Wednesday, February 26, 2014

Cik Kembar dan HKL! :-((

13/2/2014 (Khamis)-Tengah-tengah malam cik kembar muntah2 teruk. Keesokan, berak2 pulok! Dua-dua sekali kena! :-((
 
Pergi Pusrawi-doktor cakap virus-keadaan cuaca panas sekarang. Cucuk ubat buntut tahan muntah. Ubat tahan muntah (diberi makan 8 jam selepas itu), dan air garam.
 
18/2/2014 (Selasa)-taska call, cakap cik kembar berak2 lagi.
 
Terus pergi HKL-kena tahan wad!
 
Bila tau cik kembar masuk wad, atas 'arahan' Ba,  Ma terus beli tiket datang KL dengan adik bongsu saya. Katanya, kesian Na, dua-dua masuk wad, Pi (suami) pun kena g tunggu wad juga, siapa nak urus yang dua beradik lagi (Iman n Wafiy). Uhukk, itulah kan, mak ayah kita mesti risau cucu-cucu on d spot beli tiket kereta api.  Tq Ba, Ma...
 
Sebelum Ma sampai, malam tu, suami dan saya bermalam di wad. Cik kembar merengek, kalau saya sorang2, memang penat lah, fikir2, dengan muka tak malu  minta jasa baik jiran depan rumah tumpangkan tidur Iman n Wafiy untuk satu malam. Alhamdulillah diberi jiran yang baik ('buleh pegi-mari' org Kelantan kata..;-))-kawan baik suami juga. Alhamdulillah selesai hal Iman dan Wafiy. Pagi sebelum Subuh, suami balik rumah uruskan mereka g sekolah.
 
Pagi Rabu- Ma sampai, rasa lega sangat! Seminggu ma di KL, seronok cik kembar manjo2 dgn Cik Su dio! ;-))

Nyamuk banyak-satu katil satu kelambu

Dua hari kami di wad. Alhamdulillah, mungkin sebab diaorang dah muntah n cirit 5 hari sebelum tu, kiranya dah hujung2 cirit masa di wad.

*Ramai yang warded, masalah sama mcm cik kembar, tak kurang juga kes denggi. Semalam anak-anak kakak pulok warded di KJMC-cirit n muntah. Moga semuanya baik-baik deh!

4 comments:

Zai Zamree said...

klau kita sakit demam leh gagah lg tp klau ank sakit mmg rsau kan?

Rizziela said...

merata2 kita dengar anak2 sakit kan

semoga kembar terus sihat yer

rinkume_zi said...

musim kan sekarang. azwar pun baru lepas demam+cirit+muntah2 gak ni. nasib baik dua hari jer. sekarang musim panas virus senang merebak, semoga tak jangkit pada adik beradik yg lain pula. :-)

Izwa Kamaruddin said...

kat lobby menara mara brgn simplyct tu kak..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...