Haluuuuuu...
Diam tak diam, akhir 2006, suami tersayang pulang ke Semenanjung, menjalani kehidupan bersama2 isteri dan anak. Alhamdulillah, sesungguhnya, penantian itu satu penyeksaan. Setahun adalah tempoh yg sangat lama, tapi bagaimana yang terpisah bertahun2 lamanya? TQ Allah.
Januari 2007, suami mula berkhidmat di sebuah sekolah di Setapak (Alhamdulillah), bermulanya episod kedua dalam rumah tangga kami. Ketika itu umur Iman menginjak ke satu tahun. Mak mertua gelarkan Iman, Pak Ite Na na na(Pak Itam) hehehe. Dan, suami, menambah2,
"ha ikut mama dia la tu". "Isy! mentang2 la sy ni itam".
Mertua tersengih aje apabila isu kulit itam ni menjadi bahan usikan kami suami isteri. Walaupun dari segi material, tidak mengizinkan ketika itu, memandangkan suami baru memulakan pekerjaan tetapnya; untuk Iman, hanya kasih sayang kami curahkan untuknya. Apa2 pun kami tetap bersyukur diberi peluang hidup bahagia.
Hadiah 2nd besday...Tq mama, papa! (Koleksi papa time buh minyak kat Shell)
Usia Iman meningkat setahun lebih, keagresifan, kelincahannya menjadi2, sangat la tidak takut kepada orang lain, bimbangnya aku, tambahan lagi ketika itu kes culik kanak-kanak menjadi2. Keramahan Iman dengan sesiapa sahaja membuatkan aku sangat berhati2. Ke mana saja kami pergi ramai yang menyapa Iman, sengih sokmo Iman! Itu agaknya yang mebuatkan orang melihatnya, akan menyapanya."Eh, cam India la dia, eh, mak dia orang apa". "Hem hem, ni ha mama dia, Melayu asli, bukan orang asli, tapi Melayu asli":-))
Iman didukung, sambil diagah2.
"Kan dia bawak lari anak aku tuh!"
Iman pula, dengan selamba akan mengikut orang yang tidak dikenalinya itu. Fuh, seram betul!
12 September 2008, Iman bergelar abang. Wah! Dah besar anak mama. Cheh..Abang Iman. Awal kelahiran adiknya, kenakalan makin menjadi2, sifat cemburu n segala macam menjadi2. Fuh, mencabar betul!
Dan, kini, Iman di ambang 4 tahun. Wah, dah besar anak mama. Sesekali diminta dukung,
Dan, kini, Iman di ambang 4 tahun. Wah, dah besar anak mama. Sesekali diminta dukung,
"adoi, beratnya nak mama!"
Ciuman, pelukan kasih sayang mama berikan untuk Iman. Tak sangka betul yang aku mempunyai anak lelaki yang kini berusia 4 tahun...hehehhe. Sehinggakan pernah suatu hari, aku melintasi sebuah dewan komuniti Sentul,
"Eh awak, nanti Iman nak kawin, saya ingat nak sewa dewan ni lah".
Terbeliak mata suami memandang aku.
"Jauhnya awk pikir".
(Dalam hati, ala kejap je masa berlalu ni, tip top tip top dah nak kawin anak bujang mamam ni..:-)). Alhamdulillah, Engkau mengurniakan kami anak-anak yang sihat dan sempurna.
Dan kini, iman bergelar student GA...chewah,,bangganya mama, dan bersyukur Iman dapat belajar di sini, dengan konsep yang diterapkan di GA, mama berpuas hati dan dapat melihat sedikit demi sedikit perkembangan itu. Sekurang-kurangnya, Iman ke GA, memberi peluang untuk Iman berkawan2, yang penting, pendedahan awal Iman dgn alam persekolahan. Doa, solat, zikir, perlahan2 dapat diikuti Iman. Alhamdulillah. mama bahagia punyai anak seperti kamu! Semoga Iman menjadi anak yang taat! Tiada apa2 balasan yang mama dan papa harapkan, hanya doa Iman untuk mama, papa n adik mengiringi perjalanan hidupmu sayang! Untuk suami, terima kasih yang tidak terhingga, semoga cinta kita adalah selama2nya! Tak lupa anak manja mama, Wafiy, Mama sayang adik!
No comments:
Post a Comment