Thursday, March 20, 2014

Wafiy ke Kidzania ;-))

19 Mac 2014
Lawatan 6 years Little Caliph Bandar Baru Sentul ke Kidzania, Mutiara Damansara
Bayaran lawatan sudah termasuk dalam yuran masa register awal tahun.
Breakfast dan lunch disediakan

Jom layan gambar  Adam Wafiy dan kawan-kawan sekitar Kidzania yang diwasup oleh Teacher Laila . TQ ;-))


Jadi chef, katanya. "Alahai anok ambe kecik moleknya.." macam mak dia ;-))



Mekanik, baiki tayar ;-))



Pada awalnya, "Mama, Wafiy tak nak pergi.... " muka cebek je!
Pujuk abangnya, Iman, "Pergilah Wafiy, seronok, nanti Wafiy boleh jadi bomba, pilot, Abang dah pergi dulu tau! Bla bla bla" ;-))
Masih cebek ;-))





Bersama-sama Teacher Laila-class teacher masa 5 years. "Adam Wafiy ni jadi feveret teacher2 kat Little Caliph, puan, kami suka usik dia" ;-))



Dah balik rumah, "mama seronok la... Wafiy jadi pilot macam MH370 yang 'hilang kat laut' tu. Tapi kapal terbang Wafiy tak hilang, melekat je kat dinding!" Hahahah
"Nak g lagi," katanya. Pulok doh ;-))


Makan-makan








Mu jadi apa ni nak? Jadi gangster ke apa nih?! Hahhahah

Tuesday, March 18, 2014

Mok Cik, Pok Cik dan Anak-anak ;-))

Macam ginilah mok cik-pok cik pagi/petang ;-))
 
 
Bahu, tudung senget itu biasa, hahah, inilah kehidupan mokcik ;-))



Anak2 pun mcm pok cik-pok cik  jugok, angkut beg masing-masing ;-))
 
Iman-3 beg :1 beg sekolah kebangsaan, 1 beg sekolah agama, 1 beg pakaian transit di taska

Wafiy-dua beg: 1 beg sekolah, 1 beg baju-day care petang

Saya-handbag  tak  de rupa handbag dah / besar gedabak 1 cooler bag, 1 beg baju cik kembar

Suami-beg sekolahnya sandang belakang, 1 beg susu cik kembar, sepasang baju sekolah agama Iman (hanger)
 
Kiri-kanan, depan belakang, cukup lengkap masing2 ;-))

 
Tunggu cik kembar besar sikit, bawa beg satu sorang, kedek2 jalan, aci? ;-))

Memang kalut ribut masing2. Kalau terbangun lewat, ha, lagilah kalut ribut. Mak, pak, anak-anak, masing2  macam kartun. ;-))


 Diam ya cik kembar, mak nak drive ni...;-))

Sabar aje lah, kan, nak menantikan anak2 besar..moga mereka menjadi anak2 yang soleh. Bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian.... Mudah-mudahan. Amin.
 
** Alhamdulillah, Iman dan Wafiy dari dulu diajar tidak berdukung, ngantuk ke apa, tak de maknanya  mak pak nak berdukung sampai ke taska/kereta....Tunggulah mu cik kembar, jalan dah gagah  sikit, tak de maknanya mak pak nak dukung, okey! Anak 4 macam ginilah, masing2 kena belajar berdikari. Peace yo smile! ;-))

Monday, March 17, 2014

Lukis Kapal Terbang Hilang

(Minggu lepas punya cerita)

"Mama, jom lukis kapal terbang yang hilang tu."

Ades, bab melukis ni mama memang fail!Wafiy tiru je yang ni, deh! ;-))


Dan ini hasil lukisannya.... ^__^




Ini gambar asal yang ditirunya ;-))



Instagram fashasanda

 



**Pencarian, penantian MH370 belum berakhir ... walaupun semakin pening-rampasan/politik bercampur baur, kami tetap mendoakan yang terbaik ... :-((

Tuesday, March 11, 2014

Famili Day @Akar Beach Resort, PD

 
Famili Day Bahagian Multimedia, DBP
1-2 Mac 2014
Akar Beach Resort, Port Dickson
 
(Staf Multimedia 19 orang termasuk 2 pelajar praktikum) ++ family masing-masing)
 
 
Perjalanan ke Akar Beach-kereta semput! Waaaa... risau sangat2, dah lepas tol PD dah, nasib baik la jumpa budak motor yang kebetulan nak g kedai tayar, follow dia sampai bengkel kereta...dgn kereta yang tersengguk2...:-((
 
Sukaneka petang tu, tak dapat la kami join, Iman n Wafiy dah seronok2 nak main sukaneka tepi pantai....
 
Bersukaneka lah kami di bengkel kereta petang tu ;-))Keluar rumah seawal 12 tengah hari, dengan jalan jem teruk, kena pulok kereta semput. Kita merancang, Tuhan yang tentukan. 
 
Kereta dah okey, sambung perjalanan, sampai Akar Beach 6.30 petang, bersiap2 untuk dinner malam nanti. Tema Arabian Night katanya!  Penat yang amat, nasib baik anak2 tk meragam!
 

Simple, yang penting, menepati tema! **(Cik kembar nangis sebab cari mama tak de. Mama depan mata mu tak nampak, dik? Camner cik kembar nak nampak kalau mama dah tuutp muka...waaaa ;-)) 

Malam tu, kami simple saja, dress hitam, shawl glitter, berniqab hitam, saya modified drpd tudung lama.. ahhaha. Suami, berjubah n selempang Ba beli kat Mekah. Anak2 juga berjubah pemberian Ba.
 
Iga anak2, suami beli paip hitam (last minute beli pagi Sabtu nak pergi tu) buat macam gelung, letak salotape hitam..ahhahah. Aci? Macam betul-betul tau! ^_^
 
Cik kembar hanya pakaikan baju biasa saja. 
 
 
Kebetulan, ramai pula yang pakai hitam ;-))
 


Pagi Ahad-di Pantai (** Orang takut air pantai macam gitulah, main pasir je...;-))




Balik..bye.. ;-))

**Walaupun tak dpt main sukaneka, tapi kami pulang membawa banyak hadiah cabutan bertuah malam tu dan bos saya pula bermurah hati bagi hadiah cabutan bertuahnya kepada kami. Tq bos!
 
 
#PrayforMH370 :-((

Monday, March 10, 2014

Di mana MH370? :-((

Hari  ke-3 :-((


 Sumber gambar: Google
 
 
Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui segala-galanya....

Monday, March 3, 2014

Cik Kembar Dah Sihat + Restoran Siam

Salam Isnin ;-))

Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik, moga kita semua sentiasa di bawah rahmat Ilahi. Amin

 
(Beberapa hari selepas keluar wad) Ikut saper lah ni, dahi luas ^__^


Alhamdulillah, cik kembar dah sihat, makan banyok! ;-))

Cik Kembar: Perkembangan kedua-duanya lebih kurang sama

-1 tahun 5 bulan
-Gigi baru 6 batang ;-))
-Mula berjalan 1 tahun 2 bulan
-Kejap diaorang baik, main sesama, kejap bergaduh, berebut, ;-))
-Senyap aje, kata suami, "cer gi intai duk wat gapo dua beradik tu!"  Tengok2, duk tepi dinding, tengah koyak n makan kertas! Adoiii! Lepas tu sengih2! Aduhai cik kembar!
-Si Adik Ghufran-kuat menggigit abangnya, Ghazi. Memang selok lah teriok kena gigit, fuh...sampai berdarah2! Tapi dengan abang-abangnya yang lain tak nak digigitnya pula.Agaknya saudara kembar adalah saingan hebat kot! ;-))
-Adik lebih manja dengan papanya.
-Adik suka sangat tidur atas simen! Letak tilam toto pun, mesti cari simen jugop, sejuk selesa kot!
Abang lebih banyak mengalah
-Abang lebih banyak nak bergurau dengan adik, dipeluknya adik, diusapnya adik tapi adik kadang2 tak layan ;-))
-Dah banyak faham, kalau kita cakap/suruh sesuatu- jom mandi, terus menonong depan pintu toilet, selak2 baju, buang sampah kat dapur, menonong ke dapur, kita sebut 'stop', diangkat tangan. give me five, salam(shakehand), kalau kita ckp, kiss mama, kiss papa, terus diciumnya kita.
-Suka sikat rambut ;-))
-Adik tak suka kuih lembik2, adik sebaliknya.
 
 
Cepatnya masa berlalu, kan!


Som Tam pedas, sedap!
 
Area Sentul ni banyak kedai makan, terutama kedai siam. Antara kedai yang kena dgn selera kami,  'Restoran Azmi', apa entah namanya! ;-)) Pulut mangga, (anak saya, Iman memang hantu pulut) tom yam pok tek (betul ke eja?) memang sedap, kami suka! Suasana kedai pun selesa dan luas.
 

*Uols suka makan makanan siam?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...