Tuesday, December 24, 2013

Teater "Daniel dan Bawang Hitam"

20 dan 21 November 2013 yang lalu, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur (DBP) telah mempersembahkan  Teater Kanak-kanak "Daniel dan Bawang Hitam"  di Auditorium DBP KL.
 
 
Memperkenalkan barisan pelakon, Adik Muhamad Iman Haziq bin Hanapi, sebagai Orang kecil 2! (orang kerdil). **(Sila baca dgn nada pengacara perkenalkan barisan pelakon lepas tamat persembahan, ya ;-))
 
 
 
Memperkenalkan barisan pelakon - Iman, 3 dari kiri, berbaju peach-tak nampak mata daaa ;-))
 
 
Dialog Iman,  "Bu, bu, bu, bunga di hutan pel, pel, bagai warna, ma, ma, ma, macam mana boleh ada di sana?" Hahhaha, watak orang kecil gagap! ;-)) Setiap kali saya usik dgn dialog ni, mesti malu2 Iman,  "dah la mama, teater dah habis laaa!! ^_^
 
 
 
 
Tergedik2 anak ambo berlakon, menebang pokok, kononnya, kihkihkih. Keluar 5 minit pun mak bangga gitewww, hahah, mak pulok hok lebih2 dih! Yang penting, Iman seronok, jumpa kawan-kawan baru dan dapat membina keyakinan dalam diri berhadapan dengan orang ramai.
 
 
Inilah hasilnya penat lelah diaorang n mak pak yang datang hantar anak berlatih setiap Sabtu dan Ahad, juga hari-hari lain masa cuti sekolah yang lalu.
 
 
Lagi seronok bila dapat sagu hati, kemewet suko Iman, Terima kasih semua!
 
 
 
Kat rumah dah ni, lupa mama nak amik gambar iman dgn kostum lengkap- teruja punya pasal! Misai pun dah hilang ;-))
 
 
Kali ini, DBP cuba mengetengahkan anak-anak staf DBP sebagai pelakon. Dan, kebanyakannya kali pertama melibatkan diri dalam lakonan teater. Alhamdulillah, mereka dapat memberi yang terbaik!
 
 
Ini teater kedua Iman selepas mini teater "Sahabat" http://dieyana78.blogspot.com/2013/06/cuti-sekolah-buat-apa.html
 
 
( Cik kembar keluar wad 20 hb, sempat tengok Iman berlakon pada 21 hb)
 
 
Tahun depan Iman nak berlakon lagi?? ;-))

1 comment:

IDAZS said...

tahniah iman. Bagus ni berani dan memang berbakat..

psst: gambar last kening lukis tu auntie tgk dah ada rupa Remy Ishak :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...