Lama tak tulis/kongsi resepi, jom saya kongsi resepi kek kukus lembap (insya-Allah lembap, sedap dan lembut). Resepi ni saya ambik dengan kakak saya. TQ Along!
Anak-anak suka-hari cuti semalam, dua kali buat, Sabtu, dan Ahad ulang lagi. Tak sangka Iman, Wafiy dan cik kembar suka sangat. Bila Iman n Wafiy puji kek coklat mama sedap, mula la mama poyo n hidung kembang setaman. Anak-anak sangat jujur kan! Okey lah tu, kek coklat je yang mama pandai buat, apa salahnya sesekali mama kembang setaman bila dipuji, bukan dengan orang lain pun kan, anak-anak kita juga! ;-))
Bila tengok cik kembar makan kek bersungguh2, haruslah mama poyo, tanya soalan, "sedap kan kek mama buat, sedap kan!" Berulang-ulang mama sebut sedap, haruslah cik kembar jawab sedap. Hahaha!
Marilah kita kongsi resepi kek coklat ni. Manalah tau, uols pun kembang setaman bila anak2 puji "mama/ibu masak sedap!" ^__^
Resepi yang sangat mudah, cepat dan simple, sambil 'gaduh' dengan anak-anak, siap! ^__^
Resepi yang tak perlu pakai mixer pun! Sesiapa yang tak de mixer macam saya dan tercari-cari resepi yang mudah ni, bolehlah cuba.
Resepi yang tak perlu pakai mixer pun! Sesiapa yang tak de mixer macam saya dan tercari-cari resepi yang mudah ni, bolehlah cuba.
2 biji telur
1 cawan gula
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu besar soda bikarbonat
1/2 sudu besar baking powder
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
Cara
Pukul telur dan gula sehingga kembang (saya tak guna mixer pukul pakai senduk je..sebab tak de mixer ^__^)
Masukkan susu cair, susu pekat, minyak, soda bikarbonat, baking powder, serbuk koko, tepung gandum.
Kacau sebati
Kukus api sederhana 1 jam
Topping (double boiler, tapi saya masak gitu je, ;-))
20 g serbuk koko
1/2 cawan susu pekat (atau lebih jika mahu lebih manis)
2 sudu besar minyak masak
-Kacau atas api yang sangat perlahan!
Terima kasih, dan selamat mencuba ;-))
5 comments:
Dulu rajin gak masak kek coklat moist ni.. Tp bila tgk hero2 makin menjadi-jadi penambahan spare tyrenya.. Mummy slow down dulu.. Kang xpasal2 pintu umah xleh masuk.. Hehehe
hihihi mummy Julia..kalu mcm tu pintu kena pecah kasi lg bsr ^__^
hahhahaha..
wah.....lg senang resepi ni fieyana...leh ila cuba buat nnt.... masak kek ni kena cr mood jugak..haha
ha, cuba la nanti..betul tu, mood ada baru bleh buat kan..;-))
Post a Comment