Friday, February 22, 2008

Kata-kata Teman


Salam Jumaat....



Teringat kata-kata daripada seorang teman, "kau telah memilih dia sebagai teman hidupmu, sepatutnya tiada yang lain kau harapkan, hanya dia seorang". Kata-kata itu penuh makna, menyedarkan aku yang 'dia' sangat istimewa. Apa saja kekurangan 'dia', aku perlu terima, kerana aku yang memilihnya dulu! Aku merinduimu!! Sayang, maafkan aku.... Semoga kehadiran orang 'baru' ini dapat mengeratkan kasih sayang antara kita, di samping cahaya Iman Haziq. Terima kasih atas kesabaran yang kau berikan kepadaku....



*10 Petua Rumah Tangga Bahagia (Sumber: Ustaz Asmungi Sidek)



1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.
2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.
3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.
4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.
5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.
6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.
7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.
8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.
9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).
10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...