Tuesday, June 29, 2010
Kami Gembira-Alhamdulillah....
Monday, June 28, 2010
Sejuk Mata ... PASRAH!
Dan, sebagai memuaskan hati aku di tengah hari ini, demi menjaga perasaan tertekan ini, demi menyejukkan mata, maka dipersembahkan
Sampai sudoh la tok leh hok ni...pasrah! Kalu buleh hok ala2 gini pun tk po la, jadi lah. Jadi, peringatan kat ku hok tk berkemampuan ni gak, beli hok longgok2 sudahhhh. Jangan perasan la nok buleh hok supo atah ni. Ehehehe, rasa lega apabila melihat gambar di atas. TENGOK saje ye
Thursday, June 24, 2010
Abang Rajuk, Mama Serba Salah
Situasi A
Gedegum! (lebih kurang la bunyi nya...)
Mama: Iman! Iman tolak adik??? (Mata mama menjegil ke arah Iman). Apa Iman ni, adik tu kecik lagi!!! (Dengan nada yang GARANG mcm singa lapar). (Sambil angkat si adik, terus masuk bilik, digosok2 kepala adik yang jatuh atas simen).
Iman: Iman tak tolak adik, adik tu ha ... ambik mainan Iman. Bla bla...(bnyk alasan).
Situasi B
Gedegum! (Adik menangis-adegan spt di atas)
Mama: Iman, kenapa tolak adik, adik tu kan kecik (bersuara LEMBUT, sambil menggosok2 kepala adik). Lain kali, Iman jangan wat gini tau, nanti kalau kepala adik bengkak+darah, kena g hospital. nanti Iman tak dapat kawan ngan adik (dgn panjang lebar, bersuara LEMBUT menasihati si abang).
Iman: Ala mama ni, nanti Iman boleh kawan orang lain. Iman ramai kawan. Nanti mama bawa la adik pergi hospital (panjang lebar juga si abang memberi alasan).
Suatu hari 2:
Tiba2 si abang bersuara,
Iman: Iman tak nak kawan mama.
Mama: Kenapa pulak?
Iman: Mama tak sayang Iman, mama selalu garang dengan Iman.
Mama: Isy, mana ada mama garang dengan Iman, mama sayang Iman.
Iman: Hari tu, mama marah2 Iman.
Mama: Hari tu Iman tak dengar cakap mama..bla bla... bla
(Iman terus berlalu pergi, bermuka masam, seolah2 mahu pujukan/perhatian barangkali).
Aduhai....
Bagaimana anda menghadapi situasi yang begini? Apabila berlaku adegan seperti di atas, mampukah anda setiap masa berkata2 lembut? Kita, sebagai ibu, tidak mahu terlalu garang dengan anak2, tetapi, kadang kala, perasaan tidak sabar menguasai minda, sehingga kita tidak sedar, perlakuan kita telah menyebabkan anak-anak akan berkecil hati. Sejauh mana pun kelembutan yang ada pada seorang ibu itu, pasti kadang kala akan goyah. Paling tidak pun, mulut akan membebel2 merungut itu ini. Kadang kala, suami akan meredakan kemarahan kita..."Awak, jangan la garang sangat dengan anak2 tu, cuba la kawal sikit perasaan marah tu"-suami memujuk isteri dengan penuh kelembutan. Chewah!-(Ini kes mama garang, papa cool..hahahaha)
Aku dan Air Mata
Iman yang semakin banyak bertanya itu ini. Fuhhhh....berpeluh mama/papa nk menjawab.
Dalam kesedihan itu juga, aku berasa kagum dengan ketabahan si ibu/bapa dalam menghadapi ujian dari Tuhan. Sesungguhnya, Tuhan Maha Adil, Maha Penyanyang, segala yang diatur-Nya, adalah yang Terbaik untuk hamba-hamba-Nya. Kami, yang sempurna, fizikal dan mental, memanjat rasa kesyukuran kepada-Nya. ALHAMDULILLAH. Apa saja ujian yang diberi Allah, PASTI ada hikmah di sebaliknya. Tak kira cepat atau lambat, Allah pasti menjanjikan sesuatu yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya. INSYA-ALLAH...
Thursday, June 17, 2010
Sakit Mata?
Friday, June 11, 2010
Lot 1290!
Alhamdulillah, tepat pukul 9.30 malam semalam, kami sekeluarga selamat sampai ke "serambi Mekah". Dengan keadaan jalan raya, yang agak penuh dengan kenderaan, dari bandar raya Kuala Lumpur sehingga ke Pasir Mas, kami sampai agak lewat daripada biasa. Apa2 pun, kami rasa syukur, selamat sampai ke destinasi. ALHAMDULILLAH.
Sekian, laporan ringkas Dieyana yang bersiaran di Lot 1290!
Thursday, June 3, 2010
Jamu Mata Aje Lah....
Ini hasil selepas berbuka, berehat, pukul 9.00 malam, masuk dapur untuk sesi ke-2. Kek coklat kukus, itupun senget-benget keknya...:-) (abaikan hiasan yg kelakar tu ye...uhuk)
*Sila la MENJAMU MATA...ahahha, jgn marah ye!