Friday, August 6, 2010

Catatan Ringkas Cameron

31 Julai 2010:
- Kami ke Cameron, itu pertama kali sampai situ. Tempatnya, boleh tahan.... Tapi perjalanan ke sana, amat memenatkan. Tak banyak tempat kami jelajahi.
-10.30 pg-bertolak, berhenti sekejap2 di Perhentian Rawang, Tapah, dan melalui Simpang Pulai, sampai di Brinchang, jalan sedikit jem, dan akhirnya sampai di Tanah Rata dan menuju ke penginapan Rumah Persekutuan Cameron Highland-3.00 ptg.
-Mata dah penat, badan dah layu-pening2. Berehat/Tidur.
- 5.00 petang, bersiap sedia untuk ke Healthy Farm, bersebelahan rumah penginapan, tiba2 hujan turun, aktiviti terbantut seketika. Hujan reda-ke Healthy Farm-makan2 aiskrim.
-6.00 petang baru start jalan. Kemudian ke pasar malam Brinchang sehingga malam, mencari2 tempat makan...dan balik ke rumah penginapan semula. Rasa sejuk mula mencengkam sehingga ke tulang. Sembang-sembang keluarga. Tidur....

1 Ogos 2010:

-9.00 pagi-jalan2ke pasar tani Brinchang (ye kot), pusing2 cri tempat sesuai untuk singgah-bergambar di Strawberry Park Resort, ke Kasi Manis, tp tk turun, tk menarik.

-11.00 pagi-check out, ke pasar (entah apa nama, cari2 sayur/apa saja yg sesuai untuk di bawa balik ke KL).

-Kemudian ke Pick Up Your Own Strawberries-kat sini sedikit seronok, tapi tempat mengutip strawberry dihadkan kepada 3 org sahaja.

-2.00 petang-ke ladang teh.

-3.00 petang-Bharat Tea-singgah minum teh (badan dah tak bermaya).

-4.00 petang-Balik KL.








-Pendapat tentang Cameron, kena pergi lebih hari sikit-3 hari 2 malam, baru boleh melawat banyak tempat, Kaktus tak pergi, Taman Rama-rama tak pergi....
-Dalam banyak2 tempat, kami suka ke pasar malam Brinchang, jalan-jalan sambil makan jagung bakar, syoknye!!!! Dan, kami suka suasana petang/malam Cameron yang sejuk!
-Yang paling tak syok di pasar malam, apabila anak2 mintak nak beli itu ini, yang tiada kepentingan, mainan ntah apa2, kat KL pun berlambak. Sabar aje lah.... Dan, jalan untuk sampai ke Tanah Rata-pusing2 macam ular kena palu, buat badan jadi lemah (ku sudah pening/pucat!). Sangat le tidak syok!

1 comment:

~ Ida ~ said...

Syoknya jalan2 ye. Memang betul diana, nak ke Cameron ni kena 3 hari 2 malam..baru x letih sangat..bukan apa..perjalanan panjang dan meletihkan (lain la kalau ada helikopter sendiri...hahaha..kejap je sampai), setiap tempat pula luas..penat juga walaupun tmpnya cantik2 pas tu tempat sejuk..mata asik nak tido je sebab sesuai ngan cuaca...hahahaha..x puas kalau tido 1 malam je kan...Tahniah la sebab dah sampai sana.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...