1) 20 hari lebih saya berpantang (selepas
bersalin) di KL. Sepanjang tempoh berpantang di KL, orang yang paling sibuk dari
tarikh saya bersalin tentunya suami
saya. Sepanjang 9 hari saya di hospital, dibawanya bubur nasi
kosong, (nasi lembik/basah)+ikan haruan bakar!), tiap2 hari berulang alik dari Sentul ke Hospital Selayang Bila lagi nak
berbakti kat isteri kan. Terima kasih Hanapi, tanpa yu siapalah ai ^_^ Sepanjang tempoh itu juga dia jaga/uruskan Iman
n Wafiy, Selepas saya balik pantang di kampung, barulah lega sedikit suami
saya, Wafiy saya bawa balik kampung. Suami yang sangat2 boleh diharap, sediakan
makan untuk anak-anak, kemas rumah, lipat kain, basuh baju, bla-bla. Sebelum
pergi mengajar, pagi2 sediakan ikan, nasi, air mandian untuk saya. Saya hanya
mandikan baby saja.
Suami dan Ba @Roti Boy Wangsa Walk 2 tahun lepas
Dalam tempoh berpantang tanpa
ditemani orang tua. Ma dan Ba kat kampung risau, “boleh ke Na, jaga kembar.” Saya sentiasa yakinkan mereka, “insya-Allah buleh, ma jange rusing.”
Alhamdulillah, di KL, kembar tak banyak kerenah, dan tiada ‘gangguan’ yang
bukan2. Pertama kali saya mandikan sendiri baby, menggeletar tangan nih. Kembar
dilahirkan 2.1 kg setiap orang, sangat kecik, gerun! (Dua anak sebelum ni, ma
yang buat semua! Tetiba anak ketiga ni buat sendiri, boleh
rupanya! Nak tak nak kenalah kan!) Yakinlah Allah itu maha adil, Dia telah
memberi laluan mudah kepada kami, Secara lahiriah, kelihatan seperti sukar
menjaga dua baby sekali gus, nak jaga abang2 dia lagi. Tapi yakinlah, Allah bersama-sama
kita, walaupun kembar, tapi menjaganya macam biasa, yang lebihnya, apa2 yang
dibuat, kena dua kali, mandi, 2 kali, ada satu je serentak, menyusu. Dua-dua melalak, kenalah serentak ;-) Fokus, yakin kita boleh, insya-Allah
dipermudahkannya, Kalau kita fikir susah, maka susahlah jadinya, jika kita
fikir, senang, insya-Allah, senanglah ia.
Ma yang sentiasa 'muda'
2) Orang yang paling sibuk juga
tentunya keluarga saya terutama Ma dan Ba.
Ketika mahu ke bilik bedah, Along
(kakak sulung saya) call, menangis, risau agaknya adiknya nak bersalin kembar.
;-)). Along banyak memberi semangat kepada saya. Dan banyak bantuan kepada
saya. TQ Along! Bila tahu saya ke hospital, ma dan ba solat hajat utk anaknya. Apabila diberitahu 1st
kembar di ICU, lagilah ba resah, mohon perlindungan Allah Taala agar anak dan cucu2nya
sihat. Tq ma dan ba!.
Ma datang dengan adik bongsu ke
KL, saya memang tak nak ma saya datang, tk nak susahkan dia. Dari awal saya
mengandung ketiga ini, dah nekad (konon), tak mahu susahkan ma, mahu pantang sendiri di KL, mahu uruskan
sendiri, suami pun cakap ok. Tapi ma tetap
kesiankan saya, n anak2 yang dua lagi, ma datang KL juga (susahkan ma lagi) Katanya, “Na beranok kembar. sapo nak jaga makan
minum Iman n Wafiy. Tak lupa dibawanya
ikan haruan dari kampung, ketika di kampung pun, ba ke pasar belikan haruan. Itulah
kasihnya seorang ibu, ayah....TQ Ma dan Ba!
Keluarga saya yang amat memahami
3) Tak lupa adik perempuan bongsu saya, banyak tolong saya jaga cik kembar, ulit
cik kembar tidur, memang adik perempuan saya ni rajin jaga anak-anak saudara. Selawat dgn suara nyaring dia tu, sampai anak-anak sy
tertidur. Tq adik! Tapi kena tgk mood dia juga, kalau moodnya tak bagus,
ha....disuruhnya pun tak paling doh! ;-)
Adik bongsu saya yang rajin berdukung (mood kena jaga, kalau tak 'habislah' saya tanpa bantuan dia..;-)
4) Adik
lelaki saya. Banyak tolong itu ini. Kejap g beli stok sekut, kejap g beli susu Wafiy - TQ Chik. Pernah satu malam dia berjaga,
jaga cik kembar ... besoknya pening, tk cukup tidur. hahah. Baru tau!
5) Ma tak lama di KL. Lepas ma
balik Kelantan, ma mentua pula yang ambil
alih, tolong tengok2 anak-anak saya. Urus makan minum mereka. TQ Ma!
6) Tak lupa mok/nenek (mak ma saya) umurnya hampir 90-an. Tak kuat
sangat dah, bolehlah tolong riba cik kembar
malam2. (Kat kampung kembar dah mula
tunjuk perangai-siang mengantuk malam berjaga ;-)) Mok tolong riba.. sambil
bebel2. Part ni tak suka. Selamba je Wafiy, nenek ni suka ‘bobel’ la (bebel)
hahah. Biasalah orang tua kan, ada je tak kena di matanya, ai telan je walaupun
perit! Hihkihk...
TQ semua! Saya bangga punyai kamu semua! Sayang kamu-kamu! Terima kasih semua atas semangat, bantuan yang diberi. Kegembiraan
kamu adalah kegembiraan saya juga. Ya Allah berilah perlindungan kepada
orang-orang yang saya sayang ini. Untuk anak-anak lelaki saya jika esok2 kamu
terbaca blog mama ni, pesan mama, ingatlah jasa ibu bapa kamu (termasuk ibu
bapa mentua. Berbaktilah kepada ibu bapa kamu dan jgn kamu lupa isteri dan
anak-anak kamu (cewah, agak2 ada lagi ke blog saya nih nanti? ^_^).
1 comment:
tersentuh gile bace artikel ni.. siap jatuh lak air mata lelaki. haha. tp siyes, tersentuh
Post a Comment