Lagi2 entri tertunggak berbulan2. jgn marah ya.... ;-)
Apa pantang-pantang? Pantang tengok, terus ngap? ;-))
1) Ikan haruan. Tiap2 hari! Tak berani nak makan sembarangan, risau
mok cik tau! Luka dalam, makan mesti jaga! Sup, bakar, sup, bakar, berselang2 haruan dan selar ... 60 hari tau! Makan nasi lembik
panas2 ... mabeles! ;-))
sumber:google
2) Pati gamat Healin (perasa asli) - 2 kali sehari-setiap pagi dan
sebelum tidur. Luka luar dah sembuh,
luka dalam siapa yang tahu kan!
3) Hok ni pantang tengok, terus ngap! ^_^ Seminggu 1 tin biskut jacob original cicah milo/susu. Hahahah, pecah rekod! Terkekek2 mereka gelakkan saya makan banyak!
Lepas mkn nasi sebumbung banyaknya, pekena pula biskut Jacob, paling sikit 10
keping sekali makan! Tapi Alhamdulillah, tak de lah gemuk pun, mana
nak sempat gemuk, cik kembar menyusu sepanjang masa ;-)
4) Bengkung. Selepas 11 hari
bersalin, saya pakai bengkung moden yang diberi kakak saya, khusus untuk mereka
yang bersalin secara c-zer, Best sangat pakai. Perut mesti jaga, tk mungkin dpt
bentuk asal mcm anak dara dulu, sekurang2nya tidaklah buncit/geleber. Alhamdulillah,
sy tiada masalah perut buncit, mungkin jenis perut tidak tebal. Insya-Allah,
dgn izin Allah ;-) Pakai bengkung jgn menyentuh tempat luka operate.
5) Berurut- selepas 11 hari bersalin. Saya diberitahu, bersalin c-zer,
tk boleh berurut sembarangan. Mak cik urut hanya urut/tungku bahagian bawah-kaki, tangan.
Satu sesi-berurut, tungku, bengkung (2jam)-. Ambil pakej 3 hari- RM 200.Selepas
25 hari di KL, balik kampung, sambung mengurut dgn mak cik yang dah biasa saya
mengurut.
6) Mandi air serai wangi terbaekk dari ladang! Sgt2 selesa n wangi. Di
KL, saya mandi guna mandian serai wangi yang segera-okey juga, tapi serai wangi yang fresh juga jadi pilihan. Insya-Allah dgn izin-Nya, segarlah badan
ibu yang berpantang. 50 hari mandi air serai wangi. Gigih mak saya tanam pokok
tu belakang rumah. Tq ma! Yang urus makan minum saya, basuh baju kembar,
tentulah ma saya. Mandikan baby, saya uruskan sendiri, Walaupun ma ckp, dia
okey, tapi saya tahu, letih jaga orang dlm pantang ni! Nak sediakan makan minum
Ba lagi kan, buat kerja rumah etc.
7) Tempoh pantang, fizikal, emosi mesti kuat! (masa ma nak
balik kampung, sedih sgt2, maklum saja, orang pantang ni jiwa agak sensitif. Kali
kedua sy sedih selepas tamat pantang di kampung. Saya bawa ma dan adik bongsu
ke KL, naik flight, kalau tak bawa ma, saper nk riba cik kembar sorang lagi
kan. Yang best, ma masak, ai tolong makan je! ^_^ Beberapa hari kemudian ba dtg
pula. Kali ni mereka lama di KL, hampir sebulan. Tiba masa mereka nk kelik
kampung, lagi sekali hati sy terusik, bukan sedikit, tapi teresak2, maklum
mereka lama di KL. Tanpa disangka2 ma yg susah nk keluarkan air mata tu pun
ikut sama menangis! Pesan Ba, “jaga molek anak2, Na, kecek molek dgn suami....”
ha, lagilah berjurai mata ni! ;-))
6 comments:
Bersalin c-zer ni memang kena pantang lebih sikit bab2 makan ni.. Saya lak hari2 makan sup ikan merah.. naik bosan dah ni...
syani...hikhihk. sabor aje lah ek...( ada yang ckp ikan merah bisa, tapi masa kat wad ritu, ada gak teman sebelah katil mkn ikan merah, katanya 3 kali c-zer, mmng mkn ikan merah...ok pula ya?)
akak nak bagi info ni kat adik akaklah...adik akak dah nak bersalin ni...In Sha Allah awal bulan depan dapatlah akak anak buah baru...sukaaaaa....
salam dieyana..
salam kenal..pinky momma tumpang duduk sini ya..ooh kite sama la yer..atas dah ada 2 boys kan hehe..
Salam dieyana..
oh.. baru habis berpantang ya.. Tahniah untuk anak kembar tu.. Alhamdulillah ada emak yang boleh menjaga time dalam pantang.. bila emak nak balik mmglah kita rasa sedih sangat kan..
Salam Dieyana,
Bagus gak Dieyana dok sebut pasal ni. Mak Aji bakal jaga menantu nanti semasa pantangnya sebab maknya masih kerja! Kalau dah lama sangat tu lupalah pulak cara menjaga org dalam pantang ni!
Post a Comment