Wednesday, April 22, 2015

Jom Zumba!

Sekali terjebak, seronok pula! Bukan 'terjebak', tapi 'menjebakkan' diri ;-))
 
Anak-anak dah besar, boleh bawa diri, mak apa lagi, berzumba-zombie lah! ^__^ Tak de lah, gurau saja, anak-anak ai kecik lagi, yang kembar tu masih menyusu lagi. Tapi bolehlah, suami beri kelepasan, yang penting izin suami kan!
 
Satu lagi, dah tau nak pergi kelas, masak awal2, bagi makan anak-anak, barulah senang hati! Saya pergi dua kali seminggu, sehari kelas zumba, sehari kelas piloxing. Nak tau apa itu piloxing dan zumba boleh tengok video di you tube!
 
 Ha, apa lagi, nak sihat, cergas, jom kita!


Hari pertama join, memang sakit2 badan woooo, lepas tu okey la. dapat catch up step2 penting dlm zumba. Tapi masih ada step yang saya tak boleh nak buat, kena belajar dan belajar lagi. Jangan hangat-hangat tahi ayam sudah!;-))

Serius, zumba dan piloxing memang best, segar badan tau! Enjoy sambil menyihatkan badan. Berpeluh/semput mok cik tau!
 
Yang berdekatan, jom ke studio Sri Gombak! #Zumbalovers

F3 Studio, (Berdekatan 360 Soho Apartment, Depan Petronas)
Level 3, No 17C, Jalan Sg 3/1,
Taman Sri Gombak,
68100 Selangor.
FB: F3 Studio

9.00-10.00 PM


 


Ladies Only!
 
Apa salahnya kan, cari sesuatu yang kita suka, hati senang, hilang tension bekerja! Tak semestinya zumba, buatlah apa saja aktiviti yang kita suka, barulah minda kita sentiasa positif.


 
Kami di F3 Studio. Yang baju pink tu instructor zumba (ZIN). Kali pertama saya join zumba, memang semput sungguh2! Nampak sangat kurang exercise ;-))


Sumber: Google
RUTIN senaman yang sama setiap hari adakalanya membuatkan seseorang cepat bosan dan tiada dorongan untuk melakukan latihan fizikal. Justeru, tidak ada salahnya jika sesekali menukar gerakan senaman untuk menjadikannya lebih menarik.

Anda mungkin boleh mencuba senaman Zumba yang kini semakin digemari dan diminati ramai. Senaman yang lebih membawa gerakan tarian ini diperkenalkan oleh pengasasnya, Beto Perez, seorang jurulatih senaman terkenal dari Colombia. Perkataan Zumba berasal dari Sepanyol yang membawa maksud tarian parti dengan gabungan pelbagai rentak muzik.
 
Jurulatih kecergasan di Celebrity Fitness, Alex Phang, 26, berkata, Zumba merupakan satu aktiviti yang sangat menyeronokkan kerana pergerakannya berasaskan tarian dan menggunakan muzik yang membuatkan rasa teruja semasa melakukannya.
 
“Senaman Zumba memberi kepuasan dan keselesaan kepada para peserta kerana pelbagai rentak dan lagu yang dimainkan semasa senaman dilakukan,” katanya.
 
Beliau berkata, senaman itu merupakan salah satu cara yang baik untuk meningkat kecergasan. Tambahnya, ia berbeza dengan senaman lain kerana menggabungkan konsep tarian dan senaman.
 
“Menariknya, peserta tidak perlu menghafal setiap langkah senaman sebaliknya hanya perlu mengikut rentak muzik yang dimainkan,” katanya.
 
 
 

8 comments:

Jueliza Jamani said...

nasib jauh.. kalo dekat boleh join.. hehehe... saya pun hari2 gym.. berpeluh2 setiap malam.. siang mmg tak dapat berpeluh laa...

- dieyana - said...

Heheh, boleh cari yang dekat dgn rumah, jueliza...tapi dah pergi gym tu, bagus sgt dah tu...

arysha_fayyadh said...

Assalam dieyana,
waaaaaaaaa
sonoknya zumba zumbaan he3

Unknown said...

Hello nak tanya kalau untuk practice dance for hip hop bole pinjam studio x? Sebab saya tengah cari studio untuk menari and bukan untuk zumba...tapi berdekatan di selayang atau gombak je laa...kalau bole call no ni 0124047054..harap maklum

Unknown said...

Hello nak tanya kalau untuk practice dance for hip hop bole pinjam studio x? Sebab saya tengah cari studio untuk menari and bukan untuk zumba...tapi berdekatan di selayang atau gombak je laa...kalau bole call no ni 0124047054..harap maklum

Unknown said...

Kak nk tanya studio zumba ni ada studio kosong x? Sebb saya ada 2 partner nak practice dance so nk tanya ada x...

Unknown said...

Kak nk tanya studio zumba ni ada studio kosong x? Sebb saya ada 2 partner nak practice dance so nk tanya ada x...

Unknown said...

Ada ke yg nk rekemen klas zumba @fitness wanita area gombak UIA.. whatsapp 0105752273 please

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...