Monday, January 18, 2016

Ibu Mertua Pergi untuk Selama-lamanya!

10 Januari 2016, perginya seorang ibu mertua, seorang ibu kepada lapan orang anak, pergi untuk selama-lamanya, ke tempat yang Abadi. 

Lebih kurang jam 6.30 petang, panggilan telefon daripada abang ipar, mengatakan, ma eksiden! Allahuakbar, berderau darah saya! Masa tu suami tak bawa handphone, saya yang angkat hp nya. Kata abang ipar, "balik ya, ma eksiden teruk!" Terus bergegas kemas baju, 10 minit kemudian, suami sampai rumah, terus saya khabarkan berita tersebut. 5 minit selepas itu, dapat panggilan lagi. Suami dengan lemah longlai, "awak, ma tak dop doh...."
 
Allahu, terduduk, teresak-esak kami suami isteri. Lemah longlai, saya masih mengharapkan ia bukan benar, "ye ke awak, ke orang lain?" suami cakap, "dah sahih, ma...."

Selepas solat maghrib, kami anak-beranak terus bertolak balik kampung.

Sampai kampung-suasana sayu, hiba. Allahuakbar ... rasa menggeletar kaki, tak terlangkah kaki ini, biasa nya kepulangan kami disambut ma, tak kira lah kami sampai tengah malam, atau awal pagi, ketibaan kami tetap disambut ma. Tapi kali ini, hanya kehibaan, kesepian yang menyambut kami pulang. Allahuakbar!
 
Hari ini genap lapan hari pemergian ibu mertua ... semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. AL-FATIHAH....

5 comments:

hhidayah said...

takziah dieyana dan keluarga..smoga rohnya dicucuri rahmat.InsyaAllah dia berehat dengan tenang disana..

SYANI said...

Innalillahiwainnailaihiroji'un... semoga arwah ditempatkan di kalangan para solihin..

Rizziela said...

Innalillahiwainnailahirojiun.. Al Fatiahah

IDAZS said...

takziah kak diey dan keluarga.. semoga rohnya dicucuri rahmat. al-fatihah

Aida Salleh said...

Takziah akak ucapkan buat Diana dan hanafi sekeluarga. Tabahkan hati ya dik. Semoga roh ma sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Amin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...