Wednesday, February 24, 2016

Lemau Badan Tak Zumba! ;-))

Amboi, tajuk bukan main! Tak de lah, sebenarnya rindu kat kawan-kawan 'sezumba' ... Fitsisters Group
 
Gian nak melompat! Melompat sorang-sorang tak best, nak juga melompat ramai2! Tengok kawan sebelah melompat tinggi, tak nak kalah, nak tinggi juga, lepas tu terpeleot! ^___^ Moralnya, jadilah diri sendiri, buat ikut kemampuan masing-masing. Yang penting, hepi!
 
Serius, badan pun lemau semacam ni ... hampir dua minggu tak g kelas.
 
Balik kerja, lewat sampai rumah, penat, makan anak2 tk siap, rumah tunggang langgang, mana sanggup nak keluar zumba dgn keadaan macam tu kan!
 
Sekarang cik kembar pula tak sihat, pagi petang ulang alik ambik gas kat pusrawi (nebulizer)
 
Bila semua sihat, kita sambung zumba balik! Weihuuuuuuuuuu...
 
 
Dua Instruktor Zumba yang best - kecik comey, bila beraksi, mak oii, tak dan nafas akak tau! ^__^
 

Jom, nak sihat, gembira, kita zumba di sini:
 
Metabolixtreme Gym & Fitness
Sunway Batu Caves,
Batu Caves Selangor.
 
Perempuan Sahaja ... Studio Tertutup!
Waktu: 9.30-10.30 malam
 
Walk in: RM 10
Trial for 3 classes: RM 30
Member: RM 110
 
Isnin-Aerodance
Rabu -Zumba
Jumaat -Zumba

 
Inilah masa nak bersosial secara sihat kan. Kat rumah rutin kita sebagai isteri, lipat kain, basuh baju, layan anak-anak, suami etc...  Kena juga luangkan masa untuk kita orang perempuan nak bersosial, tapi secara sihat tau! Ingat laki, anak-anak kat rumah tu ... ingat, bila dah suami izinkan keluar, gunakan ruang ini sebaik mungkin, jaga maruah suami, eh membebel pulok! ^__^ #ingatandirisendiri
Jom Zumba ... nak gembira, hilangkan tension2,  katanya ... lalalalala! ;-))
 
 
 
Berlambak gambar kat galeri ni ha.. setelah ditapis2 cukup yang ini saja disiarkan ;-)) Apa tak berlambaknya, lepas kelas, bergambar, itu belum masuk yang berselfi bagai, uols memang best!
 
 
 
 
Kawan-kawan kepala pengat yang best ... we love Fitsisters!
 
 

Oh no no, tudung hijau tu nenek kebayan eh? Wakaka!
 


Smile!
 

Friday, February 19, 2016

Manhantan Fish Market, Sunway Putra Mall

 
Kejadian dah lama ni, baru nak post.
 
Manhantan Fish Market, Sunway Putra Mall.
 
 
 
Nampak je sikit, tapi kembang pipi juga lah mama nak habiskan sepinggan ;-))
 
 
 
Kid's Menu-tak habis pun, tapau!
 
 
Kami berdua je yang pergi, saya dan cik kembar (Umar Ghazi). Yang lain melopong depan tv, mood berjalan tak mari lah tu. Kembar yang sorang lagi tidur. Dan saya, rasa bosan yang amat, ha mula lah macam2, mintak izin, nak jalan 'pusing-pusing', hilangkan rasa bosan, sekejap pun okey, janji lepas perasaan tu. Ada yang perangai macam saya tak? ^__^
 
 
 
Kabur! ;-))
 
 
Tak tau nak ke mana, jom ke Sunway Putra Mall, paling dekat dengan rumah. Parking mudah, tempat makan pun banyak. Tapi kami tak lama, sebab jalan berdua saja, hati teringat2 yang berbaki 4 lagi kat rumah tu! ^__^



"Hey you!" ;-))
 
Balik rumah, dengan bangga cerita kat partnernya, "Adik (Ghufran), tadi Abang Aji (Ghazi) jalan-jalan dengan mama, best!!"
 
Hahaha, saja mengapi-apikan Ghufran, terkebil2 la Ghufran.
 


Umar Ghazi tanpa Umar Ghufran di sisi ^__^
 
Partner nya tak de, tak dapat lah nak bergandingan membuas. Sangat patuh dan baik-baik sahaja  ^__^
 
 

Thursday, February 18, 2016

Ikea Cheras

Dah bertahun tak pergi Ikea ... hampir empat tahun kot. Lepas bersalinkan kembar, langsung tk pergi. Dulu pergi Ikea sebab baru pindah rumah, semangat nk cari barang rumah  yang comel2, Ikea antara tempat kami cuci mata/cari idea - kononnya. Tapi sampai sekarang, rumah duk lagu tu jugak, tak de apa yang menarik pun, hahha!

Sekarang, bila tengok dinding rumah, aduhai, banyaknya lukisan kreatif anak2 kat dinding. Rasa macam tak bermaya je tengok dinding rumah ^__^ Teringin juga nak cat rumah, kasi 'bersih' dinding tu, tapi hasrat tertangguh. Kata saya, biarlah dulu, tunggu anak2 dah besar sikit. Ayat sedapkan diri sendiri, mak redo, nak! ;-))

Buat masa sekarang, 'nikmati 'keindahan' lukisan anak-anak yang kreatif tu. Dulu Iman n Wafiy, sekarang cik kembar pulak ambil alih kat dinding tu, hahah!

Berbalik tentang Ikea ... Ikea cheras dah lama buka kan,  tapi saya buat tak tau aje, sbb tak de apa nk shopping kat situ, nanti kalau pergi ckp tk mau shopping, tp mesti terbeli jugak bekas comel / ntah apa2 lah!

Tup tup member ajak, jom p Ikea, jalan2, boring duk opis (Lunch hour hari Jumaat yang panjang). Dari opis ke Ikea Cheras, memang dekat je. Ha jom lah, boleh jenguk Ikea baru! ^__^


Berkenan pula jam ni, simple! Tertarik dengan warnanya!

Jalan2 konon,  ha kau, nah dua biji mug utk minum kopi kat rumah! ^__^
 
Lepas tu beli karipap sedap Ikea, makan panas-panas! ;-))
 
Ok bai!
 
Balik rumah dgn bangganya cerita kat suami, pergi Ikea Cheras! Dan, tak sangka selepas 4 tahun tak pergi Ikea, suami ajak pergi Ikea, nk cari idea buat rak katanya. Jeles la tu sebab isteri dah lebih dulu pergi Ikea, orang pergi, dia nak pergi jugak! ^__^

 

Kebetulan lepas raya cina, balik dr Kelantan, keesokannya saya masih bercuti, ha apa lagi, jom kita ke Ikea! Syok weih, org tk ramai, lapang! Cik kembar kat taska, bawa Iman n Wafiy je.
 
Orang tak ramai, apa lagi, posing-posing la!


Eh eh, seronok pula diaorang ni, ingat ni taman permainan ke? ;-))
 


Mama, cepat ambik gambar kami! Amboi, ini sudah lebih!


Mimpi ke angkasa lepas ke tu....;-))



Akhir2 ini, suka tengok taman/deko yang macam gini. Angan-angan nak miliki rumah yang deko ala resort. Apakah ni tandanya faktor usia yang semakin meningkat? Mak cik sangattt! ;-))






Sejak dari dulu saya berkenan kerusi macam ni, ala2 rotan, tapi suami cakap, macam kat kedai minum kopi. Eh, memang la, cantik apa! Santai....
 





Sambil berangan rumah ala resort, tetiba lukisan 'cantik' cik di dinding  rumah berselang seli datang dlm angan2, okey dah stop berangan!  Lupakan rumah ala resort tu ... hahaha!



Sebenarnya, Ba (ayah saya) kat kg memang minat dekorasi taman. Itu yang ambik gambar, nanti boleh tunjuk kat dia, boleh jadi panduan dia untuk menghias laman rumahnya!



Apa-apa pun, kita tunggu je lah projek suami dengan rak tu, jadi ke tak jadi. Dah mcm2 idea dtg, katanya. Sebelum ni, satu rak dah berjaya dia buat http://dieyana78.blogspot.my/2015/09/rak-simple-di-stor-kecil.html

Google, ada satu tempat di Shah Alam, ada jual kayu yang siap bersih macam kayu kat Ikea tu, kita hanya pasang/bina/paku sendiri. Boleh terjah nanti, kata suami! ;-))



 

Monday, February 15, 2016

Ayam Kam Heong Versi Ringkas!

Tak pernah tau pun ada resepi macam gini, hahha, teruk kan! Menu kat restoran cina muslim ya? Sebab tak pernah mkn kat restoran macam tu, itu yang tak tahu tu ;-))
 
Katanya, resepi ni viral, juga tak tau. Entah apa2 je saya ni! ;-))
 
Tak pe, viral ke tidak, saya cuba buat, nampak senang n sedap, tapi yang ni versi ringkas-seringkasnya, campak-campak aje bahan yang ada kat dapur. Daun kari tk de, mana yang ada je lah, asalkan ada serbuk kari. Resepi asal ayam Kam Heong ni, kering, tapi saya buat berkuah sedikit.
 
Jom tengok resepi saya yang memang tak de sukatan, kaedah agak2 je. Kalau google, macam2 versi, ada yang senang, ada yang kena perap ayam terlebih dahulu. Boleh pilih yang mana-mana, ikut tahap kerajinan masing-masing ^__^
 

 
Ayam Kam Heong Berkuah ... tak de hiasan, ringkas-seringkasnya!

 
Bahan-bahan
 
Bawang putih
Bawang merah
Bawang besar (saya suka hak kuning, lagi manis)
Serbuk kari
Sos tiram
Kicap manis
Kicap masin
Sos tomato
Sedikit gula
Sedikit garam
Air (ikut masing-masing)
Minyak untuk menggoreng
Daun kari
Lada besar merah/hijau untuk hiasan (jika mahu)
 
Ayam
 
Cara Membuat
 
Ayam digoreng. Apabila masak, ketepikan.
 
Tumbuk/kisar semua jenis bawang, tinggalkan sedikit untuk dihiris (bawang kuning). Tumis semua bawang-bawang tersebut. Masukkan serbuk kari, masukkan  air secukupnya, supaya tidak kering/hangus, Masukkan semua jenis  kicap dan sos. Masak sehingga 'pecah minyak'. (Kaedah macam kita masak gulai kari). Ketika ini, tambah air jika perlu / mahu. Rencahkan dengan sedikit garam dan gula.
 
Apabila menggelegak / masak sempurna, masukkan ayam yg digoreng tadi.
 
Kacau-kacau sedikit,   taburkan daun kari (saya tak bubuh sebab tak de ;-)) siap, boleh dihias dengan lada merah / hijau / apa saja mengikut kesesuaian. Bolehlah dihidang bersama-sama nasi panas ;-))
 
**Maafkan saya, resepi saya tak de sukatan, pandai2 lah sukat sendiri/rasa ya. ^__^
 
**Cili saya tak bubuh sebab nak bagi anak2 makan
 
Serius, memang sedap, dan kena dengan selera kami anak beranak. Lain kali boleh buat lagi! Boleh tukar dengan ikan/daging/udang/sotong, kita yang buat dia kan, pandai-pandailah kita! ^__^

Mengenal Haiwan di Zoo Negara

Cuti Hari Wilayah lepas, bawa anak-anak ke Zoo Negara. Tujuan utama bawa cik kembar mengenal haiwan. Pertama kali tengok binatang secara langsung, cik kembar nampak takut, teruja.
 
 
Pukul 9 pagi kami sampai ... sunyi sepi! Tak de orang weih, best2, tak de lah serabut dgn orang ramai!
 
Dua abangnya dah bnyk kali ke zoo, kali ni bawa cik kembar pula. Dari zaman anak sulung saya-Iman lagi memang Zoo Negara lah tempat yang 'mesti' kami bawa anak-anak untuk kenal haiwan. Ada yang cakap zoo busuk. Busuk memang la busuk, panas memang panas, biasalah dah namanya tempat haiwan kan. Buat tak tau sudah ... Alhamdulillah hari yang kami pergi, panas yang biasa2 saja, tidak membahang. 
 
Macam biasa, mesti bawa bekal makan, cafĂ© kat dalam tu mahal, tak berbaloi, gigih mak bangun pagi2 goreng nasi tau! ^__^
 
 
 
Perjalanan bermula!
 
 
 
Iman dan Wafiy
 
 
 
 
 
 
Bnyk tempat sedang direnovate ... Rumah Reptilia ... tempat pertunjukan pun renovate. Masih ada pertunjukan, tapi diaorg guna  tempat kecik sementara tempat direnovate. Hari yang kami pergi tu, ada pertunjukan burung.
 
Mcm biasa, gajah pun dah tua ... hihi, badak air pula berendam tak timbul2 hahaa! Tapi ok lah cik kembar nmpk seronok walaupun takut2.... ;-))
 
 
 
 
 
 
 
Tak mau turun dari stroller, takut weih! ;-))
 
 
Mama, kura-kura mana? Bnyk2 binatang ditanyanya kura-kura hahaa! Okey kura-kura dlm perahu, pura pura tak tahu! ;-)) Kura2 tk de, nak, Rumah Reptilia tu sedang direnovate, bai bai aje lah ^__^
 
 
 
 
 
Rehat sebentar, sebelum menyambung perjalanan, lenguh kaki mak haih! Makan bekalan dan posing-posing dulu ;-))

Kalau yang kepenatan berjalan, boleh naik 'kereta' yang disediakan tu, tk pasti berapa bayaran tiketnya. Tapi kami lebih suka jalan, anak-anak pun tidak meragam, so perjalanan kami anak-beranak menyeronokkan tanpa 'gangguan2' ;-))
 
 
 
Kat tempat ikan, dah mula berani.
 
 
 
Teruja tengok ikan besar!
 
Pagar biru sebelah tu tempat pertunjukan yang sedang direnovate
 
 
Tiket - Dewasa RM 31
Kanak kanak 4 tahun dan ke atas RM 11.
 
Fuhhhh, berpeluh juga lah, okey lah bukan selalu kan. Dah kata nk tunjuk haiwan kt cik kembar kan! ;-))
 
Tk tau la generasi akan dtg mcm mana, masih wujud kah Zoo. Ermm, haiwan semakin pupus!
 
Saranan / pendapat saya la kan, kalau sesiapa nak pergi zoo sekarang, baik ditangguhkan dahulu, ada tempat ditutup sbb renovate. Rasa macam rugi juga, tiket bayar macam biasa.
 
Apa-apa pun, anak-anak seronok, terutama cik kembar. Anak-anak suka, kami bahagia! ^__^
 
 

Bai, kami dah nak balik!

**Panduan penting ibu bapa yang membawa anak-anak ke Zoo Negara: Dah tau nak jalan luas/cuaca panas, pastikan bawa air dan makanan yang mencukupi, serta keperluan yang lain-payung, kipas tangan dsbnya, supaya anak-anak tidak meragam kelaparan. Paling tidak pun, mak-mak yang akan meroyan! ^__^ 
 
Alhamdulillah, anak-anak tidak perangai pada hari kejadian, lega mak. ;-))
 
 

Friday, February 5, 2016

Roti Telur Sosej Berkeju

Hampir dua minggu sarapan roti telur sosej berkeju ni. Resepi mudah ni diambil daripada FB.

Iman dan Wafiy: Mama, esok buat lagi ... lusa, tulat, dan seterusnya ^__^
 
Kalau tak sempat/terbangun lewat, Iman dan Wafiy hanya makan roti cicah air milo, yang penting, mesti makan/alas perut sebelum ke sekolah. Tak sempat makan, tapau, makan kat sekolah.

Untuk cik kembar, roti celup telur, goreng, tabur gula, itu saja!

Kita kongsi resepi di sini, pandai-pandailah 'ejas'/ nak kurang/ tambah bahan.

 
 
Sosej tu saya goreng dgn sedikit minyak (1 sudu kecil)
 
 
 
Sumber: FB


Makan panas-panas lagi sedap, dengan cairan keju meleleh di tepi roti!

Anak-anak suka, mama pun suka.

Mama bawa bekal, sarapan di pejabat!

Selamat mencuba!



Sarapan Iman dan Wafiy


 
Bekal mama ke pejabat!
Boleh dimakan dengan sos/mayonis.

Thursday, February 4, 2016

Burger Byte dan Burger Gerai

Dah bersenam cantikkan punggung, kempiskan perut, mari kita makan burger pula..hahha.. jangan marah ya! ^__^

Jom kita makan Burger Byte! (burger Zizan-pelakon tu! hHhiihi, yang ni cawangan Sentul, dari rumah jalan kaki pun sampai! kami mmng suka Burger Byte ni, sebab dagingnya lembut. Tapi tidaklah selalu, kopak mak tau!
 


Iman- yang kena paksa bergambar dgn burger..;-)) Kami suka fries nya!


 

Spagethinya-boleh tahan....
 
 

Ini bukan burger byte, burger kat gerai biasa je, tapi sedap!
 


Ini pun burger gerai ... sedap juga. Bagi je apa burger kat saya, semua sy belasah hahah! Lagi sedap kalau lebih mayonis ;-))


Lagi satu, saya suka burger oblong, oblong kambing! (Betul ke ejaan oblong tu? ;-)) Biasanya saya suka beli kat gerai Taman Dato Senu, Sentul, sedap, gerainya pun bersih!

Tapi ada satu burger yang dah hampir tiga tahun kami tak jamah, bukan saja burger, tp tak masuk pun! Mc Donald! Nafsu dah tertutup utk mc Donald! #jangan kecam saya tak makan mcd tau! Tak tau la, kalau ada orang belanja, makan juga kan! Tapi Alhamdulillah setakat ni tak de orang belanja lagi #jangankecamsaya  #pendapatmasingmasing  ^__^

Teringin nak try Fatburger kat ioi Mall, Putrajaya, belum kesampaian lagi...;-))
 

Tuesday, February 2, 2016

Mari Bersenam! ;-))

Dah makan macam-macam, kita bersenam la pulok, hahha, bajet rajin la ni.
 
Hari ni hari Selasa, warga KL dah mula kerja, tak de maknanya kakak nak bersenam ya! Okey, kita tunggu hari Sabtu/hari cuti ni!
 
Yang rajin boleh buat malam ni, sambil-sambil tengok tv, hhiih. Eh, eh sebenarnya ai pun malas ni ha! ;-))

Tak pe, kita parking je dulu kat blog ni, insya-Allah kita buat ya! ^___^
 

Cantikkan punggung! ^__^
 

 
Pilih je nak mana satu, nak cantikkan punggung atau kempiskan perut, atau kedua-duanya! ;-))
 



 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...