Wednesday, June 21, 2017

Salam Aidilfitri : Balik Kampung!

Salam Aidilfitri 1438H daripada Dieyana sekeluarga. Maaf zahir batin!
 
Wish awal2, insya-Allah esok nak balik Pasir Mas Kelate. Apa pun belum kemas, malam ni kena pulun. Jangan ada yang terlupa bawa balik baju raya! ^__^
 
Uols balik kampung, kat mana? Semoga dipermudahkan segala urusan, berhati-hati di jalan raya, ingatan untuk kita semua.

 
Kami! Semoga semuanya baik-baik! :-))
 
 

Tuesday, June 20, 2017

Ramadan 1438H : Menu Berbuka yang Simple

Salam 25 Ramadan.
 
Alhamdulillah, cepat betul 25 Ramadan, kalau boleh nak Ramadan, lepas tu Syawal, lepas tu Ramadan, Syawal pulok, gilir2, hahah, melampau mak! ^__^
 
25 Ramadan baru nak terhegeh2 update blog! Hari ni nak update blog, hari ni nak itu, ini, tetiba macam banyak pula urusan tak settle.

Persiapan raya dah settle, ni ha, urusan peribadi+kemas rumah rasa macam banyak je lagi. Esok lusa dah nak balik kampung ... hahha, kalut!
 
Ok, kita cool sikit. Bercerita sambil tengok menu berbuka kami ;-))

Kite selitkan beberapa menu juadah kami yang simple dan mudah ;-))
 

Resepi asli kelate my mom - Gulai Darat Daging

Alhamdulillah sepanjang Ramadan ni, gigih masak juadah berbuka, waima lauk2 simple. Satu-dua lauk cukuplah. Suami, anak-anak tak cerewet. Setakat ni, 3 kali kami berbuka kat luar. Sesekali nak makan yang manis2, balik kerja pukul 5, singgah kedai kakak kelantan tepi jalan yang memang kami dah biasa beli kuih2nya yang sedap2, karipap panas2. Rasa nak ngap terus je! Kuih akok panas2, adess ... sedap! Beli 2/3 hinggit, cukuplah, budak2 ni pun, kuih sebiji sorang, nasi sepinggan, air segelas, Alhamdulillah ... rezeki Allah Taala. Alhamdulillah, tak de pembaziran.

 

Dah hujung2 Ramadan ni, malas2 je nak masak, nak habiskan lauk dalam peti ais tu je, nanti kan dah nak balik kampung, peti ais mesti clear! ;-))

 

Sup ikan merah-anak-anak suka







Simple, mudah dan kenyang ;-))



Telur dadar -rangup -menu sampingan kesukaan anak-anak, ada sokmo! ;-))



Menu yang diberi nama, 'Nasi lemak ayam goreng malu-malu kat belakang nasik'  ^__^



'Spaggeti olio' la sangat!
 
 
Petang ni nak masak apa? Kering idea, masak je lah ikut suka kan..... ;-)) Tapi, Wafiy request pizza dari dua tiga hari lepas lagi ;-)) Insya-Allah, petang nanti kite singgah tapau pizza hut.

Uols, dah settle ke persiapan raya, ke masih shopping lagi? ;-)) KL semakin dekat nak raya, makin sesak, weih!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...