Wednesday, February 26, 2014

Cik Kembar dan HKL! :-((

13/2/2014 (Khamis)-Tengah-tengah malam cik kembar muntah2 teruk. Keesokan, berak2 pulok! Dua-dua sekali kena! :-((
 
Pergi Pusrawi-doktor cakap virus-keadaan cuaca panas sekarang. Cucuk ubat buntut tahan muntah. Ubat tahan muntah (diberi makan 8 jam selepas itu), dan air garam.
 
18/2/2014 (Selasa)-taska call, cakap cik kembar berak2 lagi.
 
Terus pergi HKL-kena tahan wad!
 
Bila tau cik kembar masuk wad, atas 'arahan' Ba,  Ma terus beli tiket datang KL dengan adik bongsu saya. Katanya, kesian Na, dua-dua masuk wad, Pi (suami) pun kena g tunggu wad juga, siapa nak urus yang dua beradik lagi (Iman n Wafiy). Uhukk, itulah kan, mak ayah kita mesti risau cucu-cucu on d spot beli tiket kereta api.  Tq Ba, Ma...
 
Sebelum Ma sampai, malam tu, suami dan saya bermalam di wad. Cik kembar merengek, kalau saya sorang2, memang penat lah, fikir2, dengan muka tak malu  minta jasa baik jiran depan rumah tumpangkan tidur Iman n Wafiy untuk satu malam. Alhamdulillah diberi jiran yang baik ('buleh pegi-mari' org Kelantan kata..;-))-kawan baik suami juga. Alhamdulillah selesai hal Iman dan Wafiy. Pagi sebelum Subuh, suami balik rumah uruskan mereka g sekolah.
 
Pagi Rabu- Ma sampai, rasa lega sangat! Seminggu ma di KL, seronok cik kembar manjo2 dgn Cik Su dio! ;-))

Nyamuk banyak-satu katil satu kelambu

Dua hari kami di wad. Alhamdulillah, mungkin sebab diaorang dah muntah n cirit 5 hari sebelum tu, kiranya dah hujung2 cirit masa di wad.

*Ramai yang warded, masalah sama mcm cik kembar, tak kurang juga kes denggi. Semalam anak-anak kakak pulok warded di KJMC-cirit n muntah. Moga semuanya baik-baik deh!

Thursday, February 20, 2014

Donut Lembut

Cerita lama:
 
Upload kesukaan ank2 pula, baru aci kan! ^__^
 
Ambik resepi blog mama apa namanya, lupa ... tapi mmng lembut n gebu sungguh! Dah 4 kali buat, sambil2 cik kembar berbelit kat kaki, tarik kain mama, hahaa.


Gotel bulat kecik comel, sekali ngap je masuk mulut ;-))
 
** Sangat tak sempat tulis-tulis di sini, kesibukan bekerja (ini memang tak boleh lari doh), ujian daripada-Nya-cik kembar warded lagi n macam2 lah!  Insya-Allah, dah reda n lapang sikit, saya 'curi-curi' tulis di sini nanti! Rindu nak jengah blog kawan2! Tq yang menyokong saya untuk terus menulis (ada ke?) wakakaka...;-))

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...