Pada mulanya, seorang rakan telah perkenalkan aku satu blog http://www.fajaril.net/blog/2009/03/. Kata rakanku itu, "k.diana, baca la blog ni, sedih sangat".... Aku pun cepat2 buka blog tu dan ingin berkongsi kesedihan tu, dan pada masa yg sama nk tau apa cerita yg menyedihkan sgt tu. Rupanya, blog tu pasal sseorang baby, namanya Amir Yusuf (indahnya nama....) yg menderita satu penyakit dari awal sejak dia dilahirkan. Sedih sangat2. Bercucuran air mataku ketika menatap cerita dalam blog tu, dari sehari ke sehari dia(fajaril-blogger) itu menceritakan detik2 Amir Yusuf di hospital. Lantas ku teringat Iman dan Wafiy-mama rindu pada kalian berdua!
Ahad-8 Mac, Rakanku-mesej mengatakan Amir Yusuf telah pergi pada Jumaat 6 Mac 2009. Tanpa kusedari, air mata ini mengalir-mengalir bersama-sama hujan di luar sana. Lantas aku memeluk kedua-dua permata hatiku sambil air mata terus mengalir di pipi. Sang suami melihatku kehairanan, lantas kuceritakan tentang Amir Yusuf dan blog itu. Aku tak dapat membayangkan ibu dan bapa Amir Yusuf saat pemergiannya....
Hari ini cepat2 aku buka internet-blog fajaril-aku baca detik2 Amir Yusuf sebelum meninggalkan alam ini, juga gambar2 ketika pengkebumiannya. Amir Yusuf telah pergi untuk selama2nya pada 6 Mac 2009, Jumaat pada 12.15 tengah hari di bumi Glasgow. Al-fatihah. Sesungguhnya Tuhan amat menyayangimu, Amir Yusuf. Semoga Amir Yusuf bersemadi dengan aman di sana. Takziah untuk keluarganya. Walaupun aku tidak mengenali mereka, tetapi pembacaanku melalui blog itu membuatkan aku merasa dekat dengan mereka.
Amin.
Dunia ini hanya sementara-akhirat juga yang kekal. Sentiasa mengingati mati membuatkan kita sentiasa dekat dengan-Nya.
Salam Maulidulrasul....(mendengar kisah ketika nabi dilahirkan dan detik2 menghadapi sakaratulmaut-terasa syahdu di hati)-sesungguhnya Rasulullah begitu menyayangi umatnya, tapi sejauh manakah kita sebagai umatnya mengingati dan merinduinya??
No comments:
Post a Comment