Tuesday, October 30, 2012

Melayan Selera di Black Canyon

Entri reverse-belum basi tau! ;-)

Semakin penghujung kehamilan, selera semakin menjadi-jadi. Masih ada sebulan setengah lagi lebih kurang ke tarikh jangkaan bersalin. Dek melayan selera yang semakin 'menggila', sanggup menahan kaki yang semakin hari semakin sakit, saya mengajak suami ke Black Canyon (BC) di AEON Setiawangsa. Mengandung kali  ini, suami lebih sporting, tidak banyak soal seperti kebiasaannya. Kalau saya mengajaknya keluar, ok aje ... tq Hanapi! ;-))

 Jom tengok apa yang kami makan di BC

Pilihan suami -lebih banyak sayur. Lupa namanya ;-)

Pilihan saya-lebih kurang sama dgn pilihan suami tetapi kuahnya sedikit merah
(Kalau yang menggemari kuetiaw ladna macam kami, boleh pilih kedua-dua menu ini. Puas hati, sedap!)

Suka!

Anak-anak terlebih dahulu beli Big Apple-donut feveret mereka, tapau bawa makan di BC, mereka hanya minta aiskrim saja. Tapi aiskrimnya kurang menyengat. 

Bagi kami, harga untuk menu yang dipilih, tidaklah mahal, agak berpatutan, dan dari segi rasa, puas hati!

Habis makan, suami ajak jalan2 dalam AEON. Ikutkan hati, mau 1000x ^_^, tapi kaki dah tak tahan sakit, sudahlah perut kekenyangan, kepanasan pula! :-(( Ke AEON, hanya semata-mata melepaskan keinginan di BC saja ;-) Suami melayan anak-anak bermain 'kereta' di depan BC, mak buyung tak larat sgt2 doh! Tunggulah nanti, dah bersalin besok, satu AEON ni akan kutawaf! (melampau le tuuu ^_^) Boleh ulang BC lagi -))

Kalau tak kerana BC ni, tak maunya saya nak datang ke AEON dgn menahan rasa sakit situ, sakit sini, dugaaan mengandung kembar....Ya Allah, cepat2 la bersalin, semoga dipermudahkan semuanya. Amin.

Saturday, October 27, 2012

Wangian dari Syurga :-))

Wangian dari Syurga 
.
.
.
.
.
.
.
 ~~HARI YANG KE-17~~

Alhamdulillah.... selamat bersalin pada 11 Oktober 2012, (operation) di Hospital Selayang pada pukul 2.00 petang. (Tarikh jangkaan - 10 November 2012 ;-))

Ist Twin: Muhammad Umar Ghazi bin Hanapi
Berat: 2.25 kg

2nd Twin: Muhammad Umar Ghufran bin Hanapi
Berat 2.1 kg


**(Entri2 lain tergendala, kerana memberi laluan kepada makluman lahirnya si kembar...^_^  Mahu berpantang secara aman, 'besok2' ada kelapangan, saya akan update entri lama dan baru sampai muntah! Itupun kalau rajin.^_^ Jaga diri hiasi peribadi!

Wednesday, October 10, 2012

'Pulut2' Mak Cik Kelantan ;-)

Akhirnya, dapat juga makan  aneka pulut (http://dieyana78.blogspot.com/2012/09/aneka-pulut.html ), waima tak de pulut dakap, syukur dapat ketupat palas.

Kakak saya mencadangkan saya ke pasar pagi Ahad di Pantai Dalam. Alhamdulillah, ada dua orang mak cik Kelantan duduk bersila di pasar pagi tersebut, tak toleh mana2 dah, mata terus tertumpu kuih2 pulut yang mak cik tu jual. Tapai pun ada....

 
Ketupat Palas berinti sambal daging- 5 biji RM 3, Pulut Bakar (bulat), pulut panggang Kelantan berinti sambal ikan (bukan inti nyiur deh!)
 

Tapai-RM 1=3 biji. Sedap weih!
 
Beli serba sedikit, asalkan dapat rasa, tak de lah duk mimpi2 nak makan pulut. Lena tidur.... ^_^
 
(Tak habis sampai situ, terliur pulok menu di Black Canyon! Jom, kita terjah Black Canyon pula deh! ;-))

Saturday, October 6, 2012

Basikal Biru

Tahun sebelum ni, dah minta, "mama, iman nak beli basikal," bila mama cakap, "tunggu Iman besar skit," "ok," jawabnya. Lama, minta lagi ... "ok," kata mama. Tapi, Iman pula yang ubah fikiran, "tk jadi lah mama, basikal." Tup-tup, 2 minggu lepas, "Mama ada duit berapa? (Ayat klise anak teruna saya ^_^) Iman nak beli basikal." 


Akhirnya, dapat juga 'gateh' (kayuh)basikal ;-)

Kalau dah si abang ada basikal, si adik pun, wajib beli!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...