Tuesday, April 22, 2014

Mufin di Hari Lahir ;-))

Projek mufin kukus, kononnya.  Alhamdulillah, dapat dalam 40 cawan kertas comel2. Seronok, saya tambah lagi satu adunan! Iman (besday boy) bawa untuk dijamu kawan-kawan sekelas sekolah agama. Untuk cikgu kelas n cikgu mengaji, saya pek dalam plastik cerah bunga.


Tak de loyang mufin, saya guna bekas plastik putih. Kalau tak letak dalam bekas, cawan kertas tu akan jadi kembang kan? Saya agak lah, yang terer masak mufin mungkin boleh tolong jawab..;-))  Api besar, kukus dlm 10-15 minit je.





Boleh dipanggil mufin ke tidak ni? Jadi pecah/kembang gitu,  lembut, kiranya menjadi la kan? hihihi. Mungkin boleh dibuat penambahbaikan lagi dan ejas tambah coklat cip segala bagai;-)) Dulu pernah buat versi bakar, tapi tak kembang, mendatar aje ;-))




Goodies simple ni pula Iman bawa untuk kawan-kawan sekelas sekolah kebangsaan (pagi). Kawan2 sekolah kebangsaan tak de mufin, sebab saya buat muffin tu pagi Jumaat. Tengah hari sedang elok mufin siap, boleh bawa untuk sekolah agama (petang). Saja, suka-suka untuk kanak-kanak.
 
 
Anak-anak suka, mama pun rasa seronok!
 
 
** Jumaat lepas saya  cuti, dah lama rancang cuti ni, cik kembar saya  hantar taska, bolehlah kemas rumah dan projek mufin hari jadi ni.  Petang, saya dan Wafiy ke Sogo pula ;-)) Uols pernah ke ambik cuti semata2 untuk kemas rumah / merehatkan diri / jalan2 cari ketenangan?? Biasanya mak-mak cuti sebab anak2 demam, memang tak boleh nak elak. Apa salahnya, sesekali ambik cuti untuk diri sendiri ;-)) Syok tau! Jalan2 cuci mata, sambil survey hadiah hari jadi ;-))


4 comments:

Rizziela said...

sedap tu..yg penting..air tangan ibu kan

Izwa Kamaruddin said...

sedap nyer!

Iela Fazielah said...

wah diana...bagusla... kalau xpakai bekas, cwn mufin xkembang pun... tp pakai bekas tu pun ok jugak... ila ada la beberapa kali buat cuti utk memasak n mengemas or shoopping...hihi... rasa sgt tenang sbb bercuti dihari biasa dgn anak2 di taska tnpa sebarang gangguan

IDAZS said...

comella muffin jadi kembang gini. saya suka

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...