Last balik kampung raya cina hari tu, cuti sekolah bulan 3, ma datang sini. Dari lepas raya cina tak jumpa mak mentua. Jadi, kali ni kita balik kampung. Lepas tu, tunggu raya pulok kito kelik. Nak balik Kelantan, setakat 2/3 hari, baik tak payah!! Buat sakit pinggang berjam2 dalam kereta, yang terbaik, haruslah bercuti berhari2 ya cik kak! ^__^
Singgah minum petang di Restoran Tepi Sungai, Tanah Merah - pengat pisang+pulut
Sagupal
Anak-anaklah paling seronok balik kampung. Sejak Iman dan Wafiy besar ni, kampung sangat2 menyeronokkan bagi diaorang. Mcm budak jakun pun ada, sampai aje rumah mak mentua, basikal orang tua tinggi tu lah yang dicapainya, kelakar pulok tengok anak2.
Kopitiam Kita, Jalan Pengkalan Chepa, ramai orang! Makanan mcm kat kopitiam lain juga, cuma penarik di sini, Nasik berlauk, Nasik dingin, dan lain2 makanan pagi Kelantan ... bolehlah kalau nak try ;-))
Kalau balik kampung, ada je aktiviti makan-makan. Nasib baik la badan ni susah nak gemuk. mu sumbat la 'gajah rimau', berat badan duk tang tu aje, kalau naik pun sekilo dua aje.... ;-))
Layan je lah gambar2 kami yang mana sempat diambil sepanjang 6 hari di kampung (6 hari je ... ikut hati nak sampai 10 hari, kalah cikgu sekolah bercuti, tapi apakan daya, cuti sikit! )
Bagi saya, tak de la apa yang menarik kat Rantau Panjang, yang suka shopping tu, wajib la datang sini. Kami ni sajer pusing2 cari panas, membelinya tidak..20-25 minit saja dari rumah. Cuti sekolah, ada peniaga mula ambik kesempatan! Ada ke patut, masa pergi satu kedai tu, dia cakap, jersi budak ni 10 rial (sepasang) je kak. Okey fine, bereh, kak pusing2 dulu, (saya sajer nak bertanya harga). Tak sampai 10 minit, suami g balik kedai tu, tup tup. "15 rial kak." "Eh tadi mu kato 10 rial, cepatnyo naik!" "Tadi saya tersalah kak!" jawab peniaga tu. Ada jugak hok lagu gini!
Penghilang dahaga untuk sementara ... Ais Krim Baba namanya ;-))
Kat sini lagi murah-betul2 10 rial sepasang, tepi jalan rumah mentua je...;-)) Beli la sepasang sorang untuk Iman n Wafiy - pakai main bola petang2 ;-))
**Hari nak balik KL, saya demam teruk ... lepas tu cik kembar pula kahak banyak, ulang alik ke pusrawi nebulizer.... :-((
**Sepanjang demam, terbaring je, makan tak lalu. Nasik pun tak boleh nak telan, makan bubur dan kuah2 bersup/air je ... suami tolong urus anak-anak, rumah, tq ya! Musim panas yang teramat mungkin faktor demam teruk ni
1 comment:
ok. jelous ! nok balik jugok !
Post a Comment