Thursday, February 25, 2010

Wafiy+SI=BF

Salam...

-Rasanya sudah lama aku tk cerita pasal SI ni. Tak tulis pasal SI tak bermakna aku dh stop BF. NO! Alhamdulillah, aku masih BF, TQ Allah, masih diberi peluang ini. Dan, aktiviti mengepam aku di opis, berjalan seperti biasa. Cuma kadang2 terleka, time mgpam lari..toing! Wafiy sekarang ni setahun lima bulan, masih nyum nyum menikmati SI. Seronok tengok kemanjaan dan gurauannya tatkala bersama2 aku. Gedebek baring atas aku, kejap amik yg kiri, kejap kanan, hahaha..kejap gigit..ohhhhhhhhh, sakit! Apa2 pun sangat comel anak aku nih.

-Sebenarnya aku nak citer skit pasal Wafiy n SI ni. Sejak balik dari kg baru2 ni, hanya satu botol dia minum kat rumah p*******. Huuhuhhu. P******* cakap, bawak susu sebotol aje, semalam punya tak abis, dia mkn bnyk, susu tk nak! Adoiiii! Aku bebel kat rumah depan suami, mana boleh minum susu sebotol, budak2 ni, mkn bnyk mana pun, susu tetap minum, paling tidak pun 2 botol sehari. Aku tak dpt bayangkan seharian dari pukul 7 pagi sehingga 5.30 petang Wafiy hanya minum sebotol sajer. Tak masuk akal! Aku tak boleh terima alasan, "dia makan bnyk, sbb tu tk nak susu". Sampai aje rumah, menonon2 dakap aku...nyum nyum...

-Dan semalam, lagi aku cuak bila tgk Wafiy pucat lesi, kalu org dewasa, mcm nk pitam la, tengok bibir pucat, terus aku bagi susu kat dia. Sekejapan bibirnya merah kembali. Fuh...time tu jugak aku bebel2 lagi...ni, tak bagi susu la ni, tk ikut time la ni...huuhuh". Malas aku nak ulas bnyk lagi, membebel.

-Suami cuba tenangkan perasaan aku...mula2 dia menambah2 bebelan aku, pas tu dia jugak yg tenangkan aku. "Anggap la Wafiy tu tak nak susu dalam botol, bukan sebab p******* tu tk bagi susu, agaknya dia dah bagi, tapi Wafiy tak minum". Aku jawab, "mana bleh agak2, ikut time la, kena bagi jugak susu tu, nak tak nak...lain kira". Terdiam dia..diam setuju atau sebaliknya, aku tak tau. Adoi..pening2...Itu sebab balik aje rumah, aku terus lepak ngan Wafiy, bagi dia minum sepuas2nya. Dan malam, sah2 melekap aje. Sabar aje lah....

-P** suruh aku bawak sebotol, aku tetap bawak 2/3 botol dan aku mesej dia supaya bagi juga susu.... Okey ke macam tu?

(Note: Sedikit bebelan dan mungkin emo skit. Fuhhh)

KEPADA SEMUA, SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 12 RABIULAWAL 1431....

Berapa Kali Makan Daaa....

Salam..
Ni baru kesempatan nak papar/kongsi gamba2 kuih aku mkn kat kampung ms blik raya cina hari tu....Balik kampung, fuh, makan sedap tiap2 hari, rasa puas sangat2 blik rumah ma/ mertua, makan sedap, tak berhenti makan, tk sempat berlapar, ada sajer makanan atas meja. Alhamdulillah, rezeki dari Allah Taala untuk hamba-hamba-Nya.
Sampai2 saje rumah mertua, dari KL, dijamunya kami makan nasi gulai ayam kampung kerutub! Ayam kampung memang kegemaran aku dan suami, keluarga mentua tak makan pun ayam kampung, tapi demi menantu kesayangan(ye ke?) dimasaknya gulai kerutub ayam kampung! (Malas nk ambik gmbr, sbb khusyuk sgt mkn).Tima kasih ma!

Butir Nangka

Ni kuih muih kegemaran aku, petang2 aje p beli kuih, kat kampung, tak bimbang akan kelaparan/kebuluran( ahhaha), bnyk gerai berjualan, yang seronok, kuih muih yang dijual, sedap sangat, lemak2 manis gitu.:-)) Nyum nyum....Tak payah susah2 nak masak, semua ada, dan semua sedap2, kakak nak kuih tu, adik nak kuih tu, suami nak kuih tu, ba nak kuih tu, bla bla..senang cerita, pergi beli, semua ada, kalau nak masak, jenuh la pembuat (yang pasti ma le-aku mana reti wat kuih2 ni+malas nk belajar..hehhe) nak penuhi cita rasa setiap orang.


Bubur pulut hitam, lemak nye kak long bubur ni...

Ni nama dia lok ceng, ni aku beli masa g jalan2 Rantau Panjang....g RP, semata2 nak makan lokceng ni, sebab kat RP banyak jual lokceng ni. Masa sekolah rendah, mesti tunggu pakcik/abang naik basikal datang berjual kat depan pagar sekolah (balik sekolah). Masa sekolah, 10 sen 1 cucuk (5 ketul, besar), sekarang ni, 1 cucuk 20 sen, 3-5 ketul, ada kecik/ besar. Nasib yang aku beli kat RP ni, 1 cucuk 20 sen (5 ketul satu cucuk, besar2 pulak tu, kira ok la). Kuah/ pencicahnya boleh pilih, manis/ pedas. Aku rasa orang KL panggil lokceng ni, sate ikan, ye tak?


Ni lagi kuih muih yang kakak aku suggest kat aku. Siap telefon aku lagi (kakak sampai dulu kampung sebelum aku),
"Na, nati mu balik rumoh, g beli kuih kedai munduk, ada jual kuih sedap giler!, ore sie jual, banyak kuih dia, comel2, sedap pulok tu, pulut inti sambal ikan dio tak hanyir, bla bla..."
Balik rumah aje, tak de benda lain nak cerita, kejap2, "Na, hari ni nak make gapo, nok g make mano, ma nak masak gapo" ahhaha.... Tak de benda lain nak tanya pasal makan sajer! Yang pelik, timbangan aku duk macam tu jugak, tak beralih. Sampai kawan baik aku ckp, "Mu mero antu rayo ko!"


Lokceng
Rasa syukur alhamdulillah, rezeki makanan berlimpah2...dan selera makan aku pun agak tinggi kalau balik kampung. Sekarang ni aku dah balik semula KL, dan selera aku agak terbantut, mungkin kesan makan sedap kat kampung, hingga terbawa2 KL. Higgga ke hari ini, selera aku belum pulih, harap2, 2/3 hari lagi okey. Amat tidak selesa, perut lapar, tapi aku tak tau nak makan apa/masak apa kat rumah. Nasib baik ada sedikit lauk pauk mentah yg aku bawa dr kampung, pengubat selera aku di rumah bersama2 suami n anak2...:-))



Tuesday, February 23, 2010

8 Sangat!

Salam 9 Rabiulawal....


Gambar blur, ngan kawan2 KKS17 UM, masa bujang dulu2 (gamba yg tak de kaitan ngan entri)

8 SANGAT

*Sangat penat

*Sangat malas

*Sangat tidak ada selera tapi lapar

*Sangat gatal kaki (nak g jalan2, ahhaha)

*Sangat gatal tangan (nak soping2 n makan2 best)

*Sangat mengantuk

*Sangat rindu kat ImanWafiyHanapi!

*Sangat tak sabar nak balik rumah

Sekian...bai bai tunggu entri tahap rajin aku nanti! Pada tahap "8 sangat" ini, aku terjah n melawat blog2 feveret aku ;-)


Tuesday, February 9, 2010

Diari Mama II

Haluuuuuu...
Diam tak diam, akhir 2006, suami tersayang pulang ke Semenanjung, menjalani kehidupan bersama2 isteri dan anak. Alhamdulillah, sesungguhnya, penantian itu satu penyeksaan. Setahun adalah tempoh yg sangat lama, tapi bagaimana yang terpisah bertahun2 lamanya? TQ Allah.
Januari 2007, suami mula berkhidmat di sebuah sekolah di Setapak (Alhamdulillah), bermulanya episod kedua dalam rumah tangga kami. Ketika itu umur Iman menginjak ke satu tahun. Mak mertua gelarkan Iman, Pak Ite Na na na(Pak Itam) hehehe. Dan, suami, menambah2,
"ha ikut mama dia la tu". "Isy! mentang2 la sy ni itam".
Mertua tersengih aje apabila isu kulit itam ni menjadi bahan usikan kami suami isteri. Walaupun dari segi material, tidak mengizinkan ketika itu, memandangkan suami baru memulakan pekerjaan tetapnya; untuk Iman, hanya kasih sayang kami curahkan untuknya. Apa2 pun kami tetap bersyukur diberi peluang hidup bahagia.

Hadiah 2nd besday...Tq mama, papa! (Koleksi papa time buh minyak kat Shell)

Usia Iman meningkat setahun lebih, keagresifan, kelincahannya menjadi2, sangat la tidak takut kepada orang lain, bimbangnya aku, tambahan lagi ketika itu kes culik kanak-kanak menjadi2. Keramahan Iman dengan sesiapa sahaja membuatkan aku sangat berhati2. Ke mana saja kami pergi ramai yang menyapa Iman, sengih sokmo Iman! Itu agaknya yang mebuatkan orang melihatnya, akan menyapanya.
"Eh, cam India la dia, eh, mak dia orang apa". "Hem hem, ni ha mama dia, Melayu asli, bukan orang asli, tapi Melayu asli":-))
Iman didukung, sambil diagah2.
"Kan dia bawak lari anak aku tuh!"
Iman pula, dengan selamba akan mengikut orang yang tidak dikenalinya itu. Fuh, seram betul!
Wajah seorang abang, uruskan adik sampai berpintal2 rambut..;-))

12 September 2008, Iman bergelar abang. Wah! Dah besar anak mama. Cheh..Abang Iman. Awal kelahiran adiknya, kenakalan makin menjadi2, sifat cemburu n segala macam menjadi2. Fuh, mencabar betul!

Dan, kini, Iman di ambang 4 tahun. Wah, dah besar anak mama. Sesekali diminta dukung,
"adoi, beratnya nak mama!"
Ciuman, pelukan kasih sayang mama berikan untuk Iman. Tak sangka betul yang aku mempunyai anak lelaki yang kini berusia 4 tahun...hehehhe. Sehinggakan pernah suatu hari, aku melintasi sebuah dewan komuniti Sentul,
"Eh awak, nanti Iman nak kawin, saya ingat nak sewa dewan ni lah".
Terbeliak mata suami memandang aku.
"Jauhnya awk pikir".
(Dalam hati, ala kejap je masa berlalu ni, tip top tip top dah nak kawin anak bujang mamam ni..:-)). Alhamdulillah, Engkau mengurniakan kami anak-anak yang sihat dan sempurna.

Okey, Iman nak g sekolah ni, bai..

Dan kini, iman bergelar student GA...chewah,,bangganya mama, dan bersyukur Iman dapat belajar di sini, dengan konsep yang diterapkan di GA, mama berpuas hati dan dapat melihat sedikit demi sedikit perkembangan itu. Sekurang-kurangnya, Iman ke GA, memberi peluang untuk Iman berkawan2, yang penting, pendedahan awal Iman dgn alam persekolahan. Doa, solat, zikir, perlahan2 dapat diikuti Iman. Alhamdulillah. mama bahagia punyai anak seperti kamu! Semoga Iman menjadi anak yang taat! Tiada apa2 balasan yang mama dan papa harapkan, hanya doa Iman untuk mama, papa n adik mengiringi perjalanan hidupmu sayang! Untuk suami, terima kasih yang tidak terhingga, semoga cinta kita adalah selama2nya! Tak lupa anak manja mama, Wafiy, Mama sayang adik!

Diari Mama I

Ini bukan cerita dongeng, bukan fantasi, tapi realiti. Ingin kupaparkan cerita ini, sebagai satu kenangan paling berharga bagi diriku. Sembilan bulan mengandungkan Iman, memberi pengalaman yang amat manis dan paling berharga dalam hidup aku. Pelbagai rintangan yang perlu dilalui oleh seorang aku yang bernama Diana. Apatah lagi, pada saat mengndungkan anak yang pertama, suami tiada di sisi. Usia kandungan lima bulan, terpaksa berjauhan dengan suami tersayang. Berhubung melalui telefon, dan cuti sekolah, dapatlah memadu kasih barang sebentar. Fuh, begitu peritnya fizikal, emosi dan mental menanggung perpisahan itu. Demi kerjaya dan masa depan, aku rela akan perpisahan ini. Sokongan keluarga menguatkan semangat aku. Ditemani insan tersayang yang masih lagi dalam rahimku, aku tetap gembira dan cuba menenangkan hati dan perasaan tatkala rindu mendatang. Pada ketika aku perlu membuat pemeriksaan kandungan di klinik, lagi perasaan sayu menerjah diriku. Pabila kulihat para isteri ditemani suami tersayang, perasaan cemburu menyelinap dalam diri. Ya, aku sangat cemburu! Namun, aku tenangkan hati (kalau bukan aku saper lagi yg nk tenangkan aku), berbicara perlahan dgn kandunganku,
"Baby, mama kena kuat, mama tak leh sedih2, mama kena kuat, baby sentiasa dgn mama, mama sayang baby tau".
Aku tenangkan hati, masih ada insan lain yang kurang bernasib baik, lebih drpd aku. TQ Allah, memberi semangat kepada aku, sesekali goyah, Kau tiupkan semgat utk aku.

Iman bersama2 papa ketika berusia 2 tahun

18 April 2006, permata hati yang pertama lahir, Muhammad Iman Haziq menjadi penyeri rumah tangga kami. Alhamdulillah, TQ Allah! Selepas pantang 60 hari, sekali lagi aku diduga-Mu. Berjauhan dengan permata hati adalah sangat perit. Iman terpaksa kutinggalkan bersama2 keluarga di kampung. Kata Ma,

" Na, payoh na duk kolupo sore, Pie tak dok, nok jg anok sore, payoh, tiyok tgh male gak, sapo nok caro. Na gi kijo pagi, balik pete, siye la ko anok, kecik lagi nok tinggal ko ore, biar la ma jago...bla bla bla".

Oh...aku akur dengan ma, aku tahu, ma amat sayangkan cucunya dan anaknya ini, tidak mahu anaknya bersusah payah di kota metropolitan ini. Dan, aku berjanji, usia Iman 5 bulan aku akan bawa Iman bersama-sama aku ke KL, walaupun mengikut perkiraan aku, usia pembelajaran suami akan tamat pada usia Iman 8 bulan. Aku tak berseorangan, kakakku membantu aku menjaga aku dan Iman sepanjang ketiadaan suami di Semenanjung. Maklum la, baru bergelar ibu, sangat kurang pengetahuan.

Iman setahun

Tatkala berjauhan dengan suami tersayang, Engkau menguji tahap kesetiaan seorang isteri. Kesetiaan ku diuji, fuh sangatlah mencabar! Hanya Tuhan yang mengetahui Segala-galanya. TQ Allah menyedarkan aku tentang hal ini.

Bersambung!

Monday, February 8, 2010

Manja

Salam...

Agak lama kami tak keluar sabtu n ahad, akhirnya, sabtu lepas kami keluar ke Alpha Angel, Wangsa Maju. Itu pun dah petang, lepas asar, kami gerak ke sana. Motif utama, nak cari botol air untuk Iman, dan kemudian, ada le rengekan2 agar dibeli mainan..ha, Iman le tu. Wafiy, belum pandai meminta. Akhirnya, kereta Flash n Dash menjadi pilihan Iman. Untuk Wafiy, aku belikan kereta ala truck mega blocks....Sangat jarang aku belikan mainan anak-anak ni. So, tak de la rasa bersalah, sorang satu dapat. Tambahan lagi, dengan Iman yang semakin besar, dah pandai demand...nak itu ini.

Sama tapi tak serupa..:-))

Ni aksi Wafiy kat tempat mainan tu, dalam banyak-banyak mainan, yang ini dia nampak. Yang paling best, dah pandai sebut, "pipin". :-)) Sangat le manja...huhuuh...tapi bila berebut sesuatu dengan abang, fuh, garang, tak nak mengalah. Fuh, pening mama n papa nak memujuk kedua-duanya. Nasib la Iman, boleh dibawa berbincang...ehhehe (ayat2 cinta oleh mama/papa..:-))

Org tak de, curi2 aku snap Wafiy bersama2 Upinnye..ahaks.

Lepas kat tempat mainan, terus kami solat maghrib. Dan sambung lagi untuk sesi makan..heheh. Destinasi kami ke tempat makan, akhirnya, Mc Donald pilihan kami....



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...