Wednesday, November 28, 2012

Mandi Wiladah

Perkongsian ilmu- sesama kita :-)

MANDI WAJIB WILADAH DAN NIFAS ADAKAH SAMA?

Soalan: Saya seorang perempuan yang baru melahirkan anak. Masalah saya, adakah saya perlu mandi wajib nifas selepas saya habis pantang (berhenti darah nifas) sekali sahaja. Kerana saya ada mendengar bahawa seorang perempuan bersalin, perlu mandi dua kali iaitu mandi wajib wiladah dan mandi wajib nifas. Minta penjelasan? (Anis-PMM)

Jawapan: Sebelum saya menjawab soalan tersebut, elok saya definisikan maksud wiladah dan nifas. Wiladah ialah bersalin dan nifas ialah darah yang mengiringi wanita bersalin. Oleh itu wiladah dan nifas adalah dua darah yang berbeza. Oleh sebab itu perempuan yang bersalin perlu mandi wajib dua kali iaitu mandi wajib wiladah dan mandi wajib nifas. Ulama’ fiqh mengatakan bahawa diwajibkan mandi wiladah kerana mereka menyatakan bahawa wiladah adalah sama dengan air mani. Oleh itu wajib mandi disebabkan keluar air mani. Masa mandi wajib wiladah adalah sebaik sahaja dia mampu bergerak untuk membersihkan diri. Wallahu a’lam.
   
Sumber: http://www.pmm.edu.my/pusatislam/index.php?option=com_content&view=article&id=15:mandi-wiladah-dan-nifas&catid=4:soal-jawab&Itemid=17

**(Sebelum ini, saya pun tak tahu tentang mandi wiladah, tapi cepat diberitahu oleh ma saya, selepas melahirkan anak sulung saya-Iman.)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...