Thursday, October 29, 2015

Zumba: Fitsisters Group di Metabolixtreme & Fitness Studio

Assalam....

Hai!

Jom ke Metabolixtreme Gym n Fitness di Sunway Batu Caves - 2 November 2015, 9.30 malam.

Sama-sama memeriahkan pembukaan Fitsisters Group-kelas zumba n piloxing.

Sempena pembukaan tersebut, kelas pada hari tersebut adalah free! Yes, free!

Keterangan lanjut pada gambar di bawah, let's fun!


**Klik imej untuk gambar yang lebih jelas ;-))

 
Get your trial card at RM 30 to experience the classes from 3 instructors! 

Tak sabar! :-))


Friday, October 16, 2015

Jumpa Doktor Gigi - U Smile I Smile :-))


Sebelum suami operate lutut, saya dan suami bawa anak kedua kami-Adam Wafiy ke klinik gigi. Sebelum tu dah buat appointment awal. Klinik Usmile Ismail di Soho Suites, KLCC. Sebelum ni, kliniknya di Bangunan Daya Bumi. Di Soho KLCC, tempatnya lebih selesa, cantik, mesra pengguna, terutama anak-anak.
 



Doktor Fajriah Ramadan sangat mesra kanak-kanak. Bukan saja mesra kanak-kanak, malah orang dewasa juga. Saya-memang takut jumpa doktor gigi, tapi dgn layanan Dr. ni buat saya hilang rasa berdebar. Suasana dalam kliniknya juga menjadi faktor kita berasa selesa. Wafiy siap cakap, "mama nanti kita datang lagi jumpa doktor" ^__^ 

 
I got my smile! ;-))
 
Tempat parking di Soho Suites agak sempit, hati-hati! Tak pasal2 dapat calar, bukan saja kereta yang calar, jiwa turut calar ;-))
 
Alang-alang bawa Wafiy cabut gigi, mama dan papanya boleh cuci gigi. ;-))
 
Sebab bawa Wafiy jumpa doctor gigi - giginya dah mula tumbuh - berlapis. Kalau tak cabut, nanti gigi berlapis, tak cantik. Alhamdulillah tak sakit, kata Wafiy, "sakit sikit macam kena gigit semut aje." Sakit masa cucuk ubat bius kat gusi. Lepas tu rasa macam bibir tebal, pernah rasa kan! ;-))
 
Pertama kali jumpa doktor gigi. Serius, berdebar agaknya tu ;-))

 
"Budak hensem lagi berani," kata Dr.Fajriah ;-))
 
Berikut alamat Klinik Gigi Usmile Ismail:

Klinik Pergigian Usmile Ismail,
B1-3A-8, SOHO Suites @ KLCC,
No.20, Jalan Perak,
50250 Kuala Lumpur.

03-2181 6779


Thursday, October 15, 2015

Zumba-Pengalaman Jadi Shadow!

Al-kisah Hari Sukan Negara (HSN) beberapa hari yang lepas, petang ke Dataran Merdeka - jadi 'shadow' zumba katanya  ^__^
 
Sepatutnya, pagi tu saya dan rakan-rakan opis ke Putrajaya-join senamrobik/zumba kat situ. Dah register, teruja nak pergi, sebab dapat baju free, kihkih. Tup-tup, terfikir, siapa nak tengok2 kan kembar, pagi2 dah keluar rumah. Aduhai, kesian pula anak-anak.
 
Malam HSN, pergi kelas Zumba di F3 studio, owner (Fida) mintak saya jadi shadow untuk Zin Rozz. Katanya sekejap je, slot zumba 30 minit di Dataran Merdeka. Ermm, bila dah orang percayakan kita, serba salah pula nak tolak, ditambah rasa teruja nak jadi shadow, terima jugak la. Sekejap je, kan. Nasib la anak-anak-Iman n Wafiy boleh harap jaga kembar. Lepas siapkan lunch, naik lrt, gigih menapak dari stesen lrt sogo ke Dataran! ;-))
 
 
Saya dan Fida-Owner F3 Studio


Berdebar juga, tak de latihan apa, tiba2 je kena perform depan orang ramai. Nasib baik cikgu (Zin Rozz) ambik step yang dah kami biasa buat kat kelas. Pukul 3.30 petang giliran group kami F3 Studio. Adess, berdebar, tapi bila dh perform, seronok tak hingat! Tengok ramai yang join atas padang, lagi la bersemangat weih!

 
Tak sampai 30 minit, dengan panas membahang, pentas bersimen, mata dah mula gelap,  minum air, rasa macam nk muntah, nak pitam kau! Kaki dah tak terangkat, dunia semakin gelap, hahah! Nasib lagu last dh masa tu. Ha, nak sangat feeling2 instructor zumba kan, nah ambik! Nasib tak pengsan atas tu. ^__^

 
 
Kat situ ada KL Food Truck Feast juga, singgah posing ;-))
 
 
Bukan saya je tau nak pitam, geng2 shadow yang lain pun, cakap mcm nak pitam/nk muntah. Mungkin sbb cuaca panas sgt, cikgu kami yang energetic giler tu pun ckp tk tahan.
 
Walau apa pun, seronok, pengalaman pertama jadi shadow. Lepas ni kalau diminta jadi shadow lagi, pilih tempat2 yang teduh sikit. ^__^


**Gambar group tak de, masing-masing dah kepenatan

** Baru tahu, rupa-rupanya Hari Sukan Negara adalah julung-julung kali diadakan pada tahun ini. Patut lah sebelum ni tak de dgr pun HSN ni ;-))
 

Monday, October 12, 2015

Hari Lahir yang Ke-3 : Kembar Ghazi & Ghufran

11 Oktober 2015
Happy 3rd Birthday Cik Kembar!
Muhammad Umar Ghazi bin Hanapi & Muhammad Umar Ghufran bin Hanapi

Panjang umur, murah rezeki, sihat selalu ... berjaya di dunia dan akhirat. Amin.









Ghazi-Pejuang (Abang mesti berjuang untuk adik)
 
Ghufran-Keampunan, Pengampunan (Adik pula cepat mengalah-beri keampunan untuk abang yang suka sangat 'buli' adik hihihi)
 
 
Kalau dua-dua merengek,  mood Cik Su nk melayan (adik bongsu saya) pun ke laut ;-))

 
Mama pun nak nyelit jugak! ^__^


Sekejap masa berlalu, dah 3 tahun, cik kembar dah mula macam-macam. Bila mama tak terlayan, letih yang amat, mama masuk bilik, sembunyi! Ini aje cara saya merehatkan diri, dan elak jadi tarzan ^__^

Ghazi, bila tengok mama tak de, mula la, "mama ooo mama!" ;-)) Mama tak de, elok pula diaorang main-main dengan papa n abang2nya kat ruang tamu.

Bila dh pandai macam2 ni, banyak pakatan diaorang, fuh, lap peluh hokey! Dah namanya kembar, semua nak buat sama-sama. Gaduh sama, baik pun sama, orang lain tak boleh masuk campur, dunia hanya mereka berdua. Ghufran banyak idea, Ghazi ikut, bila berdua, pakatan menjadi, rumah tunggang langgang! Bagi mereka, berdua itu lebih baik. Hahaha, mama lap peluh lagi! Akhirnya, kami biar aje, biar mereka explore puas2. Ini kenangan terindah, mama bawak-bawak la bersabar, kata papanya, ades-des ;-))  


Sekarang ni perangai suka tukar-tukar baju. Satu hari, berkali2 tukar baju. Grrrrr, mama mula jadi tarzan, erkkk! ^__^  Baju Abang Iman n Wafiy pun dirembatnya. "Okey, ambik je lah nak, nak pakai baju mama/papa pun boleh." Ha, nampak tak, mama dah mula surrender, ^__^
 



Tak sanggup kami pisahkan mereka berdua. Hanya Allah Taala Maha Berkuasa.


Alhamdulillah, Syukur Ya Allah atas pemberian-Mu ini. Jadi anak soleh ya!


Perkongsian Mama Kembar:

Nasihat daripada saya, kalau yang bakal melahirkan anak kembar-mama kena banyak idea/cari idea/hati kental/kering untuk elak jadi 'tarzan' ^__^ Contoh: Mama cari tempat persembunyian apabila dah penat sgt. Papa dan adik beradik yang lain kena ambik peranan bila mama bersembunyi, 30 minit dah cukup!
 
Tips yang ni tk boleh digunapakai selalu dah skrg ni, sebab diaorang pandai, tau mama sembunyi kat bilik. Bertalu-talu ketuk pintu bilik, "mama, oooo mama, mamaaa!!" Tapi mama tak putus asa, mama diam. Dengar dari luar bilik-Abang Iman: "Mama tak de dik, mama g kedai" hahhaa! Abang-abangnya tolong cover mama, good job Iman! Kalau mama tak buat macam tu, memang pitam la nk melayan kerenah kedua-duanya. cuba Tanya ibu kembar yang lain, mesti mereka ada cara/tips tersendiri dalam menangani anak-anak kembar. Pi  tanya kalau tak caya, heheheh....
 
 
HAPPY BIRTHDAY GHAZI & GHUFRAN!
 
Kami sayang kamu-kamu!

 

Friday, October 9, 2015

Hari Sukan Negara 2015

10/10/2015
 
Di sana sini, macam2 program diadakan, bestnya kalau dpt join. Tapi tak de orang nak uruskan suami n anak-anak kat rumah. Iman n Wafiy, dah boleh urus diri, nak tolong-tolong bubuh nasik kat papa, insya-Allah boleh. Bagaimana dengan cik kembar? So, kita bersukan kat rumah je lah ;-))
 
Yang tak de ke mana-mana, jenguk-jenguklah event yang terdekat rumah.... Wehuuuu!
 



Eh sebelum-sebelum ni, tak tau pun pasal Hari Sukan Negara ni? Okey, ai bukan orang sukan, langsung tak ambik tau. Umur dah lebih sikit ni (sikit je tau! hehheeh) baru nak start work out ^__^

 

Thursday, October 8, 2015

Apa Itu Pembedahan ACL?

11/9/2015-Jumaat, di Hospital Kuala Lumpur. Pembedahan berlangsung selama 5 jam. (Masa pembedahan adalah mengikut kecederaan masing-masing. Suami saya, meniscusnya terkoyak agak banyak, (kecederaan sekunder). Doktor hampir surrender melakukannya. Tapi alhamdulillah, berjaya dilakukan).
 
Alhamdulillah juga, syukur kepada-Nya, hari baik, Jumaat, segalanya dipermudahkan. Subhanallah....
 
Alhamdulillah, semuanya dah selamat, cuma perit menjalani kehidupan selepas pembedahan, apa pun tak boleh. Lepas operate, di hospital, aktiviti semuanya di katil. Alhamdulillah sentiasa dipermudahkan-Nya. Nasihat doktor, suami saya tidak dibenarkan berpijak kaki dengan kuat/tidak terlalu memberat. Sokongan keluarga adalah perlu kepada pesakit selepas pembedahan, supaya mereka akan bersemangat untuk pulih kembali.
 
Insya-Allah, sebagai isteri, saya telah melakukan yang terbaik untuk suami saya, ecehcehcehhh ... isteri mithali gituu. Ahaks!
 
 

Jom kita kenali asecara ringkas apa itu ACL. Maklumat lebih lanjut boleh google, kepada mereka yang berhajat melakukan pembedahan ini, sila rujuk dotor yang pakar ya. HKL, insya-Allah terbaik, kerana di sini ramai pakar.
 
APA ITU ACL?
 
Lutut merupakan sendi penghubung di antara tulang paha (femur) dan tulang betis (tibia). Ligamen adalah struktur pada lutut yang memegang tulang femur dan tibia dan menolong mengawal pergerakan sendi.
Terdapat dua ligamen yang berada di tengah lutut iaitu anterior cruciate ligament (ACL) dan posterior cruciate ligament (PCL).
ACL adalah salah satu ligamen terpenting pada lutut. Ia berfungsi untuk mengawal sejauh mana tulang tibia bergerak ke hadapan, relatif kepada tulang femur.
Jadi, ACL adalah penting bagi mengelak pergerakan yang terlalu ke hadapan yang boleh menyebabkan kecederaan pada struktur lain dalam lutut.
Lazimnya, kecederaan ACL berpunca dari pergerakan memusingkan badan secara tiba-tiba dan perlanggaran fizikal.
Ia selalunya berlaku pada sukan-sukan seperti bola sepak, futsal, badminton, sepak takraw, ragbi, bola keranjang dan bola jaring.
Selain aktiviti bersukan, kecederaan di tempat kerja dan kemalangan jalan raya juga boleh mengakibatkan kecederaan ACL.
Siapakah yang memerlukan pembedahan ACL?
Ini merupakan soalan yang sukar dijawab dan jawapannya hanya boleh didapati selepas anda berbincang dengan doktor pakar ortopedik anda.
Biasanya, keputusan untuk menggantikan ACL dibuat berdasarkan kepada beberapa faktor berikut:
* Umur dan tahap aktiviti fizikalnya
* Kecederaan lain pada lutut yang sama dan bersangkutan dengan ACL seperti meniskus terkoyak atau rawan yang tercedera.
* Tindak balas pemulihan pesakit
* Tahap ketidakstabilan dan simptom yang dialami pesakit seperti kesakitan, lutut kerap membengkak.
Oleh itu, keputusan perlu dibuat bersama oleh pesakit dan pakar ortopedik secara individu berdasarkan kepada keperluan pesakit dan cara hidup beliau.
ACL yang koyak tidak boleh sembuh dengan sendiri atau dijahit semula. Ia perlu digantikan dengan tisu lain pesakit yang boleh mengambil alih fungsi ACL yang asal.
Tujuan pembedahan di atas adalah supaya tisu yang menggantikan ACL tumbuh pada kedudukan yang sama dengan ACL yang lama dan dengan itu dapat berfungsi sebagaimana biasa.
Matlamat selepas pembedahan, pesakit akan mendapat lutut yang kuat dan stabil serta berupaya membengkokkan lutut secara penuh.
Kebanyakan atlet profesional telah menjalani pembedahan tersebut dan berjaya kembali aktif meneruskan aktiviti sukan masing-masing seperti biasa.
 
MINGGU PERTAMA SELEPAS PEMBEDAHAN
Program rehabilitasi (pemulihan kpd keadaan yg dahulu) bertujuan mengurangkan kesakitan dan bengkak lutut selepas pembedahan disebabkan oleh pendarahan. Pesakit akan dilatih untuk meluruskan lutut dengan senaman yang sesuai.
Senaman seperti mengangkat kaki secara lurus dan kuadriseps statik adalah penting dimulakan awal supaya lutut tidak akan mengeras dalam keadaan bengkok.
Senaman tersebut juga membantu merangsangkan kuadriseps untuk menjadi kuat dan mengembalikan saiz dan kekuatan asal otot tersebut.
Dalam fasa ini juga pesakit akan dilatih untuk membengkokkan lutut secara berperingkat-peringkat menggunakan senaman yang sesuai dan peralatan seperti pergerakan pasif berterusan (continuos passive motion/CPM).
Pelbagai kaedah senaman dan peralatan akan diajar dan digunakan oleh ahli fisioterapi bagi mencapai matlamat di atas.
Kedua-dua fasa di atas adalah penting untuk mengelakkan otot paha daripada mengecut dan mendapatkan kembali pergerakan lutut untuk membengkok.
Pesakit perlu memberikan kerjasama yang baik dan mempunyai keazaman yang kuat untuk kembali aktif.
Sesi fisioterapi adalah penting supaya sebarang masalah dapat dikenal pasti oleh doktor dengan awal dan fisioterapi boleh menggunakan kaedah peralatan dan senaman yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut.
Pesakit akan dibimbing oleh fisioterapi supaya melakukan senaman dengan teknik yang betul dan sesuai.
Selepas rawatan fisioterapi di hospital, pesakit juga perlu melakukan senaman di rumah mengikut kaedah dan bilangan ulangan senaman yang diajar.
Jika teknik yang betul dan bilangan yang diarahkan dibuat oleh pesakit, peralatan seperti perangsang otot-otot elektronik tidak diperlukan untuk menguatkan otot.
Pesakit perlu berbincang dengan doktor jika masih sukar untuk membengkokkan atau meluruskan lutut walaupun telah menjalani program rehabilitasi yang lengkap.
 
TEMPOH/MASA

Purata hari berada di hospital adalah dalam lingkungan tiga hingga lima hari. Dua minggu dalam tempoh pemulihan (selepas pembedahan), jahitan akan dibuka dan pada masa yang sama pesakit perlu menggunakan tongkat untuk berjalan.
Penggunaan tongkat selepas pembedahan rekonstruksi ACL bergantung kepada ketahanan pesakit kepada kesakitan.
 
Selalunya penggunaan tongkat dalam dua hingga empat minggu, proses fisioterapi boleh dijalankan secara rawatan pesakit luar.
Pesakit boleh mula berjoging selepas tiga bulan dan aktif semula bersukan selepas enam bulan. Proses di atas boleh diguna pakai sekiranya tiada komplikasi-komplikasi lain dalam proses rawatan ACL, termasuklah jika tiada kecederaan sekunder.
Ujian imbasan sinar-X dan imbasan MRI adalah disarankan untuk memastikan kecederaan ACL tersebut di samping MRI juga boleh mengesan kecederaan sekunder yang mungkin ada pada lutut terbabit.
 
KOS
 
Kos pembedahan adalah agak tinggi di hospital swasta atas sebab-sebab tertentu iaitu kos implan yang digunakan agak mahal (bahan import), di samping ubat-ubatan dan fisioterapi yang tidak disubsidikan boleh mencecah belasan ribu ringgit.
Kos di hospital kerajaan adalah lebih murah tetapi berkemungkinan terdapat kos-kos tertentu yang perlu dibayar oleh pesakit seperti kos implan dan sebagainya.
Dapatkan penjelasan dari pakar di hospital kerajaan untuk penjelasan lanjut tentang kos-kos berkenaan.

Ditulis oleh:
Datuk Prof Mustaffa Embong
Pakar Perunding Bedah Ortopedik,
Hospital Pakar Shah Alam

Dipetik dari:
http://www.utusan.com.my/
 
Ingatan untuk diri, sesama kita juga:
Sentiasa berfikiran positif, insya-Allah hasilnya juga positif, sentiasa bersangka baik, insya-Allah sentiasa dipermudahkan-Nya. Yakin, perancangan Allah itu sebaik-baik perancangan. Sebagai hamba-Nya, sentiasalah bersyukur. Semoga kita semua di bawah rahmat Ilahi.
Walau apa yang terjadi pada diri/famili kita, sentiasa ingat Allah. Dirikanlah solat walau dalam apa jua keadaan, Islam itu mudah, indah.  
 
Moga cepat sembuh En. Hanapi ... ai dan anak-anak dah bergetar2 nak g jalan-jalan ni. Insya-Allah....

Friday, October 2, 2015

Menguruskan Famili

Assalamualaikum ... rindunya kat blog sendiri! Lama tak blogwalking juga....
 
Sebenarnya saya sibuk uruskan suami, anak-anak dan kerja-kerja rumah. Suami operate lutut (Pembedahan ACL). Erm ... tiga minggu kita cuti jaga suami sakit, langsung tak sempat nak update blog n BW.
 
 
Pembedahan ACL
 

Nak cerita2, belum sempat lagi, baru naik kerja semalam,  banyak pula kerja-kerja opis. Nanti dah reda2 sikit, kita cerita-cerita and tulis-tulis kat sini... Okey bai! Harap peminat ai tak lari n tak jemu tunggu ai update blog, hahahah! Peminat la sangat!! ^__^
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...