Jumaat yang hening, mendamaikan...tapi terasa agak sunyi tanpa staf Penerbitan Sastera yang ceria, riang dan menghiburkan! Hari ni ramai yang bercuti, ada yang bercuti sampai ke tahun hadapan! Wah! Seronoklah kalian ya. Aku sebenarnya memang tak nak cuti, walaupun masih ada beberapa baki cuti, tetapi mengenangkan aku baru saja cuti 60 hari, so tak payah lah aku cuti lagi. Duduk aje lah kat opis ni, bersama2 rakan staf yang 1-2 orang ni. Baki cuti ni akan kusimpan untuk saat-saat yang lebih memerlukan.
Kepada teman seperjuangan, Sdr. Shidin, takziah aku ucapkan atas pemergian ibu yang tersayang. Semoga roh ibumu dicucuri rahmat-Nya. Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment