Friday, January 22, 2016

Teh Tarik Place, Wangsa Walk

Eh entri makan lagi, kata nak jimat cermat! Haahha, sebenarnya, ini entri tertangguh, banyak gambar terkumpul dalam galeri hp. Jadi, marilah kita hadap gambar2 lama dlm hp tu! Kat draft ni pun, berderet entri lama tunggu nak dipublish. Kalau makanan tu real, dah lama basi! ;-))
 
Dari sehari ke sehari, minggu ke minggu, bulan ke bulan dan akhirnya tahun ke tahun, baru dapat merasa Teh Tarik Place ni, ^__^

Alhamdulillah dikurniakan-Nya kesihatan yang baik, diberi nikmat makan.







 


Teh Tarik, Teh Halia Tarik, 'Milo Tabur'


Lepas tengok wayang Star Wars hujung tahun lepas,  (Star Wars di TGV Wangsa Walk) nampak tanda Teh Tarik Place baru buka kat situ. Marilah kita cuba, dengarnya mi goreng mamak situ sedap, cer try sepinggan!


 
Mi Goreng Mamak. Okey-okey saja. ^__^


 
Nasi Goreng apa entah? Ermm, boleh lah.... ;-))
 
 
Satu lagi kami order bihun goreng Singapore, malas nak snap - biasa-biasa aje!



Ilustrasi yang ada di tepi dinding meja kami duduk. Ralit anak-anak saya tengok ilustrasi ni, macam main-main cari benda tersembunyi pula. Mama dan papa nya pun terjebak!  Seronok! ;-))Sebenarnya gambar ni besar, ini saya snap sikit aje.
 
 
Keseluruhannya: Boleh la, dah kata teringin/nak cuba kan!
 
Minggu selepas tu, suami ajak makan mi goreng mamak, kedai mamak biasa, lagi sedap, dan murah ;-)) Standard la, dah namanya restoran, 'Teh Tarik Place', harga mesti lah 'up' sikit daripada kedai mamak biasa kan! Mencuba, tak salah! ^__^
 
Bolehlah kalau nak cuba, lain orang, lain citarasa. Restorannya aras G rasanya ;-))
 

1 comment:

Kamsiah yusoff said...

sesekali memanjakan tekak..apa salahnya makan ditempat yg 'high' sikit,kan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...