur. Diharap ia dapat dilaksanakan tiap2 hari! Hahhaha, kejamkah daku? Ah tidak lah, setakat masak nasi, lauk satu/2 jenis=senang aje kan?!
--Semoga hari2 yang mendatang, sentiasa ceria! Wah, apa lagi sebentar tadi mendengar ceramah Inovasi. Sangat kagum dgn penceramah itu. Alhamdulillah, rezeki yang Allah Taala berikan kepadanya, digunakan sebaik mungkin. Kejayaan demi kejayaan diperolehi, dengan diikuti rasa kesyukuran kepada Allah Taala. Senyuman yang sentiasa dipamerkan, membuatkan orang lain yang memandang, turut tersenyum dan berasa senang.

Monday, November 22, 2010

Misteri Sejadah

Misteri sejadah telah berlaku di depan mata ku sendiri! Pelik tetapi benar!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
v


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
v


Aduhai Wafiy....

Misteri Sejadah Merah!

Astaghfirullah-al-Azim ... itulah dia Muhammad Adam Wafiy dan sejadah....hehehhe
.

"A"

Wafiy mengenal mama, papa, abang dan diri sendiri:
Ni sape?
-Ama...
Ni?
-Apa...
Ni?
-Abang..
Ni sape?
-Afiy....... (Perlahan aje suara kalau sampai giliran sebut nama sendiri..heheh)
Ama=Mama
Apa=Papa
Abang=Iman
Afiy=Wafiy
Hheheheh...

Thursday, November 18, 2010

Astaghfirullah al-Azim....

Melihat berita hari ini, tiba-tiba diruntun sedih. "4 Beranak Terkorban" Suami, isteri, dan sepasang anak kembar maut ketika ingin pulang beraya. Iswaranya bertembung dgn sebuah treler. Anaknya yang berumur 4 dan 8 tahun, terselamat. Lebih menyedihkan, apabila anak yang berumur 4 tahun berkata, "Nak mama, nak abah...." Ya Allah, pasti ada hikmah daripada-Mu ... menyelamatkan dua beradik, dan 4 lagi pergi mengadap-Mu.

Eggless Chocolate Cake

Kek tanpa telur? Erm, tapi pernah terdengar juga kek tanpa telur ni. Tapi, kek nanti naikkah? Tak keras ke kek tu nanti? Malam Aidiladha, kucuba resepi ni (http://dapurcomelku.blogspot.com/search/label/KEK?updated-max=2010-05-20T08%3A08%3A00-07%3A00&max-results=20 Setiap bahan diikuti ku seratus peratus, cuma hiasan atas kek tu saja yg berlainan), lupa beli walnut! Ehhe, pakai je lah coklat rice yang sedia ada. Berdebar2 menunggu hasilnya
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Lembap, lembut, lemak=SEDAP!

--Alhamdulillah, menjadi, tapi keknya tidaklah naik membumbung seperti kek yang selalu kita buat, tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis. Keknya pun lembut. Rupa2nya, yogurt yang dibubuh dalam kek itu adalah rahsia sebenarnya! Itu kata sepupuku yg agak mahir dalam bidang masak-memasak ni). Katanya, kek tanpa telur adalah biasa, tetapi yogurt itu lah yang menyebabkan kek menjadi lembut dan lembap. Rasanya juga lemak2. Dan, baking powder n soda, kek tersebut akan sedikit naik.

--Terima kasih ya dapurcomelku.blogspot.com atas resepi yang mudah dan sedap ni....!

Aidiladha 1431

Salam. Hari ini bekerja seperti biasa, cutiku SIFAR! Ulang sekali lagi, SIFAR! Apa nak buat, reda aje lah ... hehehe. Cerita pagi Aidiladha. Bangun pagi2, siapkan apa2 yang patut, sarapan ala kadar (tapi penuh bermakna, hehe). Hanapi menyiapkan Iman. Dan, mereka bertiga (termasuk adik lelakiku), ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat hari raya.

Juadah ringkas di pagi Aidiladha

--Selesai solat, kami menikmati juadah ringkas itu ... agar pagi hari raya kami terisi, kami ke flat sebelah melihat acara korban dilakukan. Sebanyak 14 ekor lembu berjaya ditumbangkan. Si Wafiy, ternganga2, sambil "mbu, mbu". Iman pula, seperti biasa, banyak soalannya, "Mama, lembu tu jahat ke? Orang sembelih dia sebab dia jahat ke? " Mama le tukang jawabnya..ehheh.

--Kemudian menyingah pula rumah pengasuh Iman- menikmati rendang, nasi impit, lontong, laksa penang, puding laici, air oren ... ehhehe, kenyang kami. Alhamdulillah ... terima kasih K.Ida! Kemudian balik rumah dan acara terakhir kami ... tidur! Hahahah, terbayang2 kalau di kampung ni, duk tunggu daging korban, dan ma akan masak2, nikmatnya makan daging korban.... ZZZZ.... Sedar2, sudah pukul 3.00 petang!! Perut lapar minta diisi, terus ke dapur menyiapkan makan tengah hari pula....
*(Soalan yang entah ke berapa ditanyai Iman (sedikit mengganggu emosiku)-"Mama, bila kita nak balik kampung? Kawan2 Iman balik kampung." Jawapan kami, "Kita balik lain kali, nanti ma dgn ba datang rumah kita" Erm ... tak sabar menunggu kedatangan keluargaku awal Disember ini....Insya-Allah).

Tuesday, November 16, 2010

Penyerahan Buku Rekod

--Entri demi entri diupdate. Maklumlah, ada saja cerita yang berlaku dalam minggu lepas. Rutin kembali seperti asal. Alhamdulillah, anak2 telah pulih sediakala. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa, ujian daripada-Mu adalah untuk menguji keimanan hamba-hamba-Mu. Syukur kepada-Mu kerana memberi kehidupan yang baik untuk kami sekeluarga. Akhirnya ketenangan ini telah diberi oleh-Mu. Alhamdulillah ... terima kasih Ya Allah....





--13 November 2010, hari penyerahan buku rekod Iman. Memandangkan kesihatan Wafiy yang semakin pulih, dapatlah kami ke Genius Aulad untuk mengambil rekod pembelajarannya selama 2 semester untuk tahun 2010. Guru kelas, Teacher Wan Zawiyiah telah memberi laporan pembelajaran Iman dan secara keseluruhan, terdapat perkembangan yang positif. Semester pertamanya, terdapat beberapa perkara yang tidak dapat diikuti dengan baik, tetapi apabila masuk semester ke-2, perkara tersebut dapat diatasinya dengan baik. Alhamdulillah....


Salah satu halaman dalam buku rekodnya


Semester ke-2




Semester 1

* (Selamat Hari Raya Aidiladha ... kali ini, kami sekeluarga dan adik lelaki (Faiz) tidak balik kampung. Sayu juga hati.... tak dapat menyambut kemeriahan hari raya korban bersama-sama keluarga di kampung. Kepada Ma, Ba, adik perempuanku (Fatma), serta Along (Nani) n Family, Salam Aidiladha, harap2 dapat la sedikit kiriman daging korban dari kampung ya..hehehe...)

Dua Hari di HKL

Wafiy selama di HKL....


Malam pertama di HKL

Hari kedua - semakin sembuh

Monday, November 15, 2010

10 November 2010 (Sambungan entri 6 Nov)

--.... Rentetan Iman demam, 9 November, lebih kurang pukul 11-12.00 malam, Wafiy pula yang kepanasan, demam. Terus diberi ubat demam si abang, diletak cool fever di dahi. Sekejap2 ku jerlum kepala dgn air sejuk (air paip). Iman pula, demamnya masih bersisa, cool fever tetap ditempek di dahinya. Entah pukul berapa, ku tertidur, sekejap2 Wafiy terbangun minta susu, sambil kujelum air di kepala. Sehinggalah ... hampir pukul 7 pagi, 10 November, aku dikejutkan dgn bunyi petir, sepantas kilat ku terjaga. Di sisi, Muhammad Adam Wafiy sedang merintih kecil, dan sedikit menggelepur. Panik!! Tanpa disangka2, badannya mengeras, mata terbeliak ke atas, jarinya menggenggam kuat, giginya dikancing rapat, dan kakinya berkerekot. Terus kurangkul Wafiy, sambil menjerit kecil memanggil namanya, macam2 ayat suci terkeluar dari bibir (tanpa sedar ku terlupa yang aku 'cuti').
--Sambil badanku menggeletar, terus mendial suami, dgn suara menggeletar, disuruhnya basahkan Wafiy. Terus diambil air, sambil membaca ayat2, lagi aku mendail kawan opis (K.Halilah). Disuruhnya mandikan Wafiy. Tanpa membuang masa, terus dibawa Wafiy ke tandas dan dialirkan air dari kaki sehingga ke kepala, baru matanya terbuka elok, dan mula menangis kecil. Suami sampai, terus ke kecemasan HKL. Iman pula masih tak bermaya, didukung mama. Dan, Wafiy bersama2 papa....
--Perasaan berdebar2, masih terbayang2 kejadian sekejap tadi. Wafiy pula seperti tertidur?/ pengsan? Jalan ke HKL sedikit jem. Ya Allah, selamatkanlah anakku. Lagi doa/zikir/selawat dbaca. Sampai di Unit Kecemasan, Wafiy terus dirawat oleh pegawai perubatan dan apabila diukur suhunya, 39.5 darjah celcius! Terus disumbat ubat buntut, dijelum air seluruh badan. Apabila masuk berjumpa doktor, katanya, perlu ditahan di wad, bimbang sawan akan berulang!
--Sepanjang di wad, alhamdulillah, tidak berlaku apa2 yang membimbangkan, selera makannya baik, sedikit demi sedikt, kepanasan berkurangan. Tetapi kejadian sawan masih terbayang2 di fikiranku -masih fobia. Tidurku tidak lena, bimbang akan Wafiy. Menurut doktor, sawannya berpunca daripada demamnya yang tinggi. Dan, kebarangkalian untuk berlaku lagi, masih ada, sehingga anak berumur 6 tahun. Selama kami di wad, alhamdulillah, Iman bersama2 papanya di rumah, dan alhamdulillah demamnya telah pulih.
--Dua hari di wad, akhirnya kami dibenarkan pulang (4 November, 2 petang). Sekali lagi mama dan papa panik apabila tiba malam hari, Wafiy demam lagi. Basah lencun Wafiy dijelumku. Mandikan Wafiy, kemudian, tanpa dilap, seluruh tubuh dibaluti selimut. Reda sedikit kepanasannya. Keesokannya, Jumaat ku masih bercuti, ingin menumpukan sepenuhnya kepada Wafiy, demam beransur reda. Alhamdulillah ... ya Allah, sembuhkanlah Muhammad Adam Wafiy....
Dan, akhirnya, Sabtu tu, (13 Nov, demamnya pulih. Terima Kasih Ya Allah...). Namun, sehingga ke hari ini, kejadian sawan pagi itu masih menghantui mama. Ya Allah, semoga ia tidak berulang lagi. Ya Allah, berilah kesihatan yang baik untuk anak-anak.... Amin. Sesungguhnya, kesakitan dan kesembuhan adalah daripada-Mu.

6 November 2010

Salam.

--Segalanya bermula pada hari itu ... 6 November 2010. Iman mendapat cirit seharian, Sabtu 6 Nov. Boleh dikatakan selang satu jam, "Mama, sakitnye!!" Dengan muka berkerut, menangis kesakitan dan terus ke tandas ... pretttt! (maaf, sekiranya mengganggu emosi pembaca ..hehe) Cirit berterusan, badan dah lembik, pucat lesi - bimbang air berkurangan dalam badan, kami bergegas ke Klinik Pusrawi Jalan Ipoh. Badannya pula semakin panas-mendapat demam pula! Di klinik, soalan ditanya doktor, apa makanan terakhir dimakan ... seingatku, nasi dengan ayam goreng saja.
--Kemudian, doktor minta kami ke Unit Kecemasan Hospital Pusrawi Jalan Tun Razak, membuat ujian darah dan air kencing. Kata doktor, kanak2 berak2, bimbang jangkitan kuman dalam perut-apendiks. Di unit kecemasan, darah diambil, dan ujian air kencing dilakukan, Alhamdulillah, tiada apa2 yang berbahaya. Diberi ubat demam, dan segala macam ubat berak2.... Syukur apabila tiada yang membimbangkan. Balik rumah, cirit masih ada sehingga ke malam, tetapi berkurangan, demam pula yang menyusul. Dijerlum, diberi ubat. sekejap aktif bermain, sekejap kepenatan -lalu tertidur. Keletihan, seharian berulang alik ke tandas. Kesian Muhammad Iman Haziq, mama sangat risau apabila anak2 sakit. Ya Allah, sembuhkanlah demam Muhammad Iman Haziq....
--Bersambung....

Thursday, November 4, 2010

Indonesia dan Susu Ibu

Dipetik daripada Berita Harian, 4 Oktober 2010, "JAKARTA WAJIB IBU SUSU BAYI HINGGA 6 BULAN"

--Indonesia meluluskan undg2 baru yang mewajibkan semua ibu menyusui bayi mereka sepenuhnya bg tempoh sekurang-kurangnya enam bulan pertama selepas bayi dilahirkan.
--Berkuatkuasa tahun depan-menetapkan mana2 ibu yg enggan berbuat demikian akan didenda hingga 100 juta rupiah (RM 35,200) dan setahun penjara.
--Pegawai Kanan Kementerian Kesihatan, Tari Tritarayati berkata, undang2 akan memperincikan bg syarikat yg mempunyai kakitangan drpd ibu yang menyusui anak mereka, memerah dan menyimpan susu.
Katanya lagi-penting kerana Indonesia kerap dikritik dan didakwa tidak mengambil langkah sewajarnya utk melindungi hak ibu menyusu yg bekerja.

Wednesday, November 3, 2010

Suatu Pagi ... Peti Sejuk=Sifar Oz!

--Pagi tadi, seperti biasa, buka peti ais, nak ambil susu Wafiy untuk dibawa ke rumah pengasuh. Tiba2 ... eh kenapa ni, apa fasal ni? peti ais rosakkah? Oh tidak ... susu Wafiy (ruang bawah) tidak sejuk langsung! Buka tempat beku atas tu, keluar air/wap2 di sana sini. Apa sudah terjadi!!!??? Entah dari bila ia terjadi, sebab petang balik kerja, letak susu tu, elok saja peti. Terus buka penutup susu wafiy, cium punya cium, dah lain macam baunya, basikah?? Beberapa kali cium2, berasa waswas. Jadi, dengan sayunya ... perlahan2 kucurah 2 botol = 10 oz dalam sinki. (*Nasib lah tak de stok, kalu tak, meraung makcik) hanya 10 oz tu la bekalan utk Wafiy ....
--"Wafiy, hari ni minum susu rumah tuk deh. Hari ni Wafiy tak bawa susu mama." (Sambil kutunjuk beg yg kosong). Terkebil2 Wafiy pandang begnya yg kosong, kemudian tunjuk2 kat peti, "ma, mik mik"=disuruhnya mama ambil susu dalam peti.
--Bagaimana petang nanti, nak simpan kat mana susu Wafiy yang diperah hari ni??? Apalah puncanya ya? Peti sejuk rosakkah?? Gas kurang?? Bagaimana??? Kenapa?? Di mana??
(Kerugian setitik susu pun dah rasa sedih, apatah lagi 10 0z ... pasrah....)

Monday, November 1, 2010

'Se nis'

Kisah Wafiy-2 tahun 1 bulan beberapa minggu)

Mama: "Wafiy, sedap ke 'pek'?''
Wafiy: Dap....
Mama: Wafiy nak susu macam rumah tuk? (dumex dugro)
Wafiy: Nang nak (Tak nak)
Mama (banyak kecek mama nih! Ahhaha): Rasa apa pek?
Wafiy: Se nis....

--Mula2 mama tak faham, 'se nis'.

Mama: Rasa apa?
Wafiy: Se nis
Mama: Rasa manis?

--Tersengih2 Wafiy.

--Sahlah, rasa manis. Hahhah, tahu ke dia 'manis' tu? Lucu pula bila Wafiy dah mula membesar....

Cita-citaku, Cita-citamu

-Tahun 80-an

1. "Apa cita-cita awak, Nurdiana?" Cikgu bertanya. "Cita-cita saya, nak jadi cikgu."
2. "Apa cita-cita awak, Nurdiana?" Cikgu bertanya. "Cita-cita saya nak jadi wartawan."
3. "Apa cita-cita awak Nurdiana?" Cikgu bertanya. "Cita-cita saya nak jadi kerani, cikgu."
4. Soalan lagi. "Cita-cita saya nak jadi pereka fesyen!"

-Ha, itu soalan seorang cikgu kepada anak muridnya semasa di sekolah rendah. Dan, cita-cita itu sentiasa berubah2 mengikut keadaan. Banyak betul cita-cita saya. Bila cikgu tanya balik, kenapa awak nak jadi cikgu, jawapan saya pendek sahaja, (kerana saya seorang murid yang pemalu) "saya nak jadi macam ayah saya." (Dalam hati saya berkata, 'dapat 'right' buku, boleh pakai cantik2 macam cikgu'). 'Nak jadi wartawan sebab boleh jalan2, pegang mikrofon, tanya2 orang,' (juga jawapan Nurdiana dalam hati saja). Lagi jawapan dalam hati, 'nak jadi kerani sebab boleh main taip2.' 'Nak jadi pereka fesyen sebab boleh tengok baju2 cantik.' Itu semua jawapan Nurdiana ketika di sekolah rendah. Hehhehe. Seronoknya cita2 masa kecil.

-Dan suatu hari, tahun 2010,

Nurdiana bertanya kepada Iman pula,
"Iman, nanti besar Iman nak jadi apa?"
"Iman nak jadi bomba."
"Kenapa?"
"Nanti Iman boleh main2 air." (Hahhahah)
"Dulu Iman cakap Iman nak jadi ultraman kan?"
"Mana ada, mana boleh jadi ultraman, ultraman tu kat dalam tv aje." (Maksudnya, Iman dah faham-ultraman tidak wujud)

**Saya akan tunggu lagi beberapa bulan dan akan bertanya lagi, cita-cita Iman, ahhah, mesti lain pulak ni. Sesekali mengingat kenangan kita masa kecil, amat menyeronokkan. Dan, apabila berborak dengan anak-anak, ada saja yg menggelikan hati.

Friday, October 22, 2010

Anak-anak Kita!


Anak-anak kitakah yang bermain
Di hutan belukar
Dengan senapang kayu ubi
Cambah tak kenal bahaya
Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang
Bila petang
kerana terlalu sibuk main lastik
Dan berpistolan
Pistol-pistolan
Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka
Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan sendiri lagi
Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan dimomok lagi
(Sedikit petikan daripada lagu "Anak-anak Kita"-M. Nasir)


Perjalanan mereka masih panjang! Namun, nasib mereka TELAH ditentukan oleh Allah SWT. Ibu bapa sentiasa berdoa agar mereka menjadi insan yang berguna di dunia mahupun di akhirat. Insya-Allah.

Semoga hubungan yang baik ini kekal selama-lamanya!

Hukuman dan Hadiah

Salam Jumaat.

1) Apabila anak2 membuat sesuatu yang menggembirakan hati kita, tentu kita akan memberi pujian berupa kata-kata, memberi tepukan, atau mungkin memberi suatu hadiah yang akan memberi keseronokan kepada mereka. Semua itu adalah sebagai memberi semangat kepada diri anak-anak agar terus membuat sesuatu kebaikan. Atau mungkin ada yang berjanji kepada anak-anak, "okey, NANTI mama belikan hadiah ya". Awas ya, apabila sudah berjanji, ia mesti ditepati. Agar tidak berlaku kekeliruan dalam jiwa anak2. Kalau tidak ditepati, akan berlakulah dialog seperti ini. "Hari tu, mama janji nak beli ultraman kat Iman. Mama tipu Iman, Mama tak sayang Iman." Hahhaha, itu situasi Iman. Saya pasti ramai yang bersituasi seperti ini.
2) Apabila anak2 melakukan sesuatu yang jelas salah, apa yang ibu bapa lakukan? Menengking? Merotan? Dari segi hukuman, bergantung kepada usia mereka. Kata pakar motivasi, melentur buluh biar dari rebungnya. Tentu ada cara terbaik untuk kita meberi hukuman kepada mereka. Memberi hukuman juga ada caranya. Hukuman bukan saja berbentuk fizikal (merotan, sebagainya), tetapi pendekatan secara psikologi perlu untuk mereka, menasihati secara lembut, tetapi tegas. Secara diam-diam, apabila keadaan tenang, cuba dekati mereka. Terlebih dahulu, beri kata-kata aluan, jangan terus ke perkara pokok. Berbual2, barulah tanya KENAPA dia bertidak sedemikian rupa. Kemudian, nasihat kepadanya, jangan ulangi perkara itu. Beri sebab dan akibat yang akan berlaku jika dia melakukan kesalahan tersebut.
3) Hukuman diberi kepada anak2, dengan harapan mereka tidak akan mengulanginya. Contoh: Iman telah melakukan satu kesalahan, dan sebagai hukumannya, Mr Hanapi tidak membenarkan Iman menonton kartun kegemarannya. Itulah hukuman yang berkesan kepada Iman. Rancangan kartun adalah kegemarannya. Seharian tidak menonton kartun, merana badan tauuuu...hehehe. Cuba kalau nak hukum orang dewasa macam tu, tak jalan dik....
4) TETAPI, dalam ketiga2 di atas, mampukah ibu bapa lakukan? Terutama fakta no (2). Pendekatan paling senang, apabila anak2 melakukan kesalahan, ibu bapa terus marah2, bebel2, tangan pasti terangkat juga, paling2 tidak, mencubit. Hahhah. Kalau si ibu, rupa dah macam singa lapar. Si ibu dah jadi lupa diri, sehinggakan anak menjauh hati, menjeruk rasa, lalu timbullah konflik dalam diri mereka. Ikhlas saya mengaku, saya tidak mampu untuk melakukan sedemikian rupa. Apabila anak2 melakukan kesalahan, dengan mudah tangan ini terangkat dan mulut akan membebel. TETAPI saya cuba memotivasikan diri saya, ingin menjadi ibu yang sabar, ingin cuba memahami jiwa anak2 kecil. Apabila perasaan marah menguasai minda, cepat2 beristighfar ... ambil nafas panjang2, hehehhe.
5) Perjalanan anak-anak masih panjang, pelbagai ujian dan dugaan akan mereka tempuhi. Pada zaman serba moden ini, sangat2lah mencabar kita sebagai ibu bapa. Didikan yang baik dan betul oleh ibu bapa, harapan dan doa ibu bapa kepada anak2 agar mereka menjadi insan yang berguna suatu hari nanti. Insya-Allah. (Kadang kala terlintas di fikiran, mampukah aku mendidik anak2 dengan betul, kadang kala bimbang dengan hari2 yang mendatang. Semoga Allah Taala memanjangkan usia dan memberi jalan dan panduan untuk mendidik anak2 kita nanti. Amin.)
(Nota-entri ini lebih merujuk kepada anak2 yang berusia 4-5 tahun)

Friday, October 15, 2010

Tambahan Penting

Erin Adzmi:
Kak nak tambah skit, menurut kata pakar perubatan, menyusu boleh meransang kontraksi..sekiranya semasa menyusu ada rasa kontraksi yang sgt kuat.di sarankan utk merujuk kepada dgn pakar perbidanan dan boleh refer dgn pakar laktasi untuk mendapatkan nasihat lebih lanjut.

Soal Jawab

Soal jawab antara Dieyana78 dan Erin Adzmi, (Lactation Peer Caunselor).

Dieyana78:
Salam perkenalan Erin. Maaf ganggu. Kak Diana nak tanya satu perkara, kalau pregnant, kita masih boleh susukan anak kan, itu dah jelas. yang musykilnya, "saya tak nak susukan anak saya sbb saya nak anak dlm kandungan saya nanti dpt zat yang cukup dlm susu saya ni'. Confius, seolah2 susu tu akan hilang zatnya kalau menyusu anak yang sedia ada ni. Betulkah mcm tu? Rasa pelik pulak. Rasanya, kalau kita berkemampuan, dr segi kesihatan ms ngandung tu, tk de masalah kan kalau kita teruskan penyusuan kita? (Harap soalan ni tak berbelit2..hehehe)

Erin Adzmi:
Betul, memang ada yg berkata demikian. itu adalah mitos semata2..zat dalam susu ibu itu didapati daripd p'makanan ibu itu sendiri bukan dipengaruhi drpd siapa yg menyusui sebelumnya. Tubuh kita dicipta dgn uniknya. Walaupun kita menyusui anak sebelumnya /semasa bersalin kolostrum tetap terjadi untuk bb yabg baru. Walaupun sebelum bersalin kita memang dah ada susu matang. Jangan risau tubuh badan kita memang dicipta olehnya dgn unik skali dan ada sistem biologinya sendiri. Kita dapat lihat semasa diawal kehamilan penghasilan susu berkurangan untuk memberi laluan kepada hormon2 kehamilan yang diperlukan oleh janin.usah dirisaukan tentang zat susu kerana tubuh akan menjalankan fungsinya sendiri untuk seimbangkan keperluan keduanya. Penyusuan semasa hamil adalah selamat selagi tidak mendtg kan kemudaratan kepada ibu dan kandungan.tidak digalakan menyusui sekiranya ibu ada sejarah keguguran atau pendarahan semasa hamil. Saya pun salah sorang ibu hamil yg menyusui dulu. Kalau nak kata susu utk bb tu hilang zatnya mana mungkin bbsaya membesar dgn baik malah perkembangannya boleh dikatakan lebih cepat berbanding si abg. Kesimpulannya, zat tak akan hilang kalau si abg/kakak bb menyusu semasa bb dlm kandungan.

Dieyana78:
Alhamdulillah....terima kasih erin. info yg sgt berguna utk saya pegang. terima kasih sgt2. banyak perkara yg perlu saya belajar tentang susuibu dan penyusuan. Sekarang, saya tengah mengumpul ilmu tentang penyusuan waktu kehamilan, tandem nursing, dan sewaktu dgnnya...heheh. terima ksih sekali lagi erin.....alhamdulillah...

Erin Adzmi:
Tahniah saya ucapkan buat akak kerana memilih hanya yang terbaik untuk di berikan kepada zuriat..Memang kadangkala kenyataan seseorang sedikit sebanyak akan membuatkan kita terfikir...Tapi akak seorang yang bijak kerana tidak menerima sesuatu secara bulat² tetapi akak bertanya dan cuba mencari second/third opinion..Saya doakan semoga perjalanan akak dan anak² dalam penyusuan dipermudahkan dan dimurahkan rezeki...Sekiranya akak ada apa² pertanyaan atau keraguan/masalah dalam penyusuan saya sedia membantu...insyaallah...

Wednesday, October 13, 2010

Dekorasi Rumah

Rumah ialah suatu binaan tempat tinggal (Kamus Dewan Edisi Ke-4). Kecil atau besar sesebuah rumah bergantung atas kemampuan masing-masing dan keselesaan penghuni yang menghuni sesebuah rumah. Seseorang itu pasti mempunyai sebuah rumah untuk berlindung daripada panas/hujan/atau sesuatu yang mengundang marabahaya. Pemilihan jenis rumah juga adalah mengikut kemampuan dan keinginan masing. Mungkin ada yang lebih suka menghuni rumah tinggi (flat/apartmen/kondominium-dgn ciri2 keselamatan yang baik), rumah banglo, rumah teres, town house, rumah kayu (tradisional-nyaman aje kalu malam ya), rumah rakit, dan sebagainya.


google pic


Hiasan dalam rumah juga memainkan peranan penting dalam mewujudkan seni dekorasi, tatarias sesebuah rumah. Masing2 mempunyai konsep tersendiri dalam menghias rumah. Tidak kira konsep moden, tradisional, inggeris, kontemporari dan sebagainya. Ada juga yang cakap, "rumah saya tak de konsep la, sy pun tak tahu apa konsep rumah saya ni, konsep berserabut kot" Hahhaha, itu pendapat masing2, yang penting keselesaan untuk diri dan keluarga. Bagi yang beranak kecil, mungkin belum memikirkan tentang hiasan ini. Tapi itu tidak menjadikan sebagai alasan besar untuk 'tidak berbuat apa2' ke atas rumah itu. Bagi yang menyewa, tentu memikirkan, "malas lah nak hias2 ni, bukan rumah sendiri pun". Itu diakui kebenarannya, tapi sekurang2nya, biarlah kemas, tidak ada perabot/perkakas rumah adalah perkara biasa, tetapi, suasana rumah yang kemas, atau mungkin juga lapang mengundang rasa kepuasan dalam diri. Ya lah, badan sudah penat, dan rumah menjadi tempat untuk kita menghilangkan rasa penat itu, dan melihat sesuatu yang cantik, kemas adalah terapi kepada kita. (hehehhe...terasa mcm pereka hiasan dalaman tak profesional pula aku nih..mcm poyo/perasan pula, ahhahah).


--Itu baru mukadimah sebenarnya. (panjang nak mampus mukadimah..jgn marah ye...heheh). Ahhahah, sah poyo aku hari ni. Bukan apa2 pun, tadi acah2 aje, konon2 nk jadi macam Eric Leong, ahhahah. Sebenarnya, tengah pening2 nak hias rumah. Rumah yang kecil lagi sempit itu kalau boleh tak nak dikusutkan dgn perhiasan/perabot yang menyerabutkan. Tapi kalau tengok rumahku sekarang, ha, macam botak aje, hehhehe, dinding kosong aje. Jam dinding pun tidak ada. Kalau setakat jam dinding hadiah hari lahir DBP tu ada la. Seperti lawak seorang kakak di ofis ni, "Oh, Diana tengok matahari eh, nak tau waktu" ahhaha, tergelak besar kami. Dan, kata seseorang yang lain pula, "tak pe diana, pelahan2, jangan gopoh2, p survey2." Hahhhaha, menunggu poket penuh ni, haruslah kami survey2 dulu. (sampai tua survey, bikin migrain, hheheheh). Bukannya tidak ada idea tentang hiasan rumah ni, majalah dah rujuk, mcm2 laman kat intenet aku dah rujuk, cuma ongkosnya belum mencukupi buk, hheheheh. Migrain ... migrain, hehehehe. Tapi kadang2 perasaan takut untuk membeli sesuatu tu ada juga, kan tak kena dgn konsep aku ni, tersalah beli, lagi migrain. Warna tak kena lah, warna tak masuk lah, nampak 'darat' (tau 'darat'?heheeh). Hai, banyak songeh/cerewet pula dia ni ya ... itu pun antara sebab kecil tertangguh juga. Ala, bukan apa pun, rumah sendiri, nak juga puaskan hati sendiri kan. Mahal atau murah sesuatu yang nak tu, perlu difikirkan juga, untuk kebaikan jangka masa panjang. Kadang2, sesuatu yang cantik itu tidak semestinya mahal. Perlu memilih yang terbaik, dan untuk mendapatkan sesuatu yang murah atau cantik, kenalah banyak survey dek non, heheheh. "Jauh berjalan luas pemandangan", ataupun, "jauh berjalan, penat kaki weiiii". Hahhaha.


Kontemporari-Kemas, Menonjol, Menyerlah, Berdimensi: Anda sentiasa mendahului, mendorong dan tidak takut kepada sebarang kemungkinan apabila berhadapan dengan stail. Garis-garis kemas dan ringkas sofa kulit anda digabungkan dengan warna-warna garang bantal balingnya. Corak hiasan anda yang progresif meraikan keperibadian.


(**Nazli Kimin: Admin Senihias.com. Perancang Kediaman, Zolmar Enterprise-"Gaya Hiasan Serlah Personaliti")


(Nota: Walau apa2 pun, perancangan yang rapi dan teratur adalah perlu untuk memuaskan hati. Jangan menyesal di kemudian hari. Okey, bertemu di lain entri. Agak2 ada sambungan tak untuk entri ni? Hhehehe, jangan marah ya! )

Thursday, October 7, 2010

Puding Trifle

Salam.

Mari kita melihat resepi ini dan jika berminat, boleh mencubanya, dan boleh diubah suai mengikut keperluan masing2.... Apa namanya? Trifle? Triffle? Entah, lebih kurang begitulah ejaan/sebutannya. Ini adalah cubaan pertamaku, sebelum ni, pernah lihat ma buat, teringin pula buat sendiri untuk jamuan kecil-kecilan bahagian. Rasanya? Sedapkah? Yang penting, ia licin dihabiskan oleh kawan2 di opis ni, dan suami, anak2 di rumah. Bos pun puji, hehhe, ya lah tu, nk ambil hatiku kah?(malu2 kucing). Tanya Mr Hanapi pula, "sedapkah?". Dan jawapannya, seperti biasa, "bolehlah, sedap la drpd batu/kayu...." Uwaaaa!!! Tak nak bebel lagi, jom lihat bahan2nya. Resepi yang paling senang dan ia cepat disediakan.

Bahan-bahan

1 tin buah-buahan koktail

Kek gulung/swis roll/jika rajin@pandai boleh buat kek sendiri...;-)

Untuk kastard:

Susu cair, satu gelas

Air-2 gelas

Gula-2-3 sudu besar

Kastard 3-4 sudu besar

Untuk jeli:

1 kotak kristal jeli mengikut perisa kegemaran puan2 (saya guna perisa strawberi jenama nona).

Air panas mendidih-2 cawan

Cara membuat:

1) Susun kek/swis roll dlm bekas, rapat2, curah sedikit air buah-buahan dlm tin ke atas kek agar tidak kering. Letak tepi dulu.

2) Untuk puding kastardnya: susu cair, air, gula, kastard dikacau atas darat (Faham tak istilah ni? hahaha). Kemudian, dimasak atas api yang kecil, kacau selalu, agar ia tidak berketul2, kacau sehingga masak (likat dan berkilat). Apabila masak, curah atas kek gulung tadi.

3) Kemudian, tabur buah-buahan koktail (jgn ambil air) atas puding kastard tadi.

4) Untuk lapisan terakhir pula, iaitu jeli. Tuang serbuk jeli ke dalam bekas, dan masukkan 2 cawan air panas mendidih, kacau perlahan. Dan, tuang ke atas puding kastard tadi.

5) Untuk hasil yang lebih menyelerakan, sejukkan di dalam peti ais.

Ia sangat sesuai dimakan di hari raya, moga berjumpa lagi. Bai bai, Assalamualaikum. (Ewah, macam rancangan kat tv pula ... hahha).

(Nota: Maaf sekiranya ayat berjela2, susah juga ya nak buat ayat laras resepi ni ya puan2. hahahha)

Tuesday, October 5, 2010

Perkataan Baharu Iman

Seronok juga apabila anak2 mendapat perkataan baharu dan dia pandai untuk menggunakan perkataan itu, sesuai dengan keadaan/peristiwa yang berlaku. Apa sahaja perkataan yang baik2, pastilah ibu bapa akan berasa gembira dan berlapang dada. Sebaliknya, penggunaan perkataan2 yang negatif oleh anak2, akan mebuatkan kita tidak senang hati. Dan, memerlukan penjelasan ibu bapa, yakni, penjelasan yang difahami oleh anak2 agar tidak menggunakan perkataan negatif tersebut. Perkataan2/ayat yang diucap oleh anak2 berumur 4 tahun, kadang2 tidak terjangkau oleh ibu bapa. Baca 2 situasi ini:
Perkataan Baharu I
"Mama, esok papa nak (i)BELANJA kita. "
Dengan wajah mama yang berseri2, papa nak belanja apa?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Papa nak belanja air vitagen, keropok, ais krim, chipsmore"
Hahhahah, terduduk mama, ingatkan nak belanja best, belanja makanan Iman rupanya!
Perkataan baharu II dan III
"Mama, jom kita g (ii)KEDAI RUNCIT."
"Tak payah lah, kat rumah dah ada makanan."
"Mama (iii)KEDEKUT! KEDEKUT!!!"
Toing! (Bintang2 muncul di atas kepala mama)
(Pandai sungguh berkata2 ... BELANJA, KEDAI RUNCIT, KEDEKUT ... hehehe)

Friday, September 24, 2010

Seronok!

Ha, ni lah dia model baru ubat gigi. Ho ho ho ... yea yea yea! Ni aksi Iman pagi tadi dalam kereta, nak g sekolah. Seronok, hari ni, sekolahnya celebrate raya. Dan, sebalang kuih raya dibawa bekal, katanya, "teacher ckp, bawa kuih raya, share dengan friends." Dan lagi, "Nak pakai samping lah!" Mana ada sampin nak oiii....(Hhaha, macam nenek2 pulak aku nih). "Iman pakai samping adik lah!" Hahha, itu sebenarnya samping ketika umur Iman 2/3 tahun. Hahah, boleh la sarung lagi. Belasah saja lah Iman. Janji boleh pakai.

Tengok, samping kecik yang 'cenonet' tu, Ahahah....

Thursday, September 23, 2010

Test 123

Test Picasa! (TQ fatinsuraya). Hhehehe

2008 di Zoo Negara

Tuesday, September 21, 2010

Lagi Wafiy

Ketika memberi susu kepada Wafiy, di hapadan saudara mara,
"oh, nyusu lagi dio. umur berapo?"
Dan lagi,
"dengarnya masih susu badan, siap pam2 lagi, tapi tak besar2 jugok Wafiy".
Dalam hatiku,
"anak menyusu badan ni, besarkah? Montel kah? Mentang2 lah anak dia besar! (Anak dia minum susu tepung)
Lagi pertanyaan,
"Bila nak berhenti nyusu tu, besar doh tu, 2 tahun doh."
"Tak tahu nak berhenti bila, tapi sekarang dah campur ngan susu tepung".
Itulah jawapan ringkas.
Aku bukanlah menolak susu tepung, Iman dulu pun susu tepung juga (tapi itu zaman jahiliah, huuhu), tapi cara pertanyaan dia tu, seperti sinis. Suami cakap, "anggap la dia macam awak zaman jahiliah dulu tu...."

Apabila melihat saiz badan Wafiy yang kecil (macam mama dia le), "La, dua tahun dah dia, kecik."
Tapi untung juga berbadan kecil, bila di riba time menyusu, orang tak kata pun dia tu 2 tahun. heheh. Yang tak tahannya, nak selak2 baju, biar dua2 terdedah. Oh malu mama, dik. Hahha...cover la skit Wafiy woi....
Di hadapan orang yang tidak biasa, malu2 kucing, suara perlahan aje, menempek dgn mama atau papa, senyum2 kambing, Bila dah biasa, ha! amik kau, suaranya amat la nyaring! Tak duduk diam, ke sana ke mari!

Monday, September 20, 2010

Aidilfitri 2010

Raya kali ni, tak bergambar sangat. Kenapa? Entah, tak tahu. Hanya beberapa keping gambar kami ber4. Famili sendiri/mertua pun, sekeping pun kami tak ambil. Sibukkah? Entah, tiada jawapan untuk soalan itu. Bila dah beberapa hari beraya, barulah terasa, "alamak, apasal tahun ni kita tak bergambar eh?" Balik ke rumah kami di Sentul barulah tergedik2 nak bergambar untuk kenangan di blog, tatapan suatu hari nanti.
Apa2 pun, malam raya, kami di rumah ma. Pagi raya, menikmati hidangan ma, nasi carot with daging kerutub, ketupat palas lemak cicah dgn rendang. Bersalam2, bermaaf-maafan, berdesup ke rumah mertua, suami, iman dan keluarga mertua sembahyang hari raya (Kg. Serendah). Selepas bersembahyang raya, bersalam2 bermaaf-maafan, kami berziarah sanak saudara terdekat kawasan rumah mertua. Nyum2, salam2, turun naik tangga, balik rumah semula, makan2 di rumah mertua (Laksa Penang, Nasi Minyak, Ketupat Lemak). Selepas Sembahyang Jumaat, berdesup kami ber4 ke rumah nenek sebelah ma dan ba di Kampung Kota dan Kampung Sireh. Acara wajib hari raya pertama, berkumpul, beramas mesra dgn sanak saudara.



Pagi raya di rumah mertua

Petang, balik semula ke rumah ma, sambung makan rendang with ketupat, tak puas pagi tadi makan, sbb terkocoh2 kan..heheh. Malam, ke rumah mertua balik. Hahhah, macam kartun pula, raya pertama kami. Malam-melepek keletihan.
Cerita hanya di raya pertama-raya2 seterusnya, adalah biasa2 saja ... disebabkan Wafiy demam. Hanya menerima kunjungan tetamu. Dan, acara makan2 di rumah ma/mertua. Raya ke-5 dan ke-6 barulah menyambung berziarah sanak saudara....

@ ImWaf's House




Ceritaku

Masih dalam mood raya, ya lah kan, masih bulan Syawal, orang KeyEl kan, raya sebulan tau! Ni cerita lepas balik KL, selepas bercuti lebih kurang 9 hari di kampung.
Selera merudum! Hahha, ya lah kan, duk kampung 9 hari, makan sedap2 (selera org Pasir Mas). Datang KL aje, tekak tak berapa nak telan. (Perasannya pempuan nih!) Duk kunyah biskut raya aje. 9 hari di kampung, tekak masuk dengan masakan lemak2 manis gitu. Betul2 selera aku mati lepas raya ni. Suami beri cadangan, jom kedai mamak. Dan, dua hari berturut, kami menelan roti nan+kuah dal+ayam tandori (perah asam limau). Pertama kali makan ayam tandori. Sedap!

Roti Nan With Ayam Tandori

-Sabtu pula, kami ke IKEA, cuba mengubat tekak yang agak pahit lagi payau nih, heheh, apa lagi, meatball with daim cake le ... sambil mencari sedikit aksesori untuk ditepek di dinding rumah.

-Ahad? Kami ke Kajang, pembukaan restoran Sup D' Kampung (berhampiran Giant Kajang Saujana Impian) Sebenarnya restoran ni kepunyaan kakak n abng iparku. Sumpah sedap! Macam2 sup ada kat sini, saper2 yang suka makan sup tu, cubalah nanti (promote beb!). Aku puji bukan sebab restoran ni kakak aku punya, tapi ikhlas, mmg sedap. Harganya pun sangat berpatutan. Dibuka dari pukul 10.00 pagi sampai 10.00 malam. Lepas pukul 4, ada masakan panas. Nampak gaya, setiap minggu aku akan ke sana, mencuba menu yang ada. Heheee..

Menu Utama Sup

Sup Urat Ketin

Selepas ke Kajang, kami beraya di Taman Dato' Harun pula ... makan2 lagi! Thanks Ayu n famili! Kenyang kami. ALHAMDULILLAH. Satu hari, hanya dua tempat, tapi sudah kekenyangan n keletihan! Tekak masih payau ke? Harap2 kepayauan ini tidaklah lama, moga selera kembali seperti biasa, ehhehehe. Sampai ke satu tahap, "arghhh, boringnya nak telan nasi!!" Boleh gitu? Ada tak sesiapa berperangai macam aku nih? Hahahha, inilah perempuan kurus yang seleranya merudum sekarang ini. Walau apa2 pun, kurus atau gemuk, ku tak kacau orang, ku tak amik duit orang tau! Isy, ntah apa2 aku melalut ni. Sebelum bebelan menjadi semakin panjang ... bai bai bai! Bertemu di lain entri!

12 September 2010

Salam

12 September 2010, my birthday boy-Muhammad Adam Wafiy bin Hanapi menyambut ulang tahun kelahirannya yan kedua. Selamat hari lahir sayang! Tanpa tiupan lilin/kek special/ sebarang sambutan untuknya. Hanya ucapan, "selamat hari lahir wafiy' untuk si busuk mama! "Iman, hari ni beday adik." Lantas, Iman nyanyikan "Allah selamatkan Wafiy". So sweet!
Hari lahirnya, adalah hari ketiga Syawal, sangat kesian, Wafiy demam! 2/ 3 hari juga membataskan aku untuk berhari raya. Tetapi aku tak kisah, boleh la berehat di rumah, hanya menerima kunjungan tetamu. Demamnya kali ini, tidaklah teruk sangat, tetapi sangat2 manja, berdukung 24 jam, menepek dan berona! Berdukung pulak dgn mama aje, tak nak dn saper2, senget bahu mama, dik!
Selang satu jam,
"Ma, nak pek @ nak pek ma!"
"Ma, nak yam" (nak ayam)
"Ma, nak to" (nak motor)
Sampai ke tengah malam sebut 'yam', 'to'. Aduhai.... Keluarga mertua banyak pelihara ayam, burung merpati, ikan keli, seronok la dia dengan suasana mcm tu. Anak ayam yang kecil tu, dipenyet2nya! Terkiuk si anak ayam dipenyet Wafiy. Hehhehe.

Tuesday, September 7, 2010

Salam Aidilfitri

Salam....
DieyanaImanWafiyHanapi mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi. Mohon maaf atas kesilapan dan mungkin ketelanjuran kata Dieyana78. Maaf zahir dan batin. Insya-Allah, umur panjang kita bertemu lagi....
Nah, pantun 2 kerat Dieyana78 ... hehhehe.
Gulai kerutub ayam kampung,
Petang ini kami balik kampung.
Ta ta ti tu....;-))
Salam Lebaran 1431.

Thursday, September 2, 2010

Pada Suatu Malam

Malam semalam; Tiba-tiba,

Iman: Mama, Iman rasa malam ni Iman nak tidur bilik Iman lah!

Mama: Oh! (Sedikit terkejut). (Tetapi dalam hati, tidak percaya). Betul ke ni, Iman....(sengih2)

Iman: Betul lah Mama!

Mama:Okey, jom ambik bantal. Mama buat susu, Iman tidur sorang ye. Mama, Papa, Adik tidur bilik sebelah.

Iman: Tapi....Iman tak nak tidur sorang, Iman nak tidur dgn adik. Kalau adik nak 'pek', Iman bawaklah adik kat mama. Mama jangan tutup lampu tau!

Mama: Okey!

Rasa bangga jap, bila Iman tiba2 bgtau nak tidur asing dgn mama dan papa, walaupun dalam hati dah agak apa akan berlaku selepas itu.

Mama masuk bilik dan berpura2 tidur, nak tengok reaksi Iman. Sekejap2 kujenguk Iman dan Wafiy, apa dibuatnya. Kejap bangun main, kejap baring, minum susu. Kejap2, "Mama nak kencing". Isy!

Kemudian, sambil membimbit bantal,

Iman: Mama! Iman tak jadilah tidur bilik Iman, sebab adik bising, duk main mainan, Iman nak tidur pun tak boleh! (Amboi, cerdiknya alasan!)

Mama: Hahahhah...okey2, lain kali ya! (Mama dah agak ini akan berlaku).


Tak sampai 5 minit Iman merebahkan badan di katil kami, dia terus tertidur! Hhahahah, apa2 pun, keinginan dia untuk mencuba tidur berasingan dengan mama tu, ada. Aku pun belum bersedia nak asingkan Iman daripada tempat tidur kami.... Mungkin suatu hari nanti, kami akan melatihnya sedikit demi sedikit. Seperti mana kami mem 'potty training' kan Iman semasa dia berumur lebih kurang 3 tahun. Nak latihnya, sangat mudah, cuma perlu lebih kesabaran!

Wednesday, September 1, 2010

Sudah dan Belum

Rasanya, dah selesai kelengkapan raya. Biasa2 aje...

-baju melayu sepasang sorang,
-baju raya pertama Dieyana
-baju selepas raya pertama ImanWafiyHanapi,
-sandal ImanWafiy,
-shawl Dieyana,
-terompah Dieyana,
-duit raya sudah tukar,
-biskut raya(ada yang belum dapat), itu aje lah.
-butang baju Mr Hanapi
-keronsang Dieyana

Oh ya, dua perkara aje yang belum,
1) KOPIAH IMANWAFIY
-Yang ni senang aje, tak payah redah jalan tar nk cari kopiah, ada satu kedai kat gombak, berlambak kopiah kat situ (kata Mr. Hanapi).

2) Tarikh balik kampung
-Get ready nak balik kampung aje ni, tapi belum buat keputusan betul2, nak balik Selasa atau Rabu. Kena decide cepat ni, Khamis/Jumaat kena isi borang cuti.


(Ehem...berjimat cermat ye adik kakak, lepas raya, misi lain pula..heheh)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...