Friday, February 13, 2009
Thursday, February 12, 2009
ImanWafiy
Pengasuh sakit. Tak dapat nak buat apa. Cuti. Sampai bila aku nak cuti. Kerja2 di ofis berlambak2. Akhirnya aku ambil keputusan untuk menghantar Iman n Wafiy ke (TASKA). Tumpang untuk beberapa hari (nasib baik Taska tu terima). Rasa sebak juga hantar mereka kat situ. Orang lain yang tak memahami aku pasti menganggap hantar ke taska adalah perkara biasa. Tapi aku...rasa kesian, sedih kat Iman n Wafiy.... (sebab aku tak pernah antar anak2 ke taska). Yang paling menyedihkan bila Iman menangis setiap kali antar dia ke situ, dan Wafiy tak dapat minum susu aku!! Taska tu tak terima susu selain susu tepung!! :-(( Sorry sayang! Aku cuba juga bertanya makcik2 kat blok aku tu, kalau ada yg dpt jaga anak2Tapi tak ada. Mungkin ada, tapi kerana pencarian aku yg singkat tidak memberi hasil yg baik kpd ku. (Dengan harapan pengasuh akan sihat dan dpt menjaga Iman n Wafiy).
Iman tak dapat terima kenyataan yg dia dihantar ke taska. Asing baginya apabila melihat ramai kanak2 di situ. Dalam perjalanan ke Taska, dia senyum2 aje...bila sampai je kat pintu pagar taska tu, terus menangis, tak nak turun dr kereta. "Tak nak, Tak Nak, Ibu!! Iman nak ikut Ibu.....!!" Rintihannya itu membuatkan aku rasa lebih sebak. Hari pertama dia di Taska, aku tidak dpt menumpukan pada kerja2 aku di ofis. Aku menelefon K.Ros-pemilik Taska, bertanyakan tentang mereka berdua, katanya, "pagi tadi Iman hanya menangis sekejap sahaja, dah main2 tu dgn budk2 lain." Mujur....
Sudah 4 hari termasuk hari ni mereka di taska. Hari ni, Iman tidak lagi menangis seperti hari2 sebelumnya. Agaknya sudah bertemu kawan (hati rasa lega sikit). Semalam, kata Iman, "Iman makan miun (mihun) denga (dengan) air warna ijau". Cuma masih rasa terkilan yang amat kerana wafiy ... susu. Berharap semoga hari ini hari terakhir mereka di taska. Sebab semalam Pengasuh cakap Insya-Allah minggu depan dia akan jaga mereka berdua. Fuhh..lega...
*Salam Takziah untuk K. Halilah atas pemergian bonda yang tersayang. Al-Fatihah. Semoga rohnya aman di sana. Amin.

Subscribe to:
Posts (Atom)