Friday, January 22, 2016

Teh Tarik Place, Wangsa Walk

Eh entri makan lagi, kata nak jimat cermat! Haahha, sebenarnya, ini entri tertangguh, banyak gambar terkumpul dalam galeri hp. Jadi, marilah kita hadap gambar2 lama dlm hp tu! Kat draft ni pun, berderet entri lama tunggu nak dipublish. Kalau makanan tu real, dah lama basi! ;-))
 
Dari sehari ke sehari, minggu ke minggu, bulan ke bulan dan akhirnya tahun ke tahun, baru dapat merasa Teh Tarik Place ni, ^__^

Alhamdulillah dikurniakan-Nya kesihatan yang baik, diberi nikmat makan.







 


Teh Tarik, Teh Halia Tarik, 'Milo Tabur'


Lepas tengok wayang Star Wars hujung tahun lepas,  (Star Wars di TGV Wangsa Walk) nampak tanda Teh Tarik Place baru buka kat situ. Marilah kita cuba, dengarnya mi goreng mamak situ sedap, cer try sepinggan!


 
Mi Goreng Mamak. Okey-okey saja. ^__^


 
Nasi Goreng apa entah? Ermm, boleh lah.... ;-))
 
 
Satu lagi kami order bihun goreng Singapore, malas nak snap - biasa-biasa aje!



Ilustrasi yang ada di tepi dinding meja kami duduk. Ralit anak-anak saya tengok ilustrasi ni, macam main-main cari benda tersembunyi pula. Mama dan papa nya pun terjebak!  Seronok! ;-))Sebenarnya gambar ni besar, ini saya snap sikit aje.
 
 
Keseluruhannya: Boleh la, dah kata teringin/nak cuba kan!
 
Minggu selepas tu, suami ajak makan mi goreng mamak, kedai mamak biasa, lagi sedap, dan murah ;-)) Standard la, dah namanya restoran, 'Teh Tarik Place', harga mesti lah 'up' sikit daripada kedai mamak biasa kan! Mencuba, tak salah! ^__^
 
Bolehlah kalau nak cuba, lain orang, lain citarasa. Restorannya aras G rasanya ;-))
 

Pirate Coffee Wangsa Maju

Akhirnya dapat juga merasa Pirate Coffee yang diviralkan itu! ;-))
 
Dah banyak cawangannya sekarang ni. Kebetulan Wangsa Maju area feveret kami jalan-jalan, so, kat situ lah kami pergi.
 
Seksyen berapa entah, tapi gerai ni tepi jalan, berhadapan Sekolah Wangsa Jaya, depan tu sikit, Wangsa Walk.
 
Hazel Nut-RM 6
 

 
Hak ni hari lain, tak de pulak plastik gambar pirate, kehabisan plastik agaknya! ;-))
Mocha-RM 5


Order, dapat no giliran, tunggu. Masa pergi tu, orang tak ramai sangat, tunggu tk lama.

 

Pisang goreng cheese ni kat gerai tak jauh dari situ-RM 5
 
Cubalah Pirate Coffee tu, rasanya, boleh tahan sedap!
 
Instagram: Piratecoffee_wangsamaju



Thursday, January 21, 2016

Sembang Berdua Sampai Lebam & Churros, Sogo ^_^

Dah settle hantar anak-anak sekolah-kami berdua suami isteri, apa lagi-dating! Hihiih, jarang-jarang dapat berdua-duaan macam ni. Alang-alang cuti hantar anak sekolah (hari pertama), jom lah kita pusing-pusing KL, minum-minum. Aci deh! "Iman, Wafiy, Cik Kembar jangan risau, mama dengan papa pergi makan nasik lemak je, mama tak makan KFC pun! (kfc-feveret cik kembar, mana boleh makan makanan feveret anak-anak tanpa mereka di sisi, nanti rasa bersalah! Betul tak? Mak-mak mesti emosional macam ni kan! ;-))
 
Suami ajak makan roti sardin kat Taman Melati, sedap katanya. Tup tup sampai, dah tk jual, katanya tak de orang nak menebar. Makan je lah nasi lemak. Tak kisah lah, janji boleh dating, ahaha kemaruk dating ... setelah beberapa tahun tak berdua mcm ni!
 
Minum, makan, sambil bincang2 masa depan keluarga, cerita anak-anak, bersembang sampai lenguh mulut, macam lama tak sembang, hahhaha! Peluang berdua macam ni lah, boleh sembang sampai senak perut laki bini! Feeling pakwe mak we, padahal anak empat berderet! ;-))
 

RM 8

Yang best, bila suami sgt sporting satu hari ni, dah minum pagi, masuk Sogo pula. Tapi tk lama, sbb pukul 1 jemput Iman n Wafiy dr sekolah. Tk de shoping pun, beli putting botol Avent cik kembar, terus ke Aras LG, cari makan yang ringan-ringan. terus nmpk churros yang dah lama teringin! Boleh tahan sedapnya, rangup di luar, lembut di dalam (Cakoi moden ;-)) Tapi sos coklat nya agak pahit!
 

Petang, lepas hantar anak-anak sekolah agama, sambung dating lagi! ^__^

Kali ni pusing2 area Wangsa Maju. Misi nk cari Pirate Coffee yang diviralkan. Tapi frust, gerai tk buka! Rupa-rupanya bila check IG, Isnin mmng gerai tutup. Ades, kita p minum teh aje lah kt mana2. Lalu Danau Kota, singgah minum tea o ais, mkn goreng pisang, tk kisah lagi! Janji boleh sembang berdua dgn aman damai! Sembang sampai kering air liur, adoi, lawak rasanya kami laki bini satu hari tu! 


Salad kat Sogo (Aras LG), boleh pilih, campur-campur, lepas tu timbang!


Ok bai, itu je nk cerita kami kemaruk dating sampai lebam! Kenangan 'comel' dan 'manis' untuk kami ingati bila 'bergaduh'! ;-))
 

Wednesday, January 20, 2016

Anak-anak Kembali ke Sekolah!

Alhamdulillah, dah tiga minggu anak-anak kita dah bersekolah kan.  Baru nak update kisah anak-anak kembali ke sekolah. Alhamdulillah, Iman darjah empat, Wafiy pula darjah dua. Cik kembar 4 tahun (belum masuk sekolah, hihi)! Semoga anak-anak kita sentiasa dilindungi, dirahmati-Nya, moga mereka berjaya di dunia dan akhirat.
 

Gigih mama dan papa hantar anak-anak ke sekolah hari pertama. Tak de apa pun, diaorang pun dah besar, cuma nak gembirakan anak-anak, hari pertama, mesti hantar ank-anak ke sekolah-mama wajib cuti! Harap dapat kekalkan amalan ni sampai bila-bila. ;-)) Tahun-tahun yang lepas, saya seorang saja yang cuti hari pertama, tapi tahun 2016, suami pun masih bercuti (cuti sakit), bolehlah ambil peluang hantar anak-anak sama-sama. Balik sekolah pun kami jemput.

Hari kedua, rutin seperti biasa-pergi dan balik sekolah naik van. Sekolah agama (petang) suami akan hantar dan jemput mereka. (Hari kedua persekolahan, suami kembali bertugas/mengajar seperti biasa setelah bercuti beberapa bulan-cuti sakit+cuti sekolah)

Dari segi perbelanjaan, ingatan untuk diri sendiri, agar lebih berhemah. jimat cermat-tk perlu mengada-ngada yang bukan-bukan. Reda dgn kenaikan yuran transport diaorang, reda je lah, nak kata apa kan, kehidupan sekarang semua naik, apa yang boleh kita buat, jimat cermat apa2 yang patut. Semoga Allah sentiasa permudahkan semuanya.
 
Mama pun mahu lebih rajin, bawak bekal ke pejabat katanya. Ewah gitu. simple2 aje, goreng telur, makan kicap, sesekali buat tumis ayam/ikan, hak senang-senang/sempat aje. Kat cafĂ© ofis, paling tidak saya akan ambik lauk macam tu juga, ayam tumis seketul, nasi, RM 4! Okey, fine, sempat2 kan diri goreng ayam/ikan/telur/masak nasi pepagi ;-)) Kalau tak sempat, nak buat macam mana kan, hadap je lah!
 
Anak-anak wajib bersarapan di rumah, kadang2 diorang mintak bawak bekal, kadang tak mahu. Okey, okey, bagi kebebasan, ikut mood diaorang. Tapi kalau bawak bekal lagi bagus kan!
 
Anak-anak pun dah ada target sendiri, kalau dulu, diaorang habiskan duit belanja, Alhamdulillah, tahun ni, nmpk lebih berhemah-simpan tabung. Semoga terus konsisten!;-))
 
Alhamdulillah juga, perancangan untuk anak-anak agar mereka lebih berdisiplin, Insya-Allah....
 
Setiap malam, cuba juga untuk luang masa mengajar anak-anak mengaji. Part belajar/ulangkaji/kerja sekolah anak-anak, itu tugas suami sejak dari dulu, saya tak campur. Banyak kerja-kerja rumah nak dibuat, dengan urusan cik kembar, hahha, okey. Alasan klise! ^__^
 
Part mengaji ni kiranya azam untuk tahun ini, agar lebih konsisten, sambil anak-anak mengaji, kita pun boleh mengaji sama kan! Tak banyak, separuh halaman saje. Tak dapat setiap malam, hari cuti-Sabtu Ahad-wajib, mesti baca! Alhamdulillah, anak-anak pun boleh terima 'peraturan' ni. Bila cakap kat diaorang, Iman dan Wafiy dah sunat, dah 'besar', solat tak boleh tinggal dah! Modal mama, 'dah sunat', memang boleh pakai, hihihi! Semoga ia konsisten sampai bila-bila. Amin!

Balik sekolah Agama (petang), Iman n Wafiy memang akan singgah mengaji dgn ustazah sekolahnya. So, rasa lega yang amat, kat sekolah mengaji, kat rumah pun mengaji juga.
Jom kita sama-sama membaiki diri agar menjadi lebih baik dari semalam, yang penting, istiqamah.
 
Nota Dieyana:  Insya-Allah ... semoga dipermudahkan-Nya.
 

 
Anak-anak Permata Hati!


Monday, January 18, 2016

Ibu Mertua Pergi untuk Selama-lamanya!

10 Januari 2016, perginya seorang ibu mertua, seorang ibu kepada lapan orang anak, pergi untuk selama-lamanya, ke tempat yang Abadi. 

Lebih kurang jam 6.30 petang, panggilan telefon daripada abang ipar, mengatakan, ma eksiden! Allahuakbar, berderau darah saya! Masa tu suami tak bawa handphone, saya yang angkat hp nya. Kata abang ipar, "balik ya, ma eksiden teruk!" Terus bergegas kemas baju, 10 minit kemudian, suami sampai rumah, terus saya khabarkan berita tersebut. 5 minit selepas itu, dapat panggilan lagi. Suami dengan lemah longlai, "awak, ma tak dop doh...."
 
Allahu, terduduk, teresak-esak kami suami isteri. Lemah longlai, saya masih mengharapkan ia bukan benar, "ye ke awak, ke orang lain?" suami cakap, "dah sahih, ma...."

Selepas solat maghrib, kami anak-beranak terus bertolak balik kampung.

Sampai kampung-suasana sayu, hiba. Allahuakbar ... rasa menggeletar kaki, tak terlangkah kaki ini, biasa nya kepulangan kami disambut ma, tak kira lah kami sampai tengah malam, atau awal pagi, ketibaan kami tetap disambut ma. Tapi kali ini, hanya kehibaan, kesepian yang menyambut kami pulang. Allahuakbar!
 
Hari ini genap lapan hari pemergian ibu mertua ... semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. AL-FATIHAH....

Friday, January 8, 2016

Jom Sihat Bermula 2016! ;-))

Selamat Tahun Baru 2016 ... lapan hari dah! ;-))
 
Apa-apa pun, semoga tahun 2016 dan mendatang adalah lebih baik daripada hari-hari semalam. Insya-Allah.

Ewah, tajuk entri bajet bagus gitu, malu sendiri! Hihi....
 
Permulaan tahun baru saya, biasa-biasa saja, demam pulok tu! Hari besday demam, tahun baru, demam pulok, hihi. Alhamdulillah hari kedua-sihat, cubaan untuk menyihatkan badan, menguatkan otot kaki, berjaya dilaksanakan, cewah gitu, kuat le sgt, hahah!
 

Selfoot aje lah, sebab muka tak mandi, ^__^ Nampak tak beza bentuk kaki olahragawan sekolah (seluar hitam) dgn yang bukan olahragawan? Hahha!
 

Pagi2 lepas solat subuh saya paksa suami ajak teman pergi jogging kawasan kondo kami. Untuk permulaan kita jogging kwsn rumah aje! Iman dan Wafiy tak mau ikut, cik kembar masih tidur, minta Iman/Wafiy tengok2 kan adik-adik. Mama lari tk lama, kejap je ya!

30 minit, tak sampai 5 km pun, kaki dah memberat, mengah wei, hahha! Biasa zumba mengahnya lain. Lari tak ikut teknik betul agaknya! Malam tu, lenguh kaki, sengal, kebas dua hari, ahhah. Nah ambik, nak sgt kan, kuatkan otot katanya!

Turun dari tingkat 6 ke lobi ikut tangga je, naik pun ikut tangga, eksen! ^__^

Masa sekolah tak nak lari, dah umur mcm ni baru nak lari. Cikgu suruh lari (latihan rumah sukan sekolah), mula la cipta alasan yang macam-macam, sakit perut, sakit kaki, sakit tangan, sakit mata, hahha, boleh gitu!? Saya tak mahu lari sebab nanti saya menang, no 1 atau dua, tapi dari belakang, hahha! Nostalgia zaman sekolah ;-))
 
Tapi best, permulaan yang baik tahun 2016. Esok Sabtu,  kita lari lagi okey! ;-))

 

Perginya Hari Jumaat: Al-Fatihah

Hari yang baik, Jumaat yang mulia, jam 5.00 pagi tadi, saya dikhabarkan berita daripada kakak saya, perginya ibu saudara kami (sebelah Ba) yang 'istimewa' untuk selama-lamanya. (8 Januari 2016)
 
Dia insan terpilih, terkena 'sakit' selepas tamat belajar sekolah menengah, sehinggalah hari ini, umurnya 50 tahun  (bertahun-tahun lamanya sudah tidak menikmati keindahan di dunia ini, tetapi berada di dunianya sendiri!). Selepas ibunya (nenek kami) meninggal beberapa tahun lepas, tanggungjawab menjaga oleh kakaknya, (ibu saudara kami juga), sentiasa sabar, melayan kerenahnya yang 'special' itu.
 
Walaupun dia 'special', tapi dia tetap mengingati nama kami, anak-anak saudaranya yang lain, adik beradiknya, ipar-ipar dan mungkin kawan-kawannya yang selalu dia sebut nama.
 
Semoga arwah Aminah, atau panggilan anak-anak saudaranya, Mok Noh, sesekali arwah berbahasakan dirinya Cik Indah, ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Ya, dunia nya memang 'indah', tak perlu serabut otak nak fikir seperti orang lain yang sihat, hidup dalam dunianya sendiri. Al Fatihah.... 
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...