Tuesday, August 26, 2014

Surprise Balik Raya!

Gambar raya tak habis-habis? ^__^ Cepat2 update, Syawal last hari ni! Hahhaa, tak kisah lah kan, Syawal abis ke tidak .. rasa nak update cerita raya, update je lah..huahuhua.... (ayat orang tak nyempat macam gini lah. Jom kita taip laju-laju! Tak de masa nak bergurau senda okey! ;-))
 
Ni lagi cerita masa balik raya.  Dalam wasup kami adik beradik, kakak bgtau, ada surprise Ba untuk kita! Menyambut kepulangan anak-anak. Kakak saya orang pertama balik raya, dan dia orang pertama dapat surprise tu! Bila kakak cakap ada surprise, macam-macam la tekaan saya dan suami..sambil gelak-gelak kami laki bini meneka apa agaknya surprise tu.
 
Balik kampung, destinasi pertama, haruslah rumah mertua dulu... sebab lalu rumah mertua dulu, nak tak nak, dr awal kawin, itulah perjanjian kami laki bini...saya kena balik rumah suami dulu. Okey ai tak kisah nyah, tapi kalau dua hari rumah suami, rumah saya haruslah lebih dua hari..hahahah. Aci deh? Kecuali jika ada sakit/demam/kecemasan, barulah balik rumah saya dulu, melangkau rumah mertua. Eh melalut2 pulok doh.
 
Berbalik cerita surprise tadi, di rumah mertua, ai dah berdebar2 tak sabar nak balik rumah, nak tgk apa surprise tu. Ermmm ... dan balik rumah, inilah surprise yang Ba saya buat untuk anak cucu!
 
 

Ai yang no 2 tu, kihkihk .... 'Cik Ngah'-akak 'Cik Ngoh' panggilan anak-anak buah ;-)) Anak-4, 8 cucu


Yang kelakarnya, kakak saya yang sampai rumah pagi2 buta sebelum subuh, dengan mamai2 turun dari kereta, ternampak banner ni depan grill rumah, katanya, "Apa Ba nih! Ambik poster ceramoh pah (*Ceramah Pas) mano pulok ni, gantung depan pintu" Bila tengok dekat,  "la.... rupa-rupanya Ba kita, berkopiah putih!" ;-)) 
 
Memang terharu beb! Bersungguh-sungguh Ba tempah banner ni menyambut kepulangan kami adik beradik! Anak-anak boleh buat macam ni? Beri surprise untuk ibu/ayah? Sob sob sob, memang terharu ... terima kasih Ba!
 
**Ermm... uols kalau buat surprise orang tersayang-ibu ayah, macam mana? Kami, kalau bawa famili makan-makan, pernah lah ... yang lain daripada lain, rasanya tak pernah. Ermmm.... Moga Ba dan Ma sentiasa di bawah rahmat dan lindungi Ilahi. Amin.



Mama dan cik kembar. Haisy nak jugak gambar dia! ^___^

Monday, August 25, 2014

Selfie vs kelam kabut gambar raya ;-))

Entri dua dalam satu. Lagi gambar sekitar raya 2014 ;-))
 
 
Diam-diam laki bini ni berselfie ... ;-))





Nak g beraya, cubaan berselfie dgn cik kembar (adik), 3 lagi, tak nak beri kerjasama. Okey, fine! ^__^



Ini pula keadaan kelam kabutnya kami bila nak bergambar;-))


Sangat kelam kabut, okey! Phew phew
 
 



 Kerenah anak anak bila diajak bergambar. Pening, pening!
 
 

Lagi kelam kabut! Pening-pening ;-))




**Rasanya, uol yang beranak pinak harus mengalami situasi macam kami ni kan ...kelam kabut habis! ;-))

Nota: Sayu dan sedih sangat tak terkata tatkala melihat wajah-wajah kesedihan keluarga/sahabat handai mangsa MH17 #alfatihah.

Thursday, August 21, 2014

Gambar Raya 2014 Seadanya ;-))


Sebelum Syawal melabuhkan tirainya, mari belek-belek gambar raya kami yang seadanya...,;-))


Famili saya




Berpeluh laki bini nak kumpulkan cukup 6 beranak. Dah ternganga pulok suami ambo..kihkihk






Encik kopiahputih ni, kerjasamanya agak memuaskan..kihkihkh
 



Anak-anak dan anak-anak buah...Qisya je yang tak de dlm gambar. Yang besar perempuan tu, adik bongsu saya



Di rumah mertua, gambar family mertua, tak de pun, masing-masing kepanasan, keletihan.ermmm. sengih kemewet berbaju biru (kanan), anak adik ipar saya.. Jgn memandai cakap anak saya lima ya! kihkihkh!
 






Ada je yang tak cukup, sorang tidur, sorang jaga, sorang okey, sorang tak okey!




Abang okey, adik buat onar, adik okey, abang pulok tak mahu. Mama cakap, berdiri je kat celah pokok2 tu, berdiri je lah, dah masing-masing masam mencuka. Aduhai memang berpeluh! ;-))




Adik, kakak dan saya (perlu diperkenalkan ke tuan tanah? hahah), Sorang lagi, adik perempuan  saya.. kami 4 beradik je...

 
 

Saya, kakak (baju kuning, wafiy, mak cik dan pakcik sebelah ayah saya.






Gigi depan dah tumbuh, itu sebab sengih kemewet..;-))



Cik kembar dan satu-satunya sepupu perempuannya, Qisya

 
 **Ambik gambar mana-mana yang sempat/ada je.... bergambar seadanya, katanya ;-))

Monday, August 4, 2014

8 Syawal Dah Kita....

Salam 8 Syawal,  Assalamualaikum.... apa khabar semua? Kami, alhamdulillah sihat, baik-baik aje ;-))
 
Erm.... apa nak jadi nih blog hamba, hidup segan mati tak mahu kah? Sebulan tak berupdate? phew phew.... Satu entri pun tak de fasal Ramadan. Erm...tak tau nak kata apa, apa-apa je lah hhihiihhi....
 
Walau apa pun, Selamat Hari Raya Aidilfitri semua. Hahhaha, puasa sebulan tak berupdate, tetiba mu ucap selamat hari raya ya! ^___^
 
Tengoklah, ada masa, kelapangan, saya update cerita/gambar/ikut kemampuan ;-)) Agak-agak ada lagi ke yang nak baca blog usang hamba ni ya? Hahahha....
 
Bai...
 
**Hari ni baru naik kerja, mood kerja belum mari la, ermmmm.... Uols dah start puasa ganti/syawal?? Ermmm.... saya baru nak start hari ni, bismillah ... harap Berjaya! Smile!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...