Wednesday, December 28, 2016

Cik Kembar ke Little Caliph!

Dah tak sabar nak g sekolah. Uniform dah dapat (2 pasang seorang), baju dan trek sukan (1 pasang seorang), beg sekolah pun dah dapat. Nampak gaya, kedua duanya dah tk sabar, tapi tk tau lah mcm mana hari pertama sekolah nanti. Bila papa nya cakap, nanti Ghazi, Ghufran, mama hantar pergi sekolah, tau, hantar je, lepas tu mama g kerja, macam mama hantar g taska tuu.... Okey? Terus jawab 'okey'. Hahaaa, harapnya betul2 okey nanti.
 
 
 
Harapan kami, moga ini yang terbaik  untuk mereka berdua, 'lain padang, lain belalangnya, lain anak, lain perangainya' ^____^
 
Sebelum, ni kami hantar anak yang nombor 2 kat sini (Wafiy). Dah kenal cikgu2 kat sini. punya lah teruja teachers bila tengok cik kembar pula yang daftar situ. aHhaha, teacher jangan teruja sangat, cik kembar ni lain macam sikit. Tau2 je lah, bila diaorang bergabung.... hahhaha, pening teacher nanti nk 'kejar' diaorang ;-))  Insya-Allah, kami tau, teachers pandai 'tackle' anak2 didik. Insya-Allah, Ghazi & Ghufran baik-baik di sekolah, ya! ^__^

Tuesday, December 27, 2016

24 Disember Besday Kite Tau! ;-))

Happy birthday to me! Umur kite baru 38 tau! ^__^
 
24 Disember 2016
 
Tak de celebrate pun, celebrate dalam hati, wishlist nak lain, tapi dpt lain. Sebab dah kena cut utk yuran cik kembar. Mak redha, nak. Hahaha. Jadik lah, janji ado.... ;-))
 


Lain kali, ada rezeki, tak birthday pun, boleh je beli hadiah kan! Beli sendiri, duit sendiri, habis cerita! ;-))
 
Tetiba teringin air kopi yang pekat lagi sedap ... kat mana, kat mana? Bancuh sendri ke? Tak mau! Hahaha, eksen! ;-))


Birthday mom dengan anak-anak jatey nya ;-))

 

Penghujung 2016....

Hai, lagi beberapa hari nak masuk  tahun baru 2017. Apa persediaan menyambut tahun baru 2017? Azam? Hahaha, tiap-tiap tahun berazam. Awal tahun punya lah berkobar2, last2 macam tu juga. Walau apa pun, semoga terus sukses, diberi kesihatan yang baik, dan semua yang baik-baik. Insya-Allah.
 
Cuti sekolah pun semakin dah sampai ke penghujung. Persiapan sekolah anak-anak dah beres ke? Kami, Alhamdulillah, boleh dikatakan hampir beres, ada sikit2je lagi yang belum settle. Huiii.. tahun ni ongkos banyak habis kat cik kembar. Masuk tadika kan... kos lagi banyak, tambah lagi ganda dua. Yuran register tadika macam tu lah.... Tapi dah memang itu pilihan kita, berkorban untuk anak2. Mujur ada 'pitih' bawah bantal/tilam ^___^

Yang abang2 pula - Iman dan Wafiy, tak banyak yang habis, hanya beli baju sekolah kebangsaan dan sekolah agama, kasut sepasang dua, stoking, singlet, seluar kecik ;-)). Beg sekolah diaorang masih elok, dah bertahun pakai. Berbaloi2 beli mahal 3 tahun lepas! ;-))
 

Cik kembar rumah famili kat kampung. Pening cik sue (adik bongsu saya) melayan kerenah diaorang ;-))


Cuti sekolah, anak-anak banyak kat rumah, sekali/dua ada bawa mereka tengok wayang. Dan, beberap hari lepas sempat lah balik Kelantan 4 hari. Terubat rindu ... balik jenguk mak ayah. Macam biasa, balik kampong perut mesti sendat, ketat dan padat, makan tak berhenti..hahahha. Moga berat badan bertambah sekilo-dua. Hahaha! Anak-anak pun seronok balik kampung, suasana kampung, sesekali hujan, cuaca sejuk, nyaman.....^__^


Roti Canai Kari Gear Box-Marvelos! Kat Wakaf Che Yeh



Nasi Lemak Ma dan Jeput Pisang (Cekodok) #airtanganibu Sedap yang amat, masih teringat-ingat sambal bilis!



Kuih Che Mek -Lagi air tangan ibu. Anak dia tolong ngap je. ;-))


Hari ni dah mula kerja ... sunyi opis, masih ramai yang bercuti, sampai ke tahun depan la tu gamaknya ;-))


Cuti dah habis, kembali ke sarang, balik KL dah ... Singgah Marry Brown Raub


Thursday, December 1, 2016

Nasi Berlauk Kak La Padang Balang

Pernah makan kat sini? Dah dua kali kami makan kat sini. Sedap! Menu orang Kelantan, nasi berlauk, ayam kampung gulai, itik/serati gulai, nasi dagang, gulai ikan tongkol, nasi kerabu... Huiii ... memang terasa la rempah gulainya (kari). Lauk-lauk diletakkan dalam periuk besar, menyelerakan!Nasi panas-panas, fuh, marvelos sangat!

 
Nasi Berlauk Ayam+Kaki dan Hati Ayam
 
Lokasinya, di Padang Balang, Sentul. Saya pun tak reti nak explain lokasi kedai. Boleh cuba waze, Padang Balang, Sentul. Tempatnya agak ke dalam, kawasan rumah-rumah kampung.
 
 
Nasi Berlauk Itik/Serati+Kaki Ayam

Hari Sabtu dan Ahad, memang ramai sangat, beratur panjang, kena datang awal, pukul 7 pagi, dah terpacak kat situ. Makan situ, beraturnya tak panjang, tapi kalau tapau, dari jalan raya que. Kalau makan, dan nak tapau juga, bagitau awal-awal, kalau habis makan, baru bagitau nk tapau, memang tak layan, pergilah beratur panjang nuuu.... ^__^ Kalau datang lewat sikit-pukul 9, orang tak ramai dah, tapi lauk dah berkurangan, kuih  banyak habis.
 
Hari kerja, orang tak ramai! Kuih muih pun macam-macam! Penggemar nasi berlauk, dan nasi2 menu Pantai Timur, harus cuba!  Harga pun okey!

KAK LA PADANG BALANG!
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...