Friday, July 30, 2010

'Ia' Pulang Bersama-sama Kami!

Pening2 ... yang mana satu ni? Muka masam mencuka, sakit kepala ... balik rumah, tanpa ada hasil seperti mana yang dibincangkan. Sebulan selepas itu, pergi lagi, pusing-pusing, balik rumah lagi, belum berhasil. Dan akhirnya! Tanggal 5 Julai 2010, ia berhasil, lalu pulanglah DieyanaIman WafiyHanapi membawa 'ia' pulang bersama-sama kami ke rumah. Dan 'ia' akan menjadi bekalan sampingan petang Wafiy di petang hari di rumah pengasuh, sementara ku sampai drpd ofis. Sekiranya bekalan tetap Wafiy mencukupi, bekalan sampingan itu tidak akan diberi kepada Wafiy.
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Dutch Lady 123 (honey) 650g! Itulah 'ia'!
Sehingga ke hari ini, 650g tu masih belum habis. Kata pengasuh, kadang kala, ada hari, 3 botol bekalan, cukup untuk Wafiy, jadi tk perlulah minum susu tepung. Kadang2, bila dah petang tu, Wafiy mintak susu lagi, pengasuh akan bancuhlah DL 123 untuknya, 4 oz, kadang minum abis, kadang 2 oz aje. Erm, apa2 pun, Wafiy, mama reda, jika itu kehendak-Nya. Mama harus terima kenyataan. Apa-apa pun, mama tetap setia dengan Avent, sedaya upaya tetap memberi bekalan untuk Wafiy, sedaya yang boleh (kurus kering mama) Mama sebenarnya takut nak hadapi kenyataan, yang suatu hari nanti Wafiy tidak menempek dengan mama lagi. Ya, suatu hari ia akan berlaku. Mama pasrah, semakin hari Wafiy semakin membesar. Mama tahu itu! (Ibu menyusu tentu faham perasaan aku kan? Dan, pengalaman bercerai susu tentu amat perit untuk dihadapi oleh ibu2 di luar sana. Entah bagaimana perasaan aku nanti apabila berlaku ke atas aku nanti. Sesungguhnya, pengalaman menyusu anak ialah pengalaman yang paling berharga, paling manis bagi seorang yang bergelar ibu!).

4 comments:

ibudhani said...

sy x penah lg experience cerai susu.... mei thn dpn abg abes susu....trase la kesedihannye walau x penah rs.....

apalagi diana...plan utk adik wafiy la jwbnye kalo rindu nk BF anak lg...heheh......

~ Ida ~ said...

Jangan sedih sangat diana..dah usaha..tapi kalau Allah x berkenan..kena redha juga la :(

dah bertahun berlalu..pengalaman BF anak2 tetap kenangan berharga pada k.ida juga.

- dieyana - said...

ibudhani, skang ni diana masih terus menyusu wafiy, belum cerai lg, susu formula tu top-up utk ptg di rumag pengasuh, kat rumah tetap menempek, hehehe, adik wafiy? ehehhe. ibudhani dh sihat?

k.ida-yup, reda....

Unknown said...

apa2 semoga berjaya menyusukan adik wafiy dengan susu ibu.....amin....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...