Thursday, December 29, 2022

Kedai Kopi Binjai, Jalan Ampang

Cerita awal Disember. Lepas hantar cik kembar ke sekolah (rombongan ke Kompleks Kraf), ajak suami sarapan di Richiamo Wangsa Maju. Tengok dlm FB, belum buka, masa tu baru pukul 8 pagi. Teringat post FB, Kedai Kopi Binjai kat Ampang! Dari sekolah cik kembar. 8 minit je, terus waze. Belakang pejabat Risda rupanya. nak ambil suasana je hiihih.



 Suami ambil sup kambing+roti bakar


Roti bakar+kaya 

Sebenarnya nak roti bakar letak nutella+cis, katanya belum ada, dalam pukul 10-11 nanti.

Kami sampai awal sangat, masih ada yang tak masak. Kari tulang kambing, belum masak (dalam kuali besar). Tulang kambing dibakar terlebih dahulu (katanya), kemudian dimasukkan ke dalam kari. Nasi kerabu pun belum ada. 



Kedai buka dari pukul 6 pagi-4 petang (Sumber FB).



Roti bakar nutella+cis. Sumber foto: FB Kedai Kopi Binjai


Thursday, November 24, 2022

Gigi Coffee


Salam ;-))
Cerita kopi feveret:

Tahun lepas rasanya kenal dengan Gigi Coffee ni. Tengok review, buttercream latte (BCL) best, so kita cuba. Memang kena la dgn tekak, rasa creamy, lemak2, tak manis sangat dan tak muak! Yang tak suka rasa coffee yang kuat, boleh cuba BCL ni. 

BCL  😍



Sea Salt Caramel Machiato - pun sedap



Choco Chip Frape-yang suka coklat, 



Caramel Machiato



Gigi Coffee Sunway Putra Mall


Sampai sekarang, tak pernah tak suka dengan BCL ni. Harga Gigi Coffee pun, tak mahal, tak murah, sedang-sedang. Tak pandai nak rasa yang lain2. Pernah cuba coklat, Caramel Machiato, nasib baik sdp juga. Apa-apa pun masih setia dgn BCL ;-)) Hari-hari pun tak pe hahaha, mengada!;-))




Kalau kami keluar ke Sunway Putra Mall (SPM), mesti singgah Gigi Coffee ... SPM mall fevret kami anak beranak, sebab dekat dgn rumah, dan kat sini macam2 ada, parking pun mudah) Kalau me time kat Sogo (lunch hour), kalau tak de orang, menyinggah juga la, tapi kat sogo, lunch hour, orang ramai beratur kat Gigi ni. 



Dah berminggu tak minum BCL ni, nampak gaya, kena g ni hiihihi. Jom!


Thursday, July 14, 2022

The Jaggat's Cafe, Setapak


Salam, lama sangat2 tak menulis, rasa kekok haisy.... apa-apa pun kita cuba ya ;-)) Rindu sangat kat blog ni, dapat update sikit2, alhamdulillah.


Tanda hadir ke Jaggat's Cafe. Nampak duk lalu lalang kat FB, so kita try la kan. Kebetulan lalu, singgah je la. Suami pun sporting, nak je dia singgah. Tq awak! ;-))





Kat sebelah ni, tempat basuh kereta. 



Bila tanya yang recommended, dua ni lah yang feveret customer. Tapi yang coklat tu, manis yang amat, minum separuh je, si kembar suka la manis2 gitu, kita yang berusia ni, cannot go la manis2 ni kan, hiiiii. Yang satu lagi tu, apa ke nama, dah lupa, kena dengan tekak saya. Tak de la manis sangat. 

Waze The Jaggat's Cafe, Setapak (Stesen Minyak Caltex)

 

Thursday, July 7, 2022

Entri Rindu 2022

Assalamualaikum Rindunya kat blog! Walaupun tak tulis, tapi sesekali masuk jengah rumah sendiri, dan jengah/'lepak' juga blogger favourite. Rasa nak tulis, post gambar, tapi macam blur, mana butang nak masukkan gambar ni. Hahhaha, serius jadi 'buta' Apa pun, dapat tulis sikit kat sini, rasa macam, terubat kerinduan. Walaupun dah tak de orang jengah kat sini, tak pe lah kan. Hihihi, rindu sangat wei dgn blog sendiri. Bai!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...