Tuesday, November 24, 2015

Cuti Sekolah yang Panjang!

Assalamualaikum dan salam sejahtera!
 
Kalau tengokkan keadaan 'rumah' hamba ini, rasa nak pencen berblog pun ada, tapi kerana sayang, hamba biarkan ia, bersawang pun, bersawang lah! ;-))
 
Hari ini saya kembali dengan entri yang suam-suam kuku saja, hihihi, yang penting dapat meluangkan sedikit masa, sapu sawang sikit2, aci kan!
 
Cuti sekolah kembali lagi! Untuk anak-anak, cikgu-cikgu, selamat bercuti! Amboi, seronoknya ya, uols pergi mana  bawak anak2 bercuti? Pasti masing-masing punyai agenda tersendiri, tak kisahlah dekat atau jauh, yang penting, anak-anak hepi!
 
Kami? Cuti sekolah panjang kali ini, tak ke mana-mana. Memandangkan kesihatan suami belum pulih sepenuhnya (operate lutut) bercuti aje lah kat rumah. Dan saya, bekerja seperti biasa. Alhamdulillah Iman dan Wafiy memahami, dan kerja mereka, tengok tv, tv dan tv! Okey la tu, peneman papa di rumah. Sekarang dah boleh kawan dengan papa cerita-cerita pasal bola! Mama, tak de kerja lain, Sabtu-Ahad, basuh, jemur, lipat kain, menyapu..bla bla...hahah! Bosan ai tau! Nak borak pasal bola, bai bai aje lah, mama bebel dgn cik kembar ihihi!

 
Jumpa gambar lama, cik kembar kepala botak! ;-))
 

Sesekali Iman dan Wafiy baca komik kesukaan. Insya-Allah, dah janji dengan anak2 nak tambah koleksi bahan bacaan mereka, tak kisahlah, asalkan bahan bacaan yang positif, komik pun okey kan! Anak-anak seronok, kita mak-pak pun seronok, kan!

 
Lagi gambar lama: Masa ni Wafiy rambut ketak ;-))
 

Suami, Alhamdulillah, dah boleh jalan tanpa tongkat, dah boleh drive dekat2, tapi tak boleh lasak sangat. Kami tak de la terkilan sangat tak dapat balik kg. Ermmm ... dengar2nya ada dia sebut nak bawa cik kembar kenal binatang. Hahah, apa lagi, Zoo Negara la! Tengok lah macam mana, kalau rasa larat, kita g lah ya! Yang sakit lutut bersemangat nak jalan, maklum la, terperap lama kat rumah, hampir dua bulan kot. Yang tak sakit lutut ni ha, malas pula nak jalan2 zoo tu! Hahhah, kita tengok wayang lah, aci?! Rindu nak makan kat luar dgn suami n anak2. Bak kata Wafiy, "Mama, lama kita tak makan restoran!" ^__^ Last2 terperap juga kat rumah, kita tunggu dan lihat aje lah! ;-))

Selamat bercuti ya!
 

8 comments:

Rizziela said...

budak2 memang seronok kalau cuti sekolah..kita yg mak2 ni pening nak bawa g mana la cuti2 ni kan

wahida said...

ya Rabbi...comelnya kembar berdua tu...tembam!!
eiiiii geramnya!!

Mummy Julia said...

alahai comeynya kembaq..

- dieyana - said...

rizziela-ha..itu la, tak tau nak bawak g mana ;-))

- dieyana - said...

wahida-hihihi, anak2 ms kecik mmng jenis tembam, tapi tembam pipi je ^__^

- dieyana - said...

mummy Julia..hiihih..tq

LYAfrina said...

samalah..sesekali rsa nk pencen trus.. haha

lya pon ct sek x kemana..musim hujan n stndby bnjir kt sini..

moga husb cpt sembuh ye

- dieyana - said...

ha'aa perasaan mcm nk pencen pun ada..
tq lyafrina

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...