Thursday, June 24, 2010

Abang Rajuk, Mama Serba Salah

Suatu hari 1

Situasi A
Gedegum! (lebih kurang la bunyi nya...)

(Si adik menangis 'selok')

Mama: Iman! Iman tolak adik??? (Mata mama menjegil ke arah Iman). Apa Iman ni, adik tu kecik lagi!!! (Dengan nada yang GARANG mcm singa lapar). (Sambil angkat si adik, terus masuk bilik, digosok2 kepala adik yang jatuh atas simen).

Iman: Iman tak tolak adik, adik tu ha ... ambik mainan Iman. Bla bla...(bnyk alasan).


Situasi B
Gedegum! (Adik menangis-adegan spt di atas)


Mama: Iman, kenapa tolak adik, adik tu kan kecik (bersuara LEMBUT, sambil menggosok2 kepala adik). Lain kali, Iman jangan wat gini tau, nanti kalau kepala adik bengkak+darah, kena g hospital. nanti Iman tak dapat kawan ngan adik (dgn panjang lebar, bersuara LEMBUT menasihati si abang).

Iman: Ala mama ni, nanti Iman boleh kawan orang lain. Iman ramai kawan. Nanti mama bawa la adik pergi hospital (panjang lebar juga si abang memberi alasan).

Suatu hari 2:
Tiba2 si abang bersuara,
Iman: Iman tak nak kawan mama.
Mama: Kenapa pulak?
Iman: Mama tak sayang Iman, mama selalu garang dengan Iman.
Mama: Isy, mana ada mama garang dengan Iman, mama sayang Iman.
Iman: Hari tu, mama marah2 Iman.
Mama: Hari tu Iman tak dengar cakap mama..bla bla... bla

(Iman terus berlalu pergi, bermuka masam, seolah2 mahu pujukan/perhatian barangkali).

Aduhai....

Bagaimana anda menghadapi situasi yang begini? Apabila berlaku adegan seperti di atas, mampukah anda setiap masa berkata2 lembut? Kita, sebagai ibu, tidak mahu terlalu garang dengan anak2, tetapi, kadang kala, perasaan tidak sabar menguasai minda, sehingga kita tidak sedar, perlakuan kita telah menyebabkan anak-anak akan berkecil hati. Sejauh mana pun kelembutan yang ada pada seorang ibu itu, pasti kadang kala akan goyah. Paling tidak pun, mulut akan membebel2 merungut itu ini. Kadang kala, suami akan meredakan kemarahan kita..."Awak, jangan la garang sangat dengan anak2 tu, cuba la kawal sikit perasaan marah tu"-suami memujuk isteri dengan penuh kelembutan. Chewah!-(Ini kes mama garang, papa cool..hahahaha)

Itu baru dua anak, dua-dua hero, bagaimana la dengan mereka yang mempunyai lebih drpd 2? Sentiasa berlembutkah mereka? Dalam membina keluarga, ada tak ibu bapa yang seumur hidup mereka, tidak pernah bersikap garang pada anak2? Isy, takkan sepanjang masa-"ala sayang anak mama, muah muah..." Terlalu manjakan anak juga tak boleh, garang sangat pun tak boleh, 'yang sedang2 saja'? Tapi bagaimana mahu bersikap 'yang sedang2 saja', aduhai...anak2.....

2 comments:

~ Ida ~ said...

Masa Syafiq besar Iman pun pernah k.ida marah2 cam singa lapar gak..(ayat diana...hihihi), tapi lepas beberapa hari kita akan rasa menyesal yg sangat2.
Abang selalu ingatkan isterinya ni supaya kawal sikit kemarahan tu pada Syafiq (ngan Julia k. ida jarang marah)..
Tapi..iye x ye kan Diana..camne la dgn para ibu yg ramai anak tu...sabar betul mereka.
Semenjak rasa menyesal tu...tiap kali nak marah, k.ida dah boleh kawal sikit serta masukkan unsur2 nasihat untuk dia....emmm

- dieyana - said...

ye la kak, kta ni bukan nk marah2 kat anak2 nih, tp, bila bdn kita letih, ank wat perangai lak, ha apa lagi, tp mmng nyesal lps tu. time dia tidur, ms tu la sy cover balik, ckp kat dia, mama sayang iman...iman kena jadi ank baik...tiup2 sikit kat ubun2 dia...huhuuhuh.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...