Tajuk ala2 macam artis dok? ;-) Tapi ini bukan Fiz Feruz/ Neelofa. Ini Dieyana, Neelofa-'Needieyana' aci? ^__^ Entri hari Khamis, sekadar bebel/coret2 Jangan marah ya.....
~ Cuba
BW blog2 feveret -banyak entri tertinggal, nanti lapang sy akan kunjungi blog2 best ni;-)
~ Nak makan
Wendy's! (friesnya sedap!)
~ Lama tak shopping tudung/kain pasang, g kerja duk pakai hok sama jah! ;-)) Mak pun nak 'janguk' jugok! ;-))
Irma yang comel! (Sumber: Google)
~
Jumaat (rehat tengah hari-panjang) adalah hari terbaik shopping.
~ Sabtu-Ahad lebih banyak di rumah. Sebelum ni, kalau Sabtu/Ahad, saya memang tak boleh duduk rumah, nak juga berjalan2 (kakisukaberjalan? ;-),Sejak ada kembar, anak pun dah 4, rutin bnyk berubah. Sabtu-Ahad lebih suka di rumah, tak de lah meroyan macam dulu nak keluar berjalan2 ^_^. Inilah masa terbaik melayan anak-anak/kemas rumah bla bla bla. (Sesekali dapat keluar, ha, tergedik2 melompat, bukan anak yang melompat, maknya yang melompat ^_^
~ Di rumah, pembahagian tugas dilakukan. Baju sekolah Iman, sental-menyental, bagi suami ;-)) Baju kembar, tak perlu sental, saya rendam n cecah2 je, baju baby bukanlah kotor sgt pun. (Kalau baju baby, saya jarang2 basuh mesin...) Pagi2 kalut nak kejar ke opis, laki bini kenalah kerjasama, kalau tak, memang tak sempat! Suami berkejar hantar Iman & Wafiy ke taska-naik van ke sekolah, kemudian kami berkejar hantar kembar rumah pengasuh.
~ Bab masak - tgk kelapangan, kalau kembar tu elok, saya akan masuk dapur. Setakat goreng ikan, msk nasi tu, okeylah, gulai2, serah kat suami lah! ;-)) Kalau laki bini dah 'malas' sgt, tapau lauk je lah! ;-) Tapi kalau Iman/Wafiy request nak bihun/mi goreng (feveret), saya akan cuba juga masak utk mereka-katanya, "bihun mama sedap". Saja nk 'bodek' mama la tu!
~ Bekalan sekolah - paling tak sempat, sediakan roti telur (Kata Iman, "mama ni, roti telur, roti telur, roti telur," . "Okey kita tukar, roti sosej pulok, okey!" "Mama ni, roti, roti roti... ^_^..ada saja jwpnnya! (Mama bukan kreatif sgt nk masak itu ini, mama tau roti, telur, roti, sosej ;-))
~ Sesekali suami akan bw anak yang dua lagi naik motor, 'pusing kampung', katanya..(kampung sentul, aci?;-))
~ Kerja sekolah iman n wafiy, suami yang bnyk tengok. "Mama2, tgk homework wafiy ni." "Mama, tgk homework iman ni," Kalau dah "mama, mama, mama", kenalah tengok/beri perhatian kan....
~ Kat rumah tak ada masa duduk2 goyang kaki, ada saja benda yang nak buat, goyang kaki time menyusu kembar, itulah time mak nak rehat....
~ Tak kira waktu, tengah malam, pagi2 buta, kalau dah bangun, kemas rumah-lipat kain, jemur kain, mop lantai, pam susu, sedia beg baju anak2, sedia beg pam susu ke opis, ada saja kerja yang nak buat. Pukul 2/3 pagi - 'kokah2' buat itu ini- Masa ma datang rumah selepas sy bersalin hari tu, ma kata rumoh na ngosek(berhantu) ko? Tengah2 malam bunyi 'koh keh koh keh' ;-) *kohkehkohkeh"-bunyi sesuatu.
~ Memerlukan tenaga yang lebih, kalau tak, lembik - melepek la saya ni yang dh memang kurus cekeding, tambah lagi menyusu dua serentak. Untuk mengembalikan tenaga, saya ambil supplement Shaklee-set breastfeeding, alhamdulillah, sangat2 membantu (dengan Izin-Nya). Bukan saja bertenaga, malah, susu juga cukup untuk si kembar ... moga terus diberi kesihatan ini...amin. Saya bahagia dengan kehidupan sekarang! ;-) (Eh tetiba ^_^)
~ Nak cuba satu lagi produk shaklee-ESP, tambah susu juga dan kelebihan2 lain. Beranak kecik ni kena la ada supplement kan, nak jaga menyusu kembar, kerja rumah, kerja2 di opis. Semua tu memerlukan stamina yang lebih. Yang tak de anak kecik pun, letih, kurang tenaga, boleh cuba Shaklee ni. Yang penting, kena disiplin, makan supplement ikut time yg ditetapkan.... (iklan tak berbayar, heheh)
~ Pengepam tegar, sibuk/tak, pam tetap kena pam, kalau ikutkan sibuk di opis, memang tak ngepam lah jawabnya! (Pernah satu hari di opis, saya skip waktu pam, balik rumah - bengkak yang amat, demam! Serik!
~ Elak/kurang makan/minum yang boleh jejaskan penghasilan susu .. seperti ais, minuman berkafein
~ Teringin nak makan di Restoran Tat Nasi Ayam-ada yang penah mkn? Kata suami, sosnya sedap, turut diakui oleh anak saya, Iman. "Sedap, sedap, sedap, mama!" Cwgn kat Rampai Busines Park, Wangsa Maju-tapi ada cakap service kat situ lmbt. Apa kata survey?
Sumber:Google
Okey, dah cukup bebel2 ... ;-))
(Nota Dieyana: Apa2 pun, bersyukur, ada orang lain yang lebih 'sibuk' daripada kita, semuanya telah diatur cantik oleh DIA. DIA beri sesuatu kepada kita kerana DIA lebih mengetahui akan kemampuan hamba-Nya.Semoga dipermudahkan-Nya. Terima kasih ya Allah atas rezeki dan kurniaan-Mu ini.)