Showing posts with label Blogger. Show all posts
Showing posts with label Blogger. Show all posts

Friday, January 30, 2015

Terima Kasih Blogger MiaLiana!

Assalamualaikum semua ... syoknya hari ni Jumaat dah.... ;-)) Ada yang cuti balik kampung ke.... Isnin, selasa kan cuti! Kami tunggu raya cina lah balik...insya-Allah
 
Anyway nak ucap tqvm kat blogger mialiana, masukkan nama blog Dieyana kat http://www.mialiana.com/2015/01/senarai-url-blog-12.html
walaupun penyertaan dah tutup, ai masuk juga, sebab tak perasan pun masa dah tutup. ;-)) Apa pun terima kasih Cik Mia!

Okey Bai!  Ada masa boleh kenal2 senarai blogger yang cik mia papar tu.... ^__^

Thursday, January 16, 2014

Puding Roti Bersos Kastard


Desert macam gini memang feveret saya. Pernah buat puding roti bakar resepi Ma tp tk de sos. Yg bersos kastard ni pernah mkn, sdp sgt. Resepi  sgt mudah, tapi keinginginan nk buat tu tk berapa ado senang cerita, malas! ;-)) 

Tapi  semlm bila tgk blog iela, gebu gebasnya pudingnya, fuh ... menggugat. Mungkin juga selera nasik kurang, nak mkn kuih manis2 je, itu yang excited. Pukul 9 malam  zassss g kedai  beli susu cair. Biasa time gini mak dah lena dgn cik kembar, tapi puding gebu gebas iela punya pasal, cerah bijik mata ;-)) 

Mmng terbaik! Excited terlebih, loyang pun main belasah, lagi nak kejar risau cik kembar terjaga,  puding agak nipis. Lain kali guna loyang kecik sikit. Fuh nikmat mkn puding bersos panas2...

tq iela! ;-))


Makan panas-panas, rangup di luar, lembut di dalam ;-))


Yang tk best bila saya n suami je sungguh2 mkn. Ank2 tk berehi. Mak2 lain pun tentu mcm ni kan? Masak mknn yg ank2 suka je kan? Tapi kalau kita teringin nk mkn sendiri, buat juga, tp kurang rasa kenikmatan msk kalu ank2 tk mkn kan. Ermmm...tak po tak po, ado masa lg kita msk mknn kegemaran ank2 pula ...;-))


Tuesday, January 17, 2012

Follower ke-84: Teruja Kejap! ^__^

Salam semua.


Cer tengok, cer tengok, folower saya yang ke 84 ... hehhe ... apa, tak heran? Jangan la cam tu, itu artis pujaan ai tahun 90-an tu tau! =^__^= Teruja beb, tetiba buka blog, artis pujaan saya zaman 90-an dulu folow kita balik, saper yang tk teruja kan! Cam tak percaya aje, Zarul Umbrella follow blog dieyana, yang tak cun nih.... Ditambah lagi beliau komen di dua entri saya sebelum ni, tersipu-sipu malu ai +__+


Kisahnya macam ni, beberapa bulan lepas, masa tengah blogwalking, tetiba jumpa blog beliau (ceh skema), "Eh, Zarul Umbrella ada blog! Eh, ini cerita baru dia nih!" Terus saya folow blog beliau dgn rasa teruja. Sebab utama saya folow beliau, sah2 sebab beliau artis kesukaan saya suatu masa dulu, dan sebab kedua, ada info yang menarik untuk dibaca. Lepas dh folow beliau, langsung tk terfikir akan balasan beliau folow saya balik kan. Maklum, artis, takkan la nk folow kita kan. ;-) Sungguh, saya folow secara ikhlas, tak minta untuk dibalas...;-)


Biasalah kan, zaman remaja, minat kat artis ni, artis tu. Sanggup tau beli majalah yang ada muka Zarul, tambah2 kalau dia jadi cover muka depan majalah. Senyap2 saya g beli majalah Media Hiburan. (Ba cukup marah beli/baca majalah hiburan zaman belajar). Beli kaset Umbrella lagi tau! Boleh dikatakan 99.99 peratus lagu dlm kaset dia sedap. Zaman 90-an tu, sebut aje lagu-lagu kumpulan Umbrella, saya boleh nyanyi tau! Suara saya? Sah-sah la ke laut! Tapi kalau disuruh hafal subjek Sejarah, satu minggu pun tak lepas-lepas, disuruh hafal lagu, cemerlang wei! =^__^= Antara lagu Umbrella-Ramalanku Benar Belaka, Bukalah Hatimu, Maruah, Retak Jangan Relai, Berapinya Rindu, Akulah Teduhanmu... Hahahah, dasat betul! Tetiba cari balik lagu-lagu lama Umbrella... ^__^ Lepas Umbrella dibubar, bertahun2 saya tak dengar cerita Umbrella dan Zarul. Tup-tup saya jumpa blog beliau...


Apa-apa pun, tq Sdr. Zarul sebab folow blog dieyana balik! +__+


Lepas ni Aaron Aziz buat kunjungan balas ke blog dieyana. Larikkk!!! =^__^=

Thursday, January 12, 2012

Perempuan Joget? ^__^

Salam.


Minggu hari tu, masa kakak saya datang tidur rumah, dia duk belek-belek apa yang menarik kat rak buku bilik rumah saya. Terus dia ambik album gambar yang lama. Tergolek-golek kami adik-beradik duk gelak, tengok gambar lama kami, kelakar sangat, tahun 80-an, 90-an, 2000-an, gambar saya kawin, ahhah, lucu sungguh tengok saya dan suami atas pelamin. Sakan kami duk gelak tengok muka masing-masing, dengan gaya berpakaian.... Itu yang penting kita simpan elok2 gambar kita kan, besok2 tunjuk kat anak cucu, sah-sah mereka gelakkan kita pula..^__^


Lepas tu dalam banyak-banyak gambar kami duk gelak tu, saya tertarik dengan satu gambar ni ... ala la, comeynya saya waktu tu ... =^__^= zaman awl masuk bekerja, join kelab budaya ... menari wei ... suka wei kalau bab2 budaya gitu, cak pong, cak pong mu duk joget, tk peduli orang lain. ^__^




Yang paling saya tertarik dengan gambar ni, kami menari rumah fillanie la! Dia antara blogger feveret saya.... Mak dia mantan staf tempat saya bekerja ni. Mak dia lah ngajak kami buat persembahan menari untuk majlis kahwin anaknya, tak silap saya dlm tahun 2004/2005 kot....

Sebelum ni tak ingat/tak perasan pun yang saya menari rumah dia. Bila jumpa gambar ni, terasa sempitnya dunia ni. Masa tu awk tk nampak saya, filla, masa tu saya kecik, sekarang saya kecik juga tapi awk tetap tak kenal saya juga. ^__^
Tak silap saya, gambar ni malam berinai, kan fillanie? Tengok Pak Radie awk, maintain aje..;-)


Sekarang Kelab Selendang Budaya di opis saya ni dah tak aktif macam dulu, rasanya terkubur macam tu aje, sebab mak ayams n anak-anak ayams dah insaf belaka..heheheh. Sayang sungguh, tak de ke nak wujudkan balik, erm.... untuk staf baru yang muda belia, ini seni warisan budaya kita, sekarang ramai yang tak tahu apa itu zapin, inang, mak yong etc. Yang diaorang tahu, shuffle? k pop? ewah, dieyana kau macam mak nenek aje. Bukanlah saya tahu banyak, sekurang-kurangnya kita tahu serba sedikit seni budaya kita kan. ^__^

Tuesday, November 8, 2011

Pagi Aidiladha 1432 dan Cerita Semperit

Salam, tentunya masih ada yang bercuti raya haji ... saya dah kerja hari ni, raya KL lagi tahun ni. Pagi raya haji, goreng aje bihun, ( baru perasan raya haji tahun lepas saya goreng bihun juga ). Biasalah, bangun pagi2 , kemas rumah, goreng bihun (tetiba rasa macam mak-mak pula, bangun pagi2, sediakan juadah hari raya utk suami n anak2 ... cewah! ^__^ Rindu kat Ba dan Ma di Makkah, pastinya mereka seronok beraya di tanah suci)


Iman dan papanya g solat raya ... kemudian, g masjid Flat Dato' Senu, tengok acara korban ... kemudian beraya di rumah pengasuh iman yang lama. Ada juga lah aktiviti raya haji walaupun di perantauan (eh, aktiviti raya tahun ni pun sama dgn aidiladha yang lepas ^__^)

Cuma yang lain skit, raya haji kali ni, ada semperit special (aci gitu?) ... Ini nak cerita skit ni,



Dengan jayanya Nana promote semperit ni, (sehingga buntang biji mata tgk semperit nana yang berwarna-warni ... wakakaka.) Maka, saya pun nak juga la merasa kesedapan semperit ni. Tapi tak de la sampai berbalang2 saya beli, first, try 2 botol kecik la dulu (tak nak tunjuk rakus la konon2 ... bersopan santun gitu ^__^ Sekali makan, rasa tak cukup pula!). Saya order satu balang kecik semperit original, satu lagi semperit perisa campur2. Satu balang kecik harganya RM 15....

Dengan bangganya SMS nana sehari sebelum raya haji, kami jumpa kat stesen lrt jelatek. Apa salahnya beli2 semperit sambil kenal blogger kan (walaupun kejap). Nice to meet u, nana! Lain kali boleh beli lagi, insya-Allah.


Ikhlas dieyana bagitau, semperit nana ni, sedap, gebu aje, rasa lemak2 majerin2, rangup (ada rasa macam sekut suji skit2). Sambil makan, sambil tengok semperit yang comel ni, (macam orang yang tengah menulis entri ni la =^__^=, Eh, tak sedar, balang hampir kosong! Tapi kan nana, dieyana n anak2 lebih suka yang original. Yang perisa campuran tu okey juga, tapi bau yang perisa2 tu, wangi ... dieyana ni cerewet sikit kalau makanan ada bau2 wangi. ^__^ Tapi kalau sesiapa suka dgn perisa strawberi, pandan, coklat dan keladi, Insya-Allah akan suka....



Nak order, silalah ke Blog Nana (Gambar atas ambik kat blog nana, heheh, tq ya!)

Apa2 pun, tq ya nana, lain kali boleh beli semperit original banyakbanyakbanyak...;-)) Kalau tak raya, semperit ni ada ke, nana??


**Nota Dieyana: Uols dapat banyak daging korban?? ^__^ Aisy, tetiba teringin nak makan rendang+pulut kuning....=^__^=

Monday, September 12, 2011

Nanie & Mya

Siapa Nanie? Nanie ialah rakan alam maya saya. Bermula di Yahoo Messenger, kemudian di FB, seterusnya sebagai teman blogger. Mya pula ialah anak perempuan Nanie yang comel-gebu! Kenal Nanie sejak dari Nanie belum kahwin sehinggalah sekarang ni sudah punyai Mya-8 bulan. Yang kelakarnya, kami tak pernah jumpa, dan tak pernah dengar suara! Sesekali kami akan berhubung di hp-mesej. Yang paling kerap-YM la. Tapi lagak kami berbual di YM-sangat mesra! Sedikit sebanyak, kami berkongsi hal keibubapaan dan susu ibu.

Sepanjang berkenalan dgn Nanie, sentiasa menyimpan hasrat untuk berjumpa, tambah2 ketika Nanie melahirkan Mya. Tapi selalu saja tiada kesempatan. Akhirnya, kami bertemu di rumah saya di kampung, hari raya ke-2 baru-baru ini. Berdebar2 juga menanti tetamu alam maya ni, kan. Mana la tahu, layanan kami tak seberapa. Bila dah jumpa Nanie, seronok ... Nanie memang selamba rock!






Amboi Mya, nak ejas anak bujang auntie ya! ^___^


Tengok Nanie, anak dara mu, tak duduk diam ... ehhehe




Sebelum jumpa Nanie, tengok gambar aje kan-nampak Nanie agak berisi, tapi sangkaan saya meleset! Slim juga orangnya. Jangan marah Nanie! ^__^


Ternyata Nanie seorang yang comel, cool-selamba. Mya pula keletah, ke sana ke mari. Sangat comel! Suami Nanie pula, peramah orangnya-Orang Rantau Panjang. Nani pula asal Perak. Ada umur, kita boleh ketemu lagi!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...