Asal Jumaat je, mu update blog, asal update blog je, hari Jumaat ^___^ Ya lah, Jumaat je yang rehat panjang, boleh update n blogwalking, bila dah seminggu sekali update blog, tk tau nak cerita apa, nak aje tepek gambar, tak mau cerita2, boleh? ;-))
Apa2pun, kena diupdate juga, bukan orang tersohor, tetap jugak lah update walaupun seminggu sekali. Saya sayang blog saya! Eh tetiba ;-))
Dlm minggu ni, cerita Hudud di Kelantan, cerita menjelang GST, cerita Pesawat Germanwings Terhempas Di Pergunungan Alps, pertabalan Sultan Johor, macam2 lah lagi! Saya tak mahu ulas satu-satu, tapi pasal GST tu, rasa berdebar2 jugak, menanti 1 April. Belum 1 April, dah nampak barang2 mula naik harga, ha mcm mana tuuu!! Apa tak berdebarnya, ai ada anak empat, stok makanan anak-anak, nak tak nak, kena juga beli, cuma saya banyakkan biskut yang biasa2 je, biskut mewah2 sekali sekala je, ahaks! Biskut gula cicah air tea o, feveret anak saya hak sulung (Iman), itu dikira biskut yang boleh jimat la kan, lega mak ;-)) Koko krunch anak hak no 2 dan kembar suka, itu kira biskut mewah la tu hahha! Eh membebel pulok ya. Apa2 pun, 1 April GST tetap terlaksana, ia bukan omongan, tapi kenyataan.
Kiri gambar, Umar Ghufran, kanan Umar Ghazi. Duduk rumah layan cik kembar yang sekarang ni macam2 akal, kalau dah berdua tu, ada je pakatannya ;-))
Nampaknya kita kena belajar berjimat, ye tak? Mana yang boleh kita jimat, kita cuba lah. Contohnya, kalau sebelum ni, nampak aje warna tudung 'nelopak' cantik, beli! (Ambo la tu;-)) Insyaa-Allah lepas ni, tak de dah perangai mcm tu, insaf doh, tunggu raya la pulok beli selai-dua lagi ^__^ Ye ker ni insaf, hahhaha! Dah, dah jgn nak acah2 dgn ai yang mmng tipis iman ni okey!
Okey, hak ni last nelopa, tunggu raya pulok deh! ;-)) #warnaolive #naelofarhijab - eh ingat ni instagram ke main hash tag ni, hahha! (Tangan gegar, gambar kabur;-))
Selamat berhujung minggu! Bab hujung minggu ni pun kena kawal juga kan, kurangkan berjimba-jimba tak tentu pasal, tak de kepentingan, duduk rumah, lipat kain, lagi bagus kan! Kalau keluar pun, cari barang dapur je, cukup! Sesekali bolehlah ... hahah nak jugak yang 'sesekali' tu! Kihkihkhi! Bawa anak-anak jalan-jalan tasik, taman pun okey, bawak bekal, goreng cekodok, air oren! Tapi sekarang cuaca panas, duduk rumah, layan astro first sambil kunyah cekodok, best kan! Anak-anak dah mintak belikan doraemon kat astro first, ada lagi ke? ^__^
Permata hati kami ... anak-anak jangan cepat sangat besar! Nanti mama rindu! Eh tetiba mata macam masuk habuk! ;-))
Okeylah, nak rehat jap ... bai!