Thursday, May 22, 2014

Hadiah Hari Guru!

Sempena sambutan hari guru Little Caliph Bandar Baru Sentul beberapa hari lepas, beli hadiah comel yang tak seberapa untuk teachers  -7 orang kesemuanya.. . ;-))
 
Pencil box kot eh? Suka hati teacher lah nak buat apa dgn box kiut miut ni ya, ikhlas daripada Adam Wafiy yang memang kiut miut orangnya...
 
 

Kaison mari. Tak bungkus pun, riben pun tidak, ;-))



Dengan penuh gaya nak tolong mama! ;-)) "Kena tutup kepala, nanti masuk rambut dalam kek," katanya.. ahhahah (jangan confuse, saya lelaki ya! Aummm! Saya garang macam singaaaa! ^__^


Ini untuk kami makan kat rumah...



Sebiji kek coklat simple dan mudah untuk makan2 di sekolah sambil dukung cik kembar pun boleh buat ya puan-puan. Ini ajelah satu-satunya kek yang mak pandai buat nak...;-))



**Apa salahnya, setahun sekali, seronok2 anak2 di hari guru. Guru pun seronok menyengih dapat hadiah comel daripada anak didik

**Mungkin kita tak perasan akan hal ini, dlm khutbah jumaat lepas, "CIKGU TADIKA lah orang yang paling banyak jasa kepada anak-anak kita..mengajar anak2 kita dari tak tau baca, jadi pandai baca...jgn lupa tu.... Ini tidak, bila tiba hari guru, terima kasih kat cikgu yang tertentu je....contohnya, dapat upsr tinggi, tq kat cikgu darjah 6 aje, atau pun result spm tinggi, tq kat cikgu yang ngajar spm je....Pergi salam dgn cikgu2 tu aje, yang cikgu dulu2, pandang pun tidak!" Sejauh mana masa kita bersama-sama anak2 di rumah untuk mengajar anak-anak pandai baca.... (ibu bapa yang bekerja), kalau ditolak bahagi, masa anak-anak lebih banyak di sekolah. Terima kasih cikgu!!

Friday, May 16, 2014

Selamat Hari Guru, Cikgu!

16 Mei-Selamat hari guru, cikgu!
 
Untuk semua yang bergelar cikgu/teacher dan sewaktu dengannya.... Cikgu dari Tadika, sekolah rendah, sekolah menengah....
 
Jasamu kukenang!  Cikgu-cikgu saya, dan cikgu-cikgu anak-anak saya juga! Terima kasih cikgu, teachers!
 
Dan istimewa pastinya, orang yang paling dekat dengan saya ... Ba saya, Cikgu Nor, dan my usband, Cikgu Hanapi ;-))
 
 
 
 
 
*Belum beli hadiah untuk cikgu-cikgu anak-anak saya. Insya-Allah hari minggu ni p cari hadiah, tak tau nak beli apa ... sob sob sob. Wafiy, Isnin depan sambutan hari guru, dan Iman pula 27/5.

**Bila tiba hari guru, ai mula pening, laki ai bawak balik 'seguni' hadiah hari guru. Fuh, pening mana nk letak/simpan.... macam2 ko hadiah! Kesian je kat budak2 ni, mungkin ada yang paksa mak bapak g beli hadiah nk bagi cikgu. Nak aje ckp ngan budak2 ni.. "tk payah la beli hadiah kat cikgu Hanapi ni, kalau nak jugak, beli aje gula-gula 20 sen kat dia" Hahahah! Hadiah tahun2 lepas masih ada dlm kotak ... tak sampai hati tau nak buang pemberian budak2 kecik ni!! Yang mana boleh guna kami gunalah.


Friday, May 9, 2014

Bojeng Baru Cik Kembar Umar

Memang dari kecik  suami saya yang botakkan rambut anak-anak, guna mesin rambut (Wafiy seorang je jarang2 potong, sebab rambutnya halus dan kemerah-merahan, sayang nak potong, potong tepi bagi kemas je.
 
Masa anak-anak masih baby, saya yang tolong riba, seriau je tgk mesin kat kepala budak kecik!
 
Memang kena cepat, kalau lambat2, diaorang rasa gatal2 rambut tu, mula lah tak duk diam. hihihi
 
Umar Ghufran (adik) Sebelum
 
Kali ni, diaorang dibotakkan di kedai ;-)) Naik motor dengan papa gilir-gilir, kedai seberang jalan je... ;-))
 
 
Selepas
 
 
 
Pertama kali botakkan rambut cik kembar kat kedai, pandai pulok diaorang diam atas kerusi. Cuma Umar Ghufran je, bila nak dekat2 abis tu, dia tengok je kat suami saya ... mulut dah cebek2....
 
 
 
Borak sesama dia ;-))
 
 
Kalau puji "good la adik ni",  dr cebik2 terus senyum simpul, suka dipuji;-))
 
 
 
 
 
 

Abang Iman pun kasi botak juga. ;-))
Masam je abang? ;-))
       
 
 
 
Umar Ghazi (abang) berlesung pipit                                    
 
 

Wednesday, May 7, 2014

Surprise di Hari Jadi ;-))

6 Mei 2014
 
Selamat hari lahir untuk suami saya, Hanapi bin Mat Zin! Hikhikhihk..poyo je....;-))
 
Okey2, serius! Moga awak sentiasa di bawah lindungan Allah Taala. Panjang umur, dimurahkan rezeki, sihat sokmo deh! Amin.
 

Saya tak de apa2 nak bagi kat awak.  Saya tau awk sangat cerewet dan saya bukannya bnyk duit nak beli hadiah hari jadi untuk awak..ahhaha. Apa2 pun, besday awak kali ni, saya nak juga beli sesuatu, surprise kononnya, harap awk suka, kalau awk tak suka, bagi kat saya ;-)) Anggap lah hadiah yang tak seberapa ni sebagai tanda terima kasih saya kepada awak, ya!
 
Bangun pagi2 buta saya letak hadiah atas meja makan, dengan harapan awk bangun dr tidur.."wow, hadiah! TQ2" Tapi hampeh, awak bangun, tengok benda ni atas meja, awk do no aje, lepas tu sambung tidur atas sofa, hahahah adoi suami ambo ni! Kalau ya pun tak surprise, berlakon la sikit, jaga hati isteri ni, hihih, poyo kan saya? ;-))
 
 
Lepas sy cakap gitu, dan2 tu jugak dia buat2 terkejut, demi menjaga hati isteri, cis buat lawak pulok suami isteri pagi2 buta ^__^
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...