Tuesday, February 9, 2010

Diari Mama I

Ini bukan cerita dongeng, bukan fantasi, tapi realiti. Ingin kupaparkan cerita ini, sebagai satu kenangan paling berharga bagi diriku. Sembilan bulan mengandungkan Iman, memberi pengalaman yang amat manis dan paling berharga dalam hidup aku. Pelbagai rintangan yang perlu dilalui oleh seorang aku yang bernama Diana. Apatah lagi, pada saat mengndungkan anak yang pertama, suami tiada di sisi. Usia kandungan lima bulan, terpaksa berjauhan dengan suami tersayang. Berhubung melalui telefon, dan cuti sekolah, dapatlah memadu kasih barang sebentar. Fuh, begitu peritnya fizikal, emosi dan mental menanggung perpisahan itu. Demi kerjaya dan masa depan, aku rela akan perpisahan ini. Sokongan keluarga menguatkan semangat aku. Ditemani insan tersayang yang masih lagi dalam rahimku, aku tetap gembira dan cuba menenangkan hati dan perasaan tatkala rindu mendatang. Pada ketika aku perlu membuat pemeriksaan kandungan di klinik, lagi perasaan sayu menerjah diriku. Pabila kulihat para isteri ditemani suami tersayang, perasaan cemburu menyelinap dalam diri. Ya, aku sangat cemburu! Namun, aku tenangkan hati (kalau bukan aku saper lagi yg nk tenangkan aku), berbicara perlahan dgn kandunganku,
"Baby, mama kena kuat, mama tak leh sedih2, mama kena kuat, baby sentiasa dgn mama, mama sayang baby tau".
Aku tenangkan hati, masih ada insan lain yang kurang bernasib baik, lebih drpd aku. TQ Allah, memberi semangat kepada aku, sesekali goyah, Kau tiupkan semgat utk aku.

Iman bersama2 papa ketika berusia 2 tahun

18 April 2006, permata hati yang pertama lahir, Muhammad Iman Haziq menjadi penyeri rumah tangga kami. Alhamdulillah, TQ Allah! Selepas pantang 60 hari, sekali lagi aku diduga-Mu. Berjauhan dengan permata hati adalah sangat perit. Iman terpaksa kutinggalkan bersama2 keluarga di kampung. Kata Ma,

" Na, payoh na duk kolupo sore, Pie tak dok, nok jg anok sore, payoh, tiyok tgh male gak, sapo nok caro. Na gi kijo pagi, balik pete, siye la ko anok, kecik lagi nok tinggal ko ore, biar la ma jago...bla bla bla".

Oh...aku akur dengan ma, aku tahu, ma amat sayangkan cucunya dan anaknya ini, tidak mahu anaknya bersusah payah di kota metropolitan ini. Dan, aku berjanji, usia Iman 5 bulan aku akan bawa Iman bersama-sama aku ke KL, walaupun mengikut perkiraan aku, usia pembelajaran suami akan tamat pada usia Iman 8 bulan. Aku tak berseorangan, kakakku membantu aku menjaga aku dan Iman sepanjang ketiadaan suami di Semenanjung. Maklum la, baru bergelar ibu, sangat kurang pengetahuan.

Iman setahun

Tatkala berjauhan dengan suami tersayang, Engkau menguji tahap kesetiaan seorang isteri. Kesetiaan ku diuji, fuh sangatlah mencabar! Hanya Tuhan yang mengetahui Segala-galanya. TQ Allah menyedarkan aku tentang hal ini.

Bersambung!

4 comments:

IDAZS said...

kak, tak sabar nak baca diari mama II...

Allah tau kak diana kuat. sebab tu diuji...

Ya, sangat perit berjauhan dari suami... saya pun mengalaminya tapi sehingga kandungan 4 bulan kot...

- dieyana - said...

ermmmm..ye lah da...semoga menjadi kuat utk selama2nya..insya-Allah..tunggu episod dua!

~ Ida ~ said...

Alhamdulillah kerana Diana dapat melalui segala dugaan...dan semoga sentiasa tabah kiranya ada dugaan lain yg mendatang.

Nanie-Izailani said...

k.diana..nani tak snggup nak dok berjauhan dgn suami!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...