Showing posts with label Teater. Show all posts
Showing posts with label Teater. Show all posts

Thursday, October 16, 2014

Kami Menonton Teater!

18 dan 19 September lepas-Dewan Bahasa dan Pustaka telah mempersembahkan sebuah teater kanak kanak  "Laba Sang Bijaksana di Auditorium DBP oleh Kumpulan Cilik DBP (yang kebanyakannya terdiri daripada anak-anak staf DBP).
 
 
 
Iman-sebagai orang asli.  "Sesuai watak ni dengan warna kulit Iman," papa dia menyakat ^__^
 
 
Tahun ni, tahun kedua Iman melibatkan diri dalam teater, dapat watak orang asli, okey la tu nak... kasi seronok2, pendedahan awal, yakin berhadapan dgn orang ramai..;-))
 
 
 
Antara babak menarik dalam Laba Sang Bijaksana (Kredit pic: Jurufoto DBP)
 
 
 
 Kredit pic: Jurufoto DBP
 
 
 
Hari pertama, sebelum tayangan teater tu, ada peraduan mewarna untuk kanak-kanak. Suami cakap, bagi lah Wafiy masuk...saja seronok2...
 
Dalam suka2 tu, tak sangka mak tau! Wafiy dapat no 1 (kategori pra sekolah!) ^__^ 
 
 
 
Hari kedua teater-kami anak-beranak pergi tengok Iman berlakon ... nasib baik la cik kembar mood okey. Awal tayangan, seronok dua beradik ni, lepas tu tidur, ;-)) Senang mama, wafiy pun tak sihat malam tu, tapi sebab nak juga tengok abang berlakon (walaupun hari pertama dah tengok).
 
 
 
Kami-sebelum teater bermula, posing2 dulu luar auditorium ;-))
 
 
Tahniah untuk semua yang menjayakan pemenatasan teater ini.
 
 
**Gambar teater tak banyak pun, gambar kami kat luar auditorium banyak la, hahhaha!
 
**Tahun depan ada umur, rezeki, peluang, kita hantar Wafiy pulok berlakon...katanya, Wafiy nak berlakon macam abang Iman. Sepanjang latihan Sabtu Ahad, memang Wafiy pun ikut abang dia..tapi tengok/tukang sibuk je lah..cikgu ajak berlakon, tak nak, malu2 kucing, ;-))
 

Friday, September 19, 2014

Teater Kanak-kanak: 'Laba Sang Bijaksana'

Jom ramai-ramai malam ini, bawa anak cucu menonton Teater Bangsawan Kanak-kanak 'Laba Sang Bijaksana', pukul 8.30 malam, di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Masuk percuma!
 
 
 
 
Iman berlakon, ala.. watak kecik je.. macam tahun lepas juga.. (http://dieyana78.blogspot.com/2013/12/teater-daniel-dan-bawang-hitam.html ) tapi okey la...untuk suka-suka..isi masa lapang cuti sekolah...ihihihi..kasi dia 'bersosial' skit.. jangan terlebih bersosial sudahhh....;-)) jangan tau mengadap game aje! ;-))
 
 
Iman-watak orang asli katanya ^__^
 
 
Maaf, baru nak update hari ni, persembahan dah berlangsung semalam, pukul 3,.00 petang, dan pementasan untuk hari ni, hari kedua, hari terakhir, pukul 8.00 malam ni tau! Malam ini masih ada peluang, jom jom, jom ramai-ramai!

Tuesday, December 24, 2013

Teater "Daniel dan Bawang Hitam"

20 dan 21 November 2013 yang lalu, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur (DBP) telah mempersembahkan  Teater Kanak-kanak "Daniel dan Bawang Hitam"  di Auditorium DBP KL.
 
 
Memperkenalkan barisan pelakon, Adik Muhamad Iman Haziq bin Hanapi, sebagai Orang kecil 2! (orang kerdil). **(Sila baca dgn nada pengacara perkenalkan barisan pelakon lepas tamat persembahan, ya ;-))
 
 
 
Memperkenalkan barisan pelakon - Iman, 3 dari kiri, berbaju peach-tak nampak mata daaa ;-))
 
 
Dialog Iman,  "Bu, bu, bu, bunga di hutan pel, pel, bagai warna, ma, ma, ma, macam mana boleh ada di sana?" Hahhaha, watak orang kecil gagap! ;-)) Setiap kali saya usik dgn dialog ni, mesti malu2 Iman,  "dah la mama, teater dah habis laaa!! ^_^
 
 
 
 
Tergedik2 anak ambo berlakon, menebang pokok, kononnya, kihkihkih. Keluar 5 minit pun mak bangga gitewww, hahah, mak pulok hok lebih2 dih! Yang penting, Iman seronok, jumpa kawan-kawan baru dan dapat membina keyakinan dalam diri berhadapan dengan orang ramai.
 
 
Inilah hasilnya penat lelah diaorang n mak pak yang datang hantar anak berlatih setiap Sabtu dan Ahad, juga hari-hari lain masa cuti sekolah yang lalu.
 
 
Lagi seronok bila dapat sagu hati, kemewet suko Iman, Terima kasih semua!
 
 
 
Kat rumah dah ni, lupa mama nak amik gambar iman dgn kostum lengkap- teruja punya pasal! Misai pun dah hilang ;-))
 
 
Kali ini, DBP cuba mengetengahkan anak-anak staf DBP sebagai pelakon. Dan, kebanyakannya kali pertama melibatkan diri dalam lakonan teater. Alhamdulillah, mereka dapat memberi yang terbaik!
 
 
Ini teater kedua Iman selepas mini teater "Sahabat" http://dieyana78.blogspot.com/2013/06/cuti-sekolah-buat-apa.html
 
 
( Cik kembar keluar wad 20 hb, sempat tengok Iman berlakon pada 21 hb)
 
 
Tahun depan Iman nak berlakon lagi?? ;-))

Tuesday, November 22, 2011

Menonton Teater

Saya mula minat menonton teater ketika di universiti. Ada seorang pensyarah saya suka cerita fasal drama dan teater ... lalu, latihan ilmiah, sy memilih untuk buat fasal drama: “Drama Fitrah dalam Selendang Umi karya Noordin Hassan”. Tapi tak dapat A pun, agaknya sebab jarang2 jumpa penyelia, sape yang nk bagi mu A kan!


Teater pertama yang saya tonton ialah “Syair Siti Zubaidah” di Istana Budaya. Lepas tu, minat saya menonton teater menjadi2. Kemudian ada la beberapa teater kecil yang saya tonton. Masa tu, tak jumpa kawan yang sama2 minat macam saya. Transport tak de, takut nak keluar malam sorang2, jadinya, minat tak ke mana ... sampai situ aje lah....

Kemudian, di tempat kerja saya sekarang, peluang untuk menonton teater sangat banyak, tapi saya aje yang buat tak tahu. Mungkin bila peluang ada di depan mata, buat tak endah. Tetapi ada lah beberapa Teater Perdana yang saya tonton di tempat saya bekerja ni.


Malam Rabu lepas, saya di Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka, menonton Teater Perdana 2011 “Harga Sebuah Maruah”-karya Allahyarham Azizi Haji Abdullah. Suami saya izinkan saya menonton, anak-anak dia yang jaga. Okey, cantekkk ... tq lah. Sesekali suami kena la memahami isteri kan, (yang penting tahu menjaga tatasusila sbg isteri).


Kemudian baru-baru ini, saya telah dikhabarkan dengan teater Badai Semalam di Istana budaya. Lakonan Aaron Aziz sebagai Karim. Waaa! Bergedik2 kaki, tangan, badan saya sebab Aaron! Novel ni saya baca yang cetakan awal2 dulu, kulit warna purple.

Saya tanya suami, “nak g tgk ko dok?”. Saya pujuk2 manja dia, sy ckp, “kalu awk tk nak tgk, sy g tgk sorang, buleh?” Dia angguk. Yesss!!



Tapi saya beli dua tiket juga (18/11/2011) (RM 30 aje pun - duduk kat tiket 30 ni, kecik aje saya tengok pelakon2 kat pentas, hahaha). Pujuk2,suami setuju nak pergi. Sebenarnya, tak tergamak nak hantar anak2 saya ke rumah pengasuh selepas waktu bekerja, tapi saya fikir2 pengasuh saya selamba aje minta cuti berhari2, apa salahnya saya minta tolong dia jaga anak-anak barang 2-3 jam kan? Apa lagi, berdesup la kami ke IB.

Saya tk reti nk komen lebih2, tapi, kesimpulannya saya suka Badai Semalam! Mungkin sebab ada Aaron kot, wakakakaka. Tapi, semua pelakon pun boleh bawa watak masing2, diselit dgn muzikal, jenaka, seronok/terhibur! Lakonan Erra sebagai Mazni pun okey, Cuma ada scene yang Erra agak terlalu over. Cerita ni lebih bermain dgn emosi. Dari mula cerita sampai akhir, mu asyik nangis je Erra....^__^ Tapi okey la tu, dah memang cerita ni kisah sedih Mazni kan, “cinta cita-cita dan pengorbanan”. Nak komen lebih2 saya bukan pengkritik bidang teater ;-)


Dah habis teater tu kan, macam biasa la, perkenal pelakon yang menjayakan persembahan tu. Dalam keriuhan penonton bersorak, bertepuk, tiba2 jeritan manja seorang pompuan “Aaron! Karim! Aaron! Wiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!” Temannya di sisi, dah menjeling tajam! Eh, ok, ok ... maaf, saya sudah lebih2. Hahahah, Dieyana rupanya! Suaminya sudah menjeling tajam, bini tk sedar diri, hahahah. Okey2,tiba2 malu sendiri, spontan beb! Ai tk sempat nk control yu! Yu tau kan, ai minat Aaron ... yu kata yu minat Rita Rudaini kan, tp sori, rita tak de malam ni! Hahah, laki bini memang sengal! =^__^=


Teater habis kul 11.30 malam, tergesa2 kami balik rumah. Itu pun nasib baik suami saya halang saya ke ruang bergambar/ autograf dgn artis. Saya bukan nak bergambar pun, sebab saya tahu orang berpusu2 ke sana untuk jumpa para pelakon. Just nak tengok Aaron dekat2 aje pun. ^__^ Nasib baik tak pergi, kalau tidak, memang berjalan tak betul la saya kalau dapat tengok Aaron depan mata! ^__^


Tunggu filem Ombak Rindu pula Disember ni, filem adaptasi drpd novel Ombak Rindu karya Fauziah Ashaari. Aaron lagi! ^_^

Tak banyak gambar saya di Istana budaya, kerana jiwa saya lebih meronta2 nak tonton Badai Semalam Aaron Aziz berbanding bergambar ^__^


**(Tahniah Malaysia! Tahniah Harimau Muda! "Negaraku, tanah tumpahnya darahku..."eh mu tetiba aje rasa patriotik lebih hari ni ... bersemangat nak nyanyi Negaraku, aci gitu? ^__^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...