Monday, March 3, 2014

Cik Kembar Dah Sihat + Restoran Siam

Salam Isnin ;-))

Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik, moga kita semua sentiasa di bawah rahmat Ilahi. Amin

 
(Beberapa hari selepas keluar wad) Ikut saper lah ni, dahi luas ^__^


Alhamdulillah, cik kembar dah sihat, makan banyok! ;-))

Cik Kembar: Perkembangan kedua-duanya lebih kurang sama

-1 tahun 5 bulan
-Gigi baru 6 batang ;-))
-Mula berjalan 1 tahun 2 bulan
-Kejap diaorang baik, main sesama, kejap bergaduh, berebut, ;-))
-Senyap aje, kata suami, "cer gi intai duk wat gapo dua beradik tu!"  Tengok2, duk tepi dinding, tengah koyak n makan kertas! Adoiii! Lepas tu sengih2! Aduhai cik kembar!
-Si Adik Ghufran-kuat menggigit abangnya, Ghazi. Memang selok lah teriok kena gigit, fuh...sampai berdarah2! Tapi dengan abang-abangnya yang lain tak nak digigitnya pula.Agaknya saudara kembar adalah saingan hebat kot! ;-))
-Adik lebih manja dengan papanya.
-Adik suka sangat tidur atas simen! Letak tilam toto pun, mesti cari simen jugop, sejuk selesa kot!
Abang lebih banyak mengalah
-Abang lebih banyak nak bergurau dengan adik, dipeluknya adik, diusapnya adik tapi adik kadang2 tak layan ;-))
-Dah banyak faham, kalau kita cakap/suruh sesuatu- jom mandi, terus menonong depan pintu toilet, selak2 baju, buang sampah kat dapur, menonong ke dapur, kita sebut 'stop', diangkat tangan. give me five, salam(shakehand), kalau kita ckp, kiss mama, kiss papa, terus diciumnya kita.
-Suka sikat rambut ;-))
-Adik tak suka kuih lembik2, adik sebaliknya.
 
 
Cepatnya masa berlalu, kan!


Som Tam pedas, sedap!
 
Area Sentul ni banyak kedai makan, terutama kedai siam. Antara kedai yang kena dgn selera kami,  'Restoran Azmi', apa entah namanya! ;-)) Pulut mangga, (anak saya, Iman memang hantu pulut) tom yam pok tek (betul ke eja?) memang sedap, kami suka! Suasana kedai pun selesa dan luas.
 

*Uols suka makan makanan siam?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...