Tuesday, April 28, 2015

Segmen: Saya Sayang Blog Saya! ;-))





Teruja dengan tajuk ni, sebab sebelum ni nak buat entri dengan tajuk yang sama 'saya sayang blog saya', tapi malas nak mengarang.  Saya join segmen ni, sudah cukup menyatakan  saya sayang blog saya, tak perlu nak karang segala bagai, buang masa.  Walaupun saya update blog jarang-jarang, saya tetap sayang blog saya, dan tak de cita-cita nak tutup blog ni! 

Ok dah bebel! ^__^

Jom join, segmen yang simple comel ni!

Wednesday, April 22, 2015

Jom Zumba!

Sekali terjebak, seronok pula! Bukan 'terjebak', tapi 'menjebakkan' diri ;-))
 
Anak-anak dah besar, boleh bawa diri, mak apa lagi, berzumba-zombie lah! ^__^ Tak de lah, gurau saja, anak-anak ai kecik lagi, yang kembar tu masih menyusu lagi. Tapi bolehlah, suami beri kelepasan, yang penting izin suami kan!
 
Satu lagi, dah tau nak pergi kelas, masak awal2, bagi makan anak-anak, barulah senang hati! Saya pergi dua kali seminggu, sehari kelas zumba, sehari kelas piloxing. Nak tau apa itu piloxing dan zumba boleh tengok video di you tube!
 
 Ha, apa lagi, nak sihat, cergas, jom kita!


Hari pertama join, memang sakit2 badan woooo, lepas tu okey la. dapat catch up step2 penting dlm zumba. Tapi masih ada step yang saya tak boleh nak buat, kena belajar dan belajar lagi. Jangan hangat-hangat tahi ayam sudah!;-))

Serius, zumba dan piloxing memang best, segar badan tau! Enjoy sambil menyihatkan badan. Berpeluh/semput mok cik tau!
 
Yang berdekatan, jom ke studio Sri Gombak! #Zumbalovers

F3 Studio, (Berdekatan 360 Soho Apartment, Depan Petronas)
Level 3, No 17C, Jalan Sg 3/1,
Taman Sri Gombak,
68100 Selangor.
FB: F3 Studio

9.00-10.00 PM


 


Ladies Only!
 
Apa salahnya kan, cari sesuatu yang kita suka, hati senang, hilang tension bekerja! Tak semestinya zumba, buatlah apa saja aktiviti yang kita suka, barulah minda kita sentiasa positif.


 
Kami di F3 Studio. Yang baju pink tu instructor zumba (ZIN). Kali pertama saya join zumba, memang semput sungguh2! Nampak sangat kurang exercise ;-))


Sumber: Google
RUTIN senaman yang sama setiap hari adakalanya membuatkan seseorang cepat bosan dan tiada dorongan untuk melakukan latihan fizikal. Justeru, tidak ada salahnya jika sesekali menukar gerakan senaman untuk menjadikannya lebih menarik.

Anda mungkin boleh mencuba senaman Zumba yang kini semakin digemari dan diminati ramai. Senaman yang lebih membawa gerakan tarian ini diperkenalkan oleh pengasasnya, Beto Perez, seorang jurulatih senaman terkenal dari Colombia. Perkataan Zumba berasal dari Sepanyol yang membawa maksud tarian parti dengan gabungan pelbagai rentak muzik.
 
Jurulatih kecergasan di Celebrity Fitness, Alex Phang, 26, berkata, Zumba merupakan satu aktiviti yang sangat menyeronokkan kerana pergerakannya berasaskan tarian dan menggunakan muzik yang membuatkan rasa teruja semasa melakukannya.
 
“Senaman Zumba memberi kepuasan dan keselesaan kepada para peserta kerana pelbagai rentak dan lagu yang dimainkan semasa senaman dilakukan,” katanya.
 
Beliau berkata, senaman itu merupakan salah satu cara yang baik untuk meningkat kecergasan. Tambahnya, ia berbeza dengan senaman lain kerana menggabungkan konsep tarian dan senaman.
 
“Menariknya, peserta tidak perlu menghafal setiap langkah senaman sebaliknya hanya perlu mengikut rentak muzik yang dimainkan,” katanya.
 
 
 

Tuesday, April 21, 2015

Selamat Hari Lahir Iman Haziq!


18 April 2015
 
Selamat Hari Lahir anak sulung mama, Muhammad Iman Haziq bin Hanapi ... yang ke-9!
 
 
Belek-belek gambar Iman masa kecik2 hati rasa sayu je, comelnya Iman masa kecik, mata bulat, bulu mata lentik..hiihihik! Gigi teratur, sekarang dah jarang-jarang giginya, dh banyak yang goyang2, tercabut, hahhah! Cepat betul masa berlalu!
 
 
Masa ni umurnya genap setahun. Ramai yang cakap muka Iman macam cik kembar. Haruslah sama, dah namanya adik beradik kan! Heheheh. Saya dan suami pun perasan, muka iman masa kecik, macam cik kembar! ;-))
 

Alhamdulillah ... semoga Iman menjadi anak yang soleh, cemerlang di dunia dan akhirat. Amin....

Budak hidung kemek, gigi jarang! ^__^
 


Sepotong kek untuk besday boy, Ahad lepas ;-))



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...