Wednesday, November 28, 2012

Pengalaman Pertama di Bilik Bedah

Selepas bersalam dengan suami, 'mintak ampun, salah silap bini mu ini' ;-), katil ditolak, sebelum masuk bilik bedah, katil saya di parking di luar bilik. Seriau, ngilu sudah terasa, dah terbayang 'pisau' atau alat pemotong melalui perut, dan perut saya akan 'dikebek', ala, macam dalam tv tuuu ... aduh, ngiluuu!! "Nurse, berapa jam saya kat dalam tu nanti? Saya berdebar ni nurse." "45 minit aje. Jgn takut, insya-Allah, doa banyak2." "45 minit aje? Lama tu nurse!" Dalam kegigilan, sempat lagi saya pot pet2 dgn nurse tu. Ya Allah, selamatkan kami....

Di bilik bedah. 
Mata saya rabun teruk, tak dapat melihat dgn jelas suasana dlm bilik tu. Yang jelas, badan saya kesejukan yang amat -suhunya sangat sejuk tau!  Sudahlah ketakutan, kesejukan pula!  Yang memalukan pula, diri ini ditelanjangi macam tu aje! Bersalin kedua-dua anak sebelum ini, bogel ke hape, tak peduli dah, kerana menahan sakit kontraksi yang maha hebat tu, tapi kali ini, dah la tak sakit dan tiada kontraksi langsung, yang ada cuma perasaan yang bercampur baur. Adoi malu! Apa boleh buat, dah begitu caranya.

Sebelum dibedah, saya diingatkan buka segala besi, emas, yang ada di badan, gigi palsu jika ada. Kemudian, diberi minum air putih sejuk, (tak tau untuk apa, dan disuruhnya saya peluk bantal dengan kedaan duduk, disuntik bius dibahagian belakang-pinggang sebanyak 3 suntikan-bius separuh sedar.)

Beberapa minit kemudian, nurse uji kekebasan ubat bius dgn mencucuk jarum di badan saya. Kerana tidak tahan kesejukan, saya mengadu sejuk dengan nurse. Sejenis alat seperti salur paip panjang, diletak di muka saya, (sepanjang pembedahan, alat pemanas itu dipasang). Barulah reda dan selesa.

Bahagian atas badan saya (muka) penghadang diletak, jadi saya tidak nampak apa yang doktor lakukan sepanjang pembedahan.

Pembedahan bermula.
'Srettt' (seolah2 begitulah tafsiran saya apabila perut 'dihiris') ... beberapa nurse menemani saya, "Puan, doktor dah mula tu, puan okey ya?" Mulut terkumat kamit membaca doa, zikir, itu ini ...lagi 'srettt'. Tidak berasa apa2 pun, tapi kepala saya membayangkan keadaan apabila perut dihiris. Saya melihat atas -terdapat cermin- konon nk tgk keadaan perut saya, dan bagaimana pembedahan dilakukan, tp tk nmpk apa2 pun-lupa daa-ai rabun la! ^_^

Dalam perut ni berasa seperti digolek2, "nurse, doktor tengah buat apa tu?" Hahah, banyak tanya pulok saya  Tapi nasib baik nurse tu releks je melayan saya, "Doktor tengah nak ambik baby tu." Terasa objek (baby) digolek2, dan berasa seperti dikorek. Sedikit sakit dan ngilu masa  baby dikorek keluar. "Adoi!" sedikit mengaduh. "Kenapa puan, nampak seperti berkerut, puan okey ke?" tanya nurse. Terdengar suara doktor, "okey! 1st twin dah keluar!" Dan, sesaat lebih kurang, ada golekan lg, korekan kedua, "2nd twin!" Alhamdulillah, kedengaran tangisan my twin! Rasa sebak, gembira, mendengar tangisan my twin.

Ketika doktor sedang 'menutup' perut saya, nurse bawa second twin ke kepala saya. "Puan, yang ni 2nd twin, 1st twin pun muka mcm ni, kembar seiras, puan." Ya Allah, wanginya anak saya. Terdetik dalam hati, kenapa nurse tunjuk 2nd twin je, mana1st twin?

 Mak mentua, saya dan anak2 (tk comey betul 2 hari lepas bersalin - perut macam mengandung 5 bulan ;-)
Kata Iman, "Mama tau tak, masa papa cakap mama dah beranak, Iman sedih, Iman nangis tau! Iman rindu kat mama." Terharu mak, nak!

Alhamdulillah, selamat bersalin, tapi saya masih tertanya2 my 2nd twin. Beberapa minit selepas pembedahan, doktor beritahu satu perkhabaran. "puan selamat melahirkan twin, 2nd twin okey, dibawa ke labour room, tapi puan, yg 1st twin kita terus hantar ke NICU, kerana tadi puan banyak kehilangan darah, 1st twin turut kehilangan darah, terdapat masalah pernafasan padanya. Ya Allah, luluh hati saya, rasa berdebar2, dan risau yang teramat. Patutlah tadi hanya 2nd twin ditunjuk kpd saya, Ya Allah, selamatkan anakku....


(** Bercerita mcm la org lain tk pernah bersalin/masuk bilik bedah kan? ;-) Sekadar berkongsi rasa, maklum, pengalaman pertama, haruslah dirakam di blog.)

3 comments:

IDAZS said...

seramnya baca. terus dup dap dup dap

NanieZara said...

seramnya pengalaman k.diana ni...kenapa yg twin ni kena czer yer k.diana?

Anonymous said...

Malu memang teramat malu kalau terpaksa membuat tayangan percuma di depan lelaki selain suami.

pengalaman bersalin di HKL tahun 1994 masih segar dalam ingatan, masuk je Labor Room terperanjat bila nurse suruh bertelanjang....

dalam tu ada dalam 10-11 orang ibu2 yang hendak bersalin...sebelah katil saya ustazah sekolah rendah, sepanjang masa mengucap je ustazah tu, malu kata dia, tak sangka dorang suruh buat mcm nih..bertelanjang yer samalah dengan saya jugak bertelanjang bulat...

doktor pulak muda2 belaka, majoriti doktor lelaki india dan singh...
lepas tu serik tak pergi dah bersalin di hospital kerajaan, sanggup keluar duit ke swasta, sekurang-kurangnya bahagian yg perlu sahaja dibuka....

pn faridah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...