Friday, June 27, 2014

Hari Sukan Little Caliph Adam Wafiy

Sekitar sports day little caliph bandar baru sentul (LCBBS), baru-baru ini (2/3 bulan lepas), di UIA, Gombak, bergabung dgn little caliph cawangan lain juga....(ades tk ingat pulok, entri terperap mcm ni lah, sampai tk ingat...hihihi)

Layan gambar je lah ya...;-))

 
Ini budak eksaited nk bersukan ... Adam Wafiy rumah purple



rumah biru


Ada beberapa acara juga Wafiy masuk, tapi gambar banyak dlm henpon papa dia...ermmm



rumah merah


LCBBS juga buat persembahan, berlakon la kononnya...seronok tgk budak2... suci tulus mulus gitu..hihihi

 
Rumah hijau



Abis acara sukan...kmbr (abg) mula perangai..ermmm..tk sempat tunggu acara terima hadiah, kami
balik...



Cik kembar yang seronok bila dilepaskan dari stroller.... ;-)) 
 



Penyokong setia Adam Wafiy, "Abang Iman penat dah, mama!" ;-))
 

 
Apa2 pun, wafiy mmng terbaeek!! (Puji ank sendiri?! ;-))
 
**masuk gambar lajulaju, taip entri lajulaju....banyak kerja?! :-(( Maaf, mutu gambar tidak memuaskan!
 
 
SELAMAT BERPUASA SEMUA!

Tuesday, June 17, 2014

Sembilan Tahun Usia Perkahwinan ;-))

2 Jun 2014, Ulang tahun perkahwinan kami yang ke 9.
 
Alhamdulillah, dikurniakan 4 anak kesemuanya lelaki. Kami bersyukur sangat, hero2 yang sangat2 membuatkan kami suami isteri semakin kuat dan sentiasa bersyukur. Kami percaya, Allah sentiasa permudahkan urusan kami....
 
Hanapi Mat Zin, terima kasih untuk segala-galanya! Awak memang terbaik! Awak memang suami dan bapa yang baik, insya-Allah. Banyak mengajar saya erti berdikari, sentiasa mengajar saya agar menjadi ibu/isteri yang kuat! Awak banyak tolong saya. Kalau saya sakit/dalam pantang bersalin, awak banyak urus rumah dan keluarga kita! Cewah! Okey jugak sesekali demam, ada jugak suami yang tolong isteri uruskan kerja-kerja rumah kan! Ada hikmah kan! ;-))
 
 
 
Gambar berenam terbaru memang tak de, ini aje lah yang ada, raya tahun lepas. ;-)) 
 
 
 
**Apa la nak jadi dengan blog ambo ni, hidup segan, mati tak mahu ... cerita basi pun banyak terperam. Yang mana sempat, kita up date, basi pun telan aje lah ;-)) 

Monday, June 16, 2014

Cuti Sekolah: Yeaa Balik Kampung!

Last balik kampung raya cina hari tu, cuti sekolah bulan 3, ma datang sini. Dari lepas raya cina tak jumpa mak mentua. Jadi, kali ni  kita balik kampung. Lepas tu, tunggu raya pulok kito kelik. Nak balik Kelantan, setakat 2/3 hari, baik tak payah!! Buat sakit pinggang berjam2 dalam kereta, yang terbaik, haruslah bercuti berhari2 ya cik kak!  ^__^


 
Singgah minum petang di Restoran Tepi Sungai, Tanah Merah - pengat pisang+pulut



Sagupal


Anak-anaklah paling seronok balik kampung. Sejak Iman dan Wafiy besar ni, kampung sangat2 menyeronokkan bagi diaorang. Mcm budak jakun pun ada, sampai aje rumah mak mentua, basikal orang tua tinggi tu lah yang dicapainya, kelakar pulok tengok anak2.

 

Kopitiam Kita, Jalan Pengkalan Chepa, ramai orang! Makanan mcm kat kopitiam lain juga, cuma penarik di sini, Nasik berlauk, Nasik dingin, dan lain2 makanan pagi Kelantan  ... bolehlah kalau nak try  ;-))
 




Kalau balik kampung, ada je aktiviti makan-makan. Nasib baik la badan ni susah nak gemuk. mu sumbat la 'gajah rimau', berat badan duk tang tu aje, kalau naik pun sekilo dua aje.... ;-))

Layan je lah gambar2 kami yang mana sempat diambil sepanjang 6 hari di kampung (6 hari je ... ikut hati nak sampai 10 hari, kalah cikgu sekolah bercuti, tapi apakan daya, cuti sikit! )

 
Paling best balik kampung ... air tangan ibu semua sedap , kan! ;-))

 

 Bagi saya, tak de la apa yang menarik kat Rantau Panjang, yang suka shopping tu, wajib la datang sini. Kami ni sajer pusing2 cari panas, membelinya tidak..20-25 minit saja dari rumah. Cuti sekolah, ada peniaga mula ambik kesempatan! Ada ke patut, masa pergi satu kedai tu, dia cakap, jersi budak ni 10 rial (sepasang) je kak. Okey fine, bereh, kak pusing2 dulu, (saya sajer nak bertanya harga). Tak sampai 10 minit, suami g balik kedai tu, tup tup. "15 rial kak." "Eh tadi mu kato 10 rial, cepatnyo naik!" "Tadi saya tersalah kak!" jawab peniaga tu. Ada jugak hok lagu gini!




Penghilang dahaga untuk sementara ... Ais Krim Baba namanya ;-))
 


Kat sini lagi murah-betul2 10 rial sepasang, tepi jalan rumah mentua je...;-)) Beli la sepasang sorang untuk Iman n Wafiy - pakai main bola petang2 ;-))


**Hari nak balik KL, saya demam teruk ... lepas tu cik kembar pula kahak banyak, ulang alik ke pusrawi nebulizer.... :-((

**Sepanjang demam, terbaring je, makan tak lalu. Nasik pun tak boleh nak telan, makan bubur dan kuah2 bersup/air je ... suami tolong urus anak-anak, rumah, tq ya! Musim panas yang teramat mungkin faktor demam teruk ni banyak berjalan gamoknya! :-((

Friday, June 6, 2014

Iman dan Hadiah Hari Guru II

Cerita hadiah hari guru tak habis2 lagi....;-))
 
Sehari sebelum cuti sekolah bermula, suami g beli hadiah untuk cikgu2 sekolah kebangsaan dan sekolah agama Iman. Ada sambutan hari guru di sekolah kebangsaan dan Iman turut terpilih membuat persembahan pada hari tersebut (Selasa-27/5/2014).

Menurut suami, daripada pengalamannya, cikgu2 ni bukn nk sgt hadiah, tapi kalau degil nk bg jugak, marker pen adalah yg paling kebanyakan cikgu (sekolah rendah) suka kot. Melompat2 cikgu kalau dpt marker pen hahaa. Gurau je cikgu. Jgn marah noooo ;-))
 


Gigih encik papa belikan marker pen utk cikgu2 Iman ... 2 batang seorang! Ikhlas daripada Iman ;-))

 
Hr Isnin sebelum hr sambutan, Imn dah tk pergi sekolah, demam dari hr sabtu. Tiba hr kejadian, demamnya masih belum kebah, masih lesu. Pagi Selasa tu, saya bw g klinik pusrawi ... dan hadiah bnyk2 tu tunggu aje lah buka sekolah nanti....



 
Iman ni, mmng tk pernah tk pergi selolah sbb saja2 tk nk g sekolah / saja2 nak ponteng dengan alasan2 yang tk munasabah. Bila demam, terus tak larat dan lesu, memang saya dan suami tak bagi dia pergi sekolah, tau saja lah, cuaca panas, lagilah bertambah2 demam. Itu pun nak pergi juga sekolah masa hari sambutan tu, katanya, nanti Iman tak dapat la buat persembahan.... Macam mana la nak buat persembahan Iman oi... dengan badan lesu macam tu....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...