Isnin cuti sakit-demam! Seharian Sabtu ngemas rumah, basuh langsir, 'panjat' kabinet dapur-buang bekas2 yang mengarut dapat la sampah dua/tiga guni hari tu. Malam Isnin tu, menggigil demam urat :-(( Alhamdulillah hari ni dah okey, tapi badan masih rasa penat/lemau .
Layan gambar kami dua hari minggu lepas (agaknya?)
Sakura Kristal, KL Festival City
Wasup dgn kawan satu Menara opis ni, tanya tempat yang dia pernah makan kat KLFC ... tq Mek!
Okey juga menu nya. Harganya tak mahal, tak murah. Kena dengan citarasa kami. Mood anak2 pun okey.
Bila dah sampai makanan, elok pulok, membuas sebab lapar! ;-))
Separuh nasik papa dikerjakan Wafiy. Padahal sebelum masuk sini, dah makan Papa Roti sebiji sorang
Alhamdulillah, sejak cuti sekolah panjang yang lepas, bagus sangat selera Iman n Wafiy. Terutama Wafiy, lapar memanjang, budak tak banyak songeh, nasik dengan telur pun boleh.
1 comment:
hui....air dia....membuka selera... belum lg makanan.... xpernah smapai KLFC ni...
Post a Comment