Tuesday, December 30, 2008

Salam Muharam

Selamat menyambut tahun baru 1430 H! Semoga kedatangan tahun baru ini memberi semangat baharu kepada kita semua dalam menjalani kehidupan di alam ini. Insya-Allah....

Friday, December 26, 2008

Salam Jumaat

Jumaat yang hening, mendamaikan...tapi terasa agak sunyi tanpa staf Penerbitan Sastera yang ceria, riang dan menghiburkan! Hari ni ramai yang bercuti, ada yang bercuti sampai ke tahun hadapan! Wah! Seronoklah kalian ya. Aku sebenarnya memang tak nak cuti, walaupun masih ada beberapa baki cuti, tetapi mengenangkan aku baru saja cuti 60 hari, so tak payah lah aku cuti lagi. Duduk aje lah kat opis ni, bersama2 rakan staf yang 1-2 orang ni. Baki cuti ni akan kusimpan untuk saat-saat yang lebih memerlukan.

Kepada teman seperjuangan, Sdr. Shidin, takziah aku ucapkan atas pemergian ibu yang tersayang. Semoga roh ibumu dicucuri rahmat-Nya. Al-Fatihah.

Wednesday, December 24, 2008

24 Disember....

Selamat hari lahir Diana! Terima kasih kawan2 yang pagi2 dah wish kat aku, Mar, Fatin....Rupa-rupanya Nor (BKK) sama tarikh ngan aku. Selamat hari lahir Nor! Terima kasih juga utk K.Rafidah dan kawan2 BKK . Orang pertama yang wish kat aku semalam, tepat 12.01 minit pagi, saper lagi, Mr. Hanapi la...heheheh, Terima kasih!! Alhamdulillah, dalam umur 30 ni, aku dikurniakan dua orang cahaya mata, Muhammad Iman Haziq dan Muhammad Adam Wafiy. Syukur kepada-Mu ya Allah, dan semoga diberi kesihatan yang baik untuk kami sekeluarga....
Aku dan Dirimu-Bunga & Ari
tiba saatnya kita saling bicara
tentang perasaan yang kian menyiksa
tentang rindu yang menggebu
tentang cinta yang tak terungkap
sudah terlalu lama kita berdiam
tenggelam dalam gelisah yang tak teredam
memenuhi mimpi-mimpimu malam kita
reff:duhai cintaku, sayangku, lepaskanlah
perasaanmu, rindumu, seluruh cintamu
dan kini hanya ada aku dan dirimu
sesaat di keabadian
jika sang waktu kita hentikan
dan segala mimpi-mimpi jadi kenyataan
meleburkan semua batas
antara kau dan aku, kita

Tuesday, December 23, 2008




1. Teringat....

2. Novel yg sedang dibaca-"Setelah Kau Pergi"-Rozita Abd Wahab

3. Lagu yg sedang berkumandang(kat pc Mar)-"Can't Fight The Moon Light"

4. Menunggu detik 24 Disember

5. Sedikit frust sebab tak dapat tempah kek ngan Abg Adnan (majalah)

6. Menunggu detik 5 petang!-Wafiy dan Iman

7. Rasa macam nak makan bubur kacang hijau...nyum nyum

8. Layan resepi kek kat internet





Thursday, December 18, 2008

Gitar

Cantik tak 'wajah' baru?Ehhehehe... jangan marah, tak de sape nk puji, sendiri puji la. Tapi bukan aku yang tukar, mana aku reti tukar-menukar ni...Mar le yg tukarkan 'wajah' aku ni. Thanks! Sebenarnya aku nak gambar gitar merah, tapi kata Mar, buat sementara ni ambik lah gitar pink ni dulu. Nanti lapang2 dia tukar gitar merah yang aku nak tu. Aku suka sangat ngan gambar gitar. Tak tau kenapa, nak kata aku pandai main gitar, jauh sekali. Tapi, aku minat objek ni sejak zaman sekolah menengah lagi. Tak boleh tengok orang main gitar, pasti aku 'jatuh cinta' ngan gitar tu. Ada juga aku minat kat tuan yang main gitar tu, belum kenal pemilik gitar itu, tapi bila tengok jari-jemarinya memetik gitar, terus jatuh hati kat tuan punya gitar dan gitar itu...hehehehe. Bukan aku sorang yang minat ngan gitar tu, kakak aku sekali minat kat gitar. Kami berdua memang pantang tengok orang yang bermain gitar. Tapi dua-dua tak pandai main! Hahahaha. Kalau dulu, suka ngan gitar kapok tu, sebab ada member kat sekolah suka sangat main gitar tu sambil member yang sorang lagi, tukang nyanyi. Aku nak nyanyi suara tk sedap, so aku jadilah penonton kat depan mereka berdua, sambil hangguk2, geleng2, sengih2, dengan penuh keayuan (chewahh)...hehehe...Sampai lah hari ini aku terus meminati objek yang bernama gitar!
*Sejati! Itu yang kauucapkan, bila janji kugenggam bawah pohon kembojaaaaaaaa yg sekecil kita!

Wednesday, December 17, 2008

Kenangan Mengusik Jiwa

Kenangan lalu mengusik hati....terima kasih atas kenangan itu! Perlukah kenangan itu dilupakan atau dibiarkan begitu saja? Manis atau pahit ... biarlah ia berlalu begitu sahaja. Jadikan kenangan itu sebagai pengalaman atau pengajaran, tidak perlu dikenang lagi, biar ia menjadi suatu sejarah. Kata orang, hidup ini tidak akan indah sekiranya kehidupan yang dilalui mendatar saja.
Aduh! Sakitnya jiwa nak bermonolog ni! Pelbagai yang bermain2 dalam minda ini, tapi sukarnya untuk diluahkan! Peritnya! Lalalalala! Layan nasi goreng cili padi lagi sedap. Cau cin cau! Somsan!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...