Selamat hari Jumaat semua. Saya memang suka hari Jumaat ni, mungkin sebab lunch hour panjang, esok Sabtu, boleh rehat2 dgn family ... huiiii seronok sangat! Uols camner? ;-))
Nak kongsi menu bekal untuk anak-anak ke sekolah, tak de hiasan, tak reti malas nak hias ^__^ Bekal yang sangat2 biasa. Hihihi. Satu untuk Iman, satu untuk Wafiy, satu untuk cik kembar, satu untuk mama ;-))
Biasanya saya sediakan bekal yang anak-anak minta, tapi kalau pada masa yang sama sorang minta nasi, sorang minta mi, penyelesaiannya, hari ni saya akan ikut anak yang nak nasi, esok saya akan akan ikut anak yang nak mi pula. Adil kan? Kalau tak buat macam ni, memang penat la uols, anak empat, nak sediakan empat jenis hidangan? Itu belum cik kembar request nak itu, nak ini, belum pandai mintak. Cik kembar jangan pandai nak mintak-mintak! ^__^ Sesekali boleh la, kalau yang senang-senang, koko krunch, nugget, boleh lah, kan ;-))
Jom tengok antara bekal kami yang seadanya.
Jeput (Cekodok)
Jeput Pisang. Jeput pisang tiap-tiap hari pun boleh. Anak-anak suka, mama lagi lah suka, cepat dan senang. Kihkihkih
Iman nak kuetiaw, Wafiy nak nugget sahaja
Wafiy tak suka bawa bekal, tapi kalau dia tengok abangnya bawa, dia akan ikut, tengok mood juga, Kalau tak bawa bekal, diaorang akan sarapan di rumah saja. So, tak de la bekal untuk hari tu. Paling tidak sempat, saya tetap juga sediakan tea o, biskut kering / roti cicah tea o.... Tea o minuman kemestian kami, cik kembar pun dah pandai minum tea o. Macam orang dulu-dulu kan, makan nasik mesti ada tea o ;-))
Spageti
Burger ayam, no sayur ya mama!
Hak ni mama punya ;-))
Bekal Sekolah Agama (petang), saya hanya sediakan yang kering-kering saja -koko krunch / biskut / roti. Kalau saya balik tengah hari (lunch hour), saya sediakan, kalau tak balik, diaorang akan beli di kantin sekolah.
**Kalau bawa bekal mi/nasi/makanan yang guna sudu, Wafiy mesti pesan, "mama, bagi sudu lebih, Wafiy tak suka kawan-kawan kongsi sudu dengan Wafiy," hihihih, geli kot, guna sudu yang sama. ^__^
9 comments:
best best bestttttt...boleh tiru ni...hihihihii
Cam bekal anak anak akk je. Hr hr kena tny dorang nk bw bekal apa.
hahha, k.aida, tiru apanya, bekal yang biasa2 aje..nk buat mcm kak pg2 tk mampu...dgn buah-buahannya...insya-Allah suatu hari nanti..hahah, suatu hr la sgt..;-))
ibu lala-itu la, kdg2 mls nak tanya, balik-balik mesti hak sama je, jeput, jeput, jeput, tp kalau bnyk kali jeput, bru lah tanya, esk nk bawa apa ;-))
Bekal simple2 je.. ok lah nk sediakan.. cam fasya lya je smgt nk deko, sbb nk bg dia selera mkn.. fasya mmg jns ssh nk mkn.. sama la mcm fasya msti ltk sudu lbh, dia pom x suka share sudu.. hihi
rajinnyer dieyana..... ila suruh budak2 sarapan siap2 kat rmh je pepagi b4 gi sekolah
selalunya Anak-anak akan seronok kalau mama sedikan bekal hari-hari kan.
Assalam dieyna,
iols sekarang ni dok masak bekai bekpes & luch untuk hubby saja
untuk anak akan datang he3
rajinnya :) :)
Post a Comment