Friday, September 26, 2014

Throwback: Anak anak dan Ramadan

Betul-betul punya 'Throwback' ni ha! hahahah. Cerita Ramadan lepas, kita undur sikit, hhiihih, jangan marah ya!
Alhamdulillah tahun ni anak-anak, Iman n Wafiy, masing-masing  dapat berpuasa 15 hari. Tahun ni tahun pertama Wafiy berpuasa. Sungguh, tak sangka dengan badan kecik dia tu, tak pernah berpuasa, tiba2 je cakap, "Wafiy nak puasa, mama."
Iman: Hari pertama Ramadan, demam, tak dapat la berpuasa
Ada satu kali tu, tak sahur, tetap nak puasa juga. Kebetulan kami suami isteri tak tersedar sahur, nangis-nangis cakap, kenapa tak kejut Wafiy sahur.  Memang kuat semangat anak saya yang no 2 ni. Nampak je lembut, kecik, tapi jiwa dia mmng sgt keras (macam mama kot? ;-)) Beza dengan abangnya, Iman, agak lembik dan mudah 'tergoda', nasik kicap cik kembar pun boleh tergoda, hihihi. Ala, kita yang dewasa mudah 'tergoda', apatah lagi anak-anak kecil kan? Walau apa pun, mama bangga Iman n Wafiy dapat berpuasa 15 hari....
Menunggu waktu berbuka ;-))
Dari sekolah, atas motor (dengan papa) sambil menunggu hujan reda, 'jelepek' kepenatan
Bila berbuka, semua pakat request nak makan itu ini ... seronoknya, dan kenikmatan berpuasa tu jelas terpancar di wajah anak-anak kecil... Dan lagi yang penting, Ramadan ni mengajar diaorang berdisiplin dalam solat. Solat mesti no 1 tau anak-anak!


 Menunggu berbuka ... macam2 nak makan, layannn kan aje..hihi...



Nikmatnya dapat berbuka puasa ;-))
Request Wafiy, nak makan burger king ... tak nak hampakan anak kecil yang berpuasa dan supaya mereka lebih bersemangat untuk berpuasa, mama n papa ikut sajer. Kebetulan pergi cari baju raya anak-anak, singgah drive thru burger king Wangsa Maju. Berbuka dlm kereta je, bila tengok-anak-anak seronok, kita pun seronok kan! Lps tu terus ke masjid Wangsa Maju....
Sebagai ganjaran/hadiah semangat untuk mereka berdua, masing-masing dapat hadiah duit raya dari mama dan papa....;-))

Bai...

Friday, September 19, 2014

Teater Kanak-kanak: 'Laba Sang Bijaksana'

Jom ramai-ramai malam ini, bawa anak cucu menonton Teater Bangsawan Kanak-kanak 'Laba Sang Bijaksana', pukul 8.30 malam, di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Masuk percuma!
 
 
 
 
Iman berlakon, ala.. watak kecik je.. macam tahun lepas juga.. (http://dieyana78.blogspot.com/2013/12/teater-daniel-dan-bawang-hitam.html ) tapi okey la...untuk suka-suka..isi masa lapang cuti sekolah...ihihihi..kasi dia 'bersosial' skit.. jangan terlebih bersosial sudahhh....;-)) jangan tau mengadap game aje! ;-))
 
 
Iman-watak orang asli katanya ^__^
 
 
Maaf, baru nak update hari ni, persembahan dah berlangsung semalam, pukul 3,.00 petang, dan pementasan untuk hari ni, hari kedua, hari terakhir, pukul 8.00 malam ni tau! Malam ini masih ada peluang, jom jom, jom ramai-ramai!

Friday, September 12, 2014

Jom, 'Klik Web DBP'!

Assalamualaikum.... salam jumaat untuk semua.
 
Semakin hari semakin jauh Dieyana78??
 Hihihiih..apa -apa pun, Dieyana tak lupa berkunjung rumah kawan-kawan.... cuma, rumah sendiri je tak sempat nak update
 
Apabila dipertanggungjawab mengendalikan blog rasmi ni, tumpuan dan fokus haruslah pada yang ini. Banyak perkara yang perlu dipelajari...yang ni guna wordpress, ai sangat lah terkial-kial guna word press ni tau ... dan banyak benda teknikal nak kena pelajari. Alhamdulillah, rakan-rakan editor dan pegawai sistem  di sini membantu.
 
Nak tahu maklumat/aktiviti DBP, bolehlah berkunjung ke Klik Web DBP ni tau! Nak menyumbangkan idea, menulis pun boleh....
 
Terima kasih! ;-))
 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...